"Assalamualaikum, welcome to my blog. This is a medium for me to publish my opinions. Hopefully there would be benefits for all readers. Feel free to give your comment by clicking 'comment' after each post. Correct me should there be any mistake within my post but be responsible by providing your name together with every comment. Thank you." -syfadh-
30 December 2011
Tarjih
Dalam pengajian ilmu Islam, secara umumnya hukum-hukum itu boleh dibahagikan kepada 2 cabang yakni usul dan furu'. Perkara-perkara usul adalah perkara-perkara asas dalam agama yang tidak boleh berlaku padanya perselisihan pendapat. Contoh mudah bagi perkara yang tergolong dalam kategori usul adalah seperti keimanan kepada Allah, Kitab dan Rasul (Rukun Iman) serta kewajipan solat, puasa dan zakat (Rukun Islam). Mengingkari perkara-perkara usul boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh kepada kekufuran.
Perkara furu' dalam agama pula adalah perkara 'cabang' yang melengkapi perkara usul itu tadi. Contohnya, kewajipan menunaikan solat adalah perkara usul yang mana tidak boleh diperselisihkan. Walaubagaimanapun, cara perlaksanaan solat adalah perkara furu' di mana para ulama' berselisih pendapat tentangnya. Misalnya, membaca Surah Al-Fatihah dalam solat. Jumhur fuqaha' berpendapat bahawa membaca Al-Fatihah wajib dalam setiap solat dan tanpanya solat tidak sah. Tetapi Mazhab Hanafi berpendapat bahawa membaca Al-Fatihah itu wajib tetapi bukanlah suatu kemestian sebaliknya memadai dengan bacaan mana-mana ayat daripada Al-Quran dan tidak membaca Al-Fatihah tidak menjadikan solat seseorang itu batal sebaliknya solat tersebut tidak sempurna dan makruh.
09 December 2011
Dendam Tak Terakhiri
Dendam Tak Terakhiri
Mahu
kamu apa lagi,
Kita
pernah sehati, Kita sudah senadi,
Tapi
mengapa kau tetap pergi,
Tapi mengapa engkau akhiri,
Ketenangan
yang kaubawa lari,
Memudarkan
segala seri,
Usang
sanubari,
Melenyapkan erti,
Cinta
jika tidak memiliki,
Bagai
dendam yang tak terakhiri,
Dibiar
kan memakan diri,
Dikejar kan punah pekerti,
Kalau
benar begini,
Kalau
benar kau harus pergi,
Maka
jangan pernah kau kembali,
Aku pun takkan pernah ulangi,
Aku
sudah terbiasa sendiri,
Dalam
bayang dan sinar mentari,
Ada
atau ngak yang mahu temani,
Aku
tetap betah lagi,
-syfadh-
Subscribe to:
Posts (Atom)

