Pages

25 January 2009

Bolehkah Orang Islam Beraya Cina?

Esok adalah hari perayaan bagi kaum Cina. Kebetulan tarikhnya jatuh pada hari Isnin dan Selasa, maka orang ramai tidak kira yang berbangsa Cina atau tidak mengambil peluang untuk pulang ke kampung sehingga menyebabkan lebuhraya menjadi sesak dan bapa saya mengambil masa lebih 6 jam untuk menjemput adik saya yang berada di kem PLKN Masjid Tanah, Melaka semalam.

Pun begitu, saya bukannya ingin membebel soal jalan sesak atau soal balik kampung. Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah bolehkah umat Islam merayakan Tahun Baru Cina atau lebih umun lagi bolehkah kita merayakan hari perayaan bangsa atau agama lain?

Jawapannya mudah, apa sahaja perayaan yang tidak berhubung dengan kepercayaan atau akidah agama lain boleh dirayakan umat Islam. Dalam kata lain, umat Islam boleh merayakan perayaan bangsa lain tetapi bukan perayaan agama lain.

Sebagai contoh, perayaan Tahun Baru Cina adalah hari di mana orang Cina meraikan hari pertama dalam kelendar mereka. Hal ini tiada kaitan apapun dengan kepercayaan, akidah atau hal-hal keagamaan. Tahun Baru Cina adalah sekadar suatu perayaan bangsa dan bukan perayaan agama. Jadi umat Islam boleh merayakannya.

Berlainan pula dengan perayaan berunsur keagamaan seperti Krismas yang merayakan hari kelahiran Jesus dalam agama Kristian. Yang ini jelas bersangkut paut dengan kepercayaan dan hal-hal agama. Jadi umat Islam tidak boleh menyambutnya kerana boleh merosakkan akidah.

Akan datang adalah perayaan Hari Valentine yang kononnya dikatakan hari kekasih. Sebagaimana yang saya maklum perayaan tersebut adalah sempena memperingati pengorbanan seorang paderi Kristian. Maka dengan itu adalah haram bagi umat Islam merayakannya.

Nasihat saya kepada umat Islam sekalian, sebelum kita menyibukkan diri untuk merayakan perayaan orang lain, terlebih dahulu kita perlu mengkaji sama ada perayaan tersebut melibatkan keagamaan atau tidak. Jika sekadar perayaan biasa, bolehlah kita merayakannya jika ada unsur agama lain, jauhilah kerana menyambutnya boleh sehingga suatu tahap membatalkan iman kita, nauzubillahi min zalik.

12 January 2009

Boikot Israel, Amerika dan Sekutunya



Ini adalah suatu kempen yang telah lama bermula. Namun malangnya kita tidak menyahut seruan ini secara berterusan. Semasa Israel mengganas, kita pun memboikot. Apabila mereka diam, kita pun tidak memboikot. Seharusnya kita terus memboikot secara berterusan supaya kesannya sangat mendalam hingga menyebabkan syarikat-syarikat di atas gulung tikar.

Ini bukan masalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di atas adalah haram. Masalahnya adalah mereka menjadi sumber kewangan kepada Israel, mereka menaja aktiviti keganasan Israel dan membantu Israel membunuh orang-orang Islam.

Benar, ada di antara barangan tersebut yang halal. Ini tidak dapat dinafikan. Ada kawan saya bertanya kenapa kita perlu boikot barangan yang halal? Jawapannya, sebagaimana yang saya katakan di atas, sebabnya ialah syarikat-syarikat di atas menyalurkan keuntungan yang mereka raih daripada jualan produk mereka kepada Israel yang kemudiannya digunakan untuk menjahanamkan Islam.

Sekiranya kita terus membeli produk tersebut. Secara tidak langsung kita menjadi penaja kepada Israel untul membunuh umat Islam sendiri.

Percayalah, jika setiap orang memainkan peranannya walaupun sedikit apabila dikumpulkan pastinya memberi kesan yang sangat dalam terhadap Israel laknatullah. Jangan cari alasan lagi. Kita semua mempunyai tanggungjawab jadi laksanakanlah tanggungjawab kita kerana kita akan disoal oleh Allah tentangnya.
Pautan: PMRAM, Che Det

09 January 2009

Qunut Nazilah Mengiringi Saudaraku Di Palestin





Lagi gambar kekejaman Israel di sini.

Orang Melayu berkata, cubit peha kiri peha kanan pun terasa sakit. Begitu sekali gambaran bagaimana akrabnya hubungan dalam persaudaraan, ketika salah seorang saudara ditimpa musibah, saudara yang lain turut merasa akan kesannya.

Tetapi malang bagi umat Islam masa kini, saudara kita bukan lagi dicubit bahkan dipijak-pijak kepalanya, tetapi kita masih lagi mampu bersenang-lenang dan bergelak ketawa. Kalau adapun cuma sekelumit marah dan rasa tidak puas hati.

Entah kemana hilang maruah umat Islam, tegar sekali kita melihat saudara kita dibunuh kejam dan tanah milik mereka dirampas oleh rejim Zionis laknatullah. Hari ini adalah hari ke-13 serangan tentera Israel terhadap Palestin bermula 27 Disember lalu yang telah membunuh lebih 700 jiwa beriman. Yang mana juga merupakan sambungan kepada episod kekejaman mereka yang telah berlarutan lebih 60 tahun.

Dalam tempoh ini juga pemimpin-pemimpin Islam sibuk bermesyuarat yang membuahkan tidak lain dan tidak bukan kegagalan dan mencerminkan sifat penakut mereka. Kalaulah Rasulullah dan para sahabat dahulu seperti mereka yang sangat asyik bermesyuarat, pastinya Islam telah lama pupus daripada muka bumi Allah ini.

Sudahlah begitu, masih lagi ada pemimpin Islam bodoh yang percaya akan wujudnya jalan damai, dialog atau genjatan senjata bersama Israel. Barangkali tempoh 60 tahun dan korban lebih 200 000 rakyat Palestin tidak mencukupi untuk meyakinkan mereka yang Yahudi bukanlah jenis manusia yang boleh diajak berdamai. Seharusnya semua negara Islam bersatu untuk melenyapkan Israel daripada muka bumi.

Bukannya kita tidak mampu, namun inilah akibatnya bila kita umat Islam dikepalai oleh pemimpin yang bodoh, penakut dan menjadi 'anjing' suruhan kepada Barat. Asalkan perut mereka kenyang, selama itulah hati mereka akan senang. Walaupun saudara mereka di bumi lain bersusah-payah untuk hidup, dihina, diseksa dan diserang setiap hari.

Yang peliknya, kalau anjing biasa, ada juga menyalak sekali-sekala. Namun entah bius apa yang telah diberikan oleh Barat kepada 'anjang-anjing' mereka ini sehinggakan mulut 'anjing-anjing' itu sudah tak mampu lagi untuk dibuka apatah lagi untuk menyalak. Jelas sekali yang mereka lebih teruk daripada anjing.

Mereka yang bersekutu dengan Barat ini sebenarnya sama laknat dengan Israel. Merekalah antara dalang yang menyebabkan beratus ribu nyawa umat Islam Palestin maut kesan daripada keredhaan mereka terhadap perbutan Zionis laknatullah juga hubungan akrab mereka bersama Amerika dan sekutunya.

Di sini saya menyeru sekalian umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat kita sesuai sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah ketika hayat baginda. Ingatlah yang bahawasanyan doa itu adalah senjata paling ampuh bagi orang Islam. Kalaupun kita tidak mampu berjuang bersama para saudara kita di sana sekurang-kurangnya kita memohon doa kepada Allah demi kemenangan Islam.

Qunut Nazilah

اللهمﺇ إنا نجعلك في نحورأعدائنا
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di leher musuh-musuh kami
ونعوذبك من شرورهم
Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka
اللهم بدد شملهم
Ya Allah, leburkanlah kumpulan mereka
وفرق جمعهم وشتت كلمتهم
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
وزلزل أقدامهم
Goncangkan pendirian mereka
وسلط عليهم كلبا من كلابك
Dan hantarkanlah anjing-Mu kepada mereka
يا قهار يا جبار يا منتقم
Wahai yang gagah perkasa, yang penuh raksasa, tuhan yang bersifat murka
ياالله ياالله يالله
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
اللهم يا منزل الكتاب
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
ويا مجري السحاب
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
ويا هازم الاحزاب
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

*Untuk maklumat lanjut mengenai Qunut Nazilah, sila klik di sini.

06 January 2009

Kenapa Yang Baik Sahaja Yang Datang Daripada Allah?

"Yang baik itu datang daripada Allah manakala yag buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri..."

Begitulah bentuk ucapan yang biasa kita dengar dari mulut penceramah di akhir majlis. Malangnya yang tersebut itu adalah tidak benar dan merupakan suatu bentuk kezaliman terhadap hak Allah.

Allah itu adalah pemilik dan sumber bagi segala sesuatu bukan sahaja yang baik malah yang buruk. Allah yang mencipta kebaikan sebagaimana Dia mencipta keburukan. Sepertimana yang kita sedia maklum, berpandukan pendapat ahli sunnah wal jama'ah, setiap sesuatu yang berlaku itu adalah di atas usaha manusia dan juga keizinan daripada Allah.

Jika tiada usaha daripada manusia maka tiadalah hasilnya samaada kebaikan atau keburukan. Jadi tidak harus timbul pernyataan sebagaimana yang disebut di atas. Yang sepatutnya disebut adalah:

"Kebaikan dan keburukan itu semuanya datang daripada Allah melalui daya usaha saya sendiri..."

Nah, beginilah yang sebenarnya. Malangnya orang kita sangat suka mengikut perbuatan orang lain tanpa memikirkan baik buruknya perkara yang dijadikan ikutan itu. Ini adalah suatu sikap yang sangat buruk kerana perbuatan seorang manusia biasa itu tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal agama.

Barangkali ada orang memandang ini sebagai hal remeh-temeh namun hakikatnya ini melibatkan akidah. Adalah salah untuk kita menyandarkan kebaikan itu sepenuhnya daripada Allah tetapi dalam masa yang sama menyandarkan keburukan itu sepenuhnya datang daripada kita. Ini jelas bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jama'ah.

Pengajarannya jika disebut dalam bahasa yang kasar, jangan jadi seperti seekor babi yang buta menyondol apa sahaja yang ada di depannya sehinggakan orang Melayu dahulu-kala keluar dengan suatu peribahasa berbunyi, membabi buta.

02 January 2009

Padan Muka Kau, Bush!

Saya memang ketinggalan. Anda tidak perlu memberitahu saya tentang itu. Tetapi baru kini saya teringat dan mempunyai masa senggang untuk memasukkan video peristiwa Bush 'dianugerahkan' hadiah paling istimewa.

Sama ada terlambat atau tidak itu saya tidak peduli kerana saya tetap mahu mengabadikan peristiwa terindah tersebut di blog saya ini. Sememangnya Bush layak dihadiahkan balingan kasut ke mukanya. Malah dia layak untuk menerima yang lebih teruk daripada itu kerana dia adalah sekejam-kejam, seburuk-buruk dan sezalim-zalim manusia.

Sekalung tahniah dan ucapan padan muka daripada saya buat Bush cuma saya harap di masa akan datang mungkin peluru atau bom yang akan menggantikan kasut.




01 January 2009

Israel Memang Celaka!

Di ambang tahun baru, sedang masyarakat Islam di negara ini sibuk berpoya-poya dan bergembira menyambut kedatangan tahun baru masihi, umat Islam di Palestin 'dihujani' peluru dan bom serta meratapi kematian demi kematian dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Tanpa perlu dipersoal lagi, kita sedia tahu yang keganasan ini dilakukan oleh tidak lain dan tidak bukan kaum terlaknat Yahudi yang bersifat dengan sifat yang lebih buruk daripada sifat kebinatangan. Kaum durjana ini tanpa perikemanusiaan membunuh jiwa-jiwa beriman dalam usaha mereka merampas tanah milik umat Islam.

Bukannya kita tidak tahu si Yahudi celaka ini telah tertebar ke seluruh pelusuk dunia tanpa bernegara kesan hukuman Allah terhadap kederhakaan mereka namun dengan bantuan Amerika (sekutu rapat syaitan di muka bumi), sedikit demi sedikit tanah Palestin diambil secara paksa untuk dijadikan petempatan mereka.

Genjatan demi genjatan senjata ditandatangani semuanya diingkari satu persatu oleh Yahudi laknatullah. Namun yang peliknya masih lagi ada umat Islam yang mempercayai usaha ke arah perdamaian dan genjatan senjata bersama Yahudi.

Cukuplah, sudahlah, sedarlah. Kaum Yahudi memang tidak boleh dipercayai. Mereka bukannya manusia. Mereka lebih jahat daripada syaitan. Saya yakin syaitan juga memberi tabik hormat kepada mereka dari sudut kejayaan mereka menjahanamkan umat Islam.

Hanya ada satu penyelesaian bagi masalah ini. Tidak lain dan tidak kesatuan umat Islam seluruh dunia menentang kezaliman dan penganiayaan terhadap Islam.

Bukannya umat Islam tidak berdaya tetapi masalahnya terdapat orang Islam yang suka bersekutu bersama syaitan-syaitan ini demi memelihara kepentingan diri mereka. Mereka tidak mengenal erti persaudaraan sesama umat Islam. Biar orang Islam lain terseksa asal sahaja mereka dapat hidup mewah dan selesa. Kesannya lebih mudah bagi si Israel celaka ini menjahanamkan Islam dengan 'bantuan' umat Islam sendiri.

Sungguhpun begitu, bukan Israel sahaja yang celaka, kita seluruh umat Islam juga akan turut celaka kiranya kita meredhai kezaliman yang menimpa saudara kita di Palestin sana.

Ingatlah betapa besar kemurkaan Allah terhadap kita yang berpoya-poya, bergelak-ketawa dan bersenang-lenang sedangkan umat Islam lain menderita dibunuh satu persatu tanpa belas-ihsan apatah lagi bantuan.

Ya Allah, hantarkan kepada saudara kami bantuan-Mu. Hancurkanlah puak Yahudi yang menjadi musuh-Mu dan musuh kami sejak zaman berzaman dan berilah kemenangan kepada Islam. Amin...