Pages

16 March 2014

Ayat Ruqyah: Sakit Kepala & Migrain


Ini adalah post pertama berkenaan ayat ruqyah. Apakah itu ayat ruqyah? Ayat ruqyah adalah petikan ayat daripada Al-Quran yang mana boleh kita amalkan sebagai suatu usaha untuk merawat penyakit tidak kira sama ada penyakit itu adalah penyakit fizikal ataupun yang bersifat spiritual atau rohani.

Sebagai seorang muslim, kita beriman bahawa Al-Quran itu adalah Kalamullah dan mukjizat kepada Nabi Muhammad. Di dalamnya terkandung ilmu pengetahuan, khasiat dan keajaiban yang tidak terhitung jumlahnya dan diantara keajaiban itu adalah sebagai penawar kepada penyakit manusia sebagaimana firman Allah:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
[Al-Isra': 82]

Dan kita juga beriman bahawa Allah jugalah yang memberi kesembuhan kepad setiap penyakit yang kita alami sabagaimana disebut di dalam Al-Quran:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan sekiranya aku sakit maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku."
[As-Shuara': 80]

Dalam masa yang sama juga Rasulullah sendiri menganjurkan kita berusaha mengubat penyakit kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia juga menurunkan penawarnya. Rasulullah bersabda:

تداووا فإن الله تعالى لم يضع داء إلا وضع له دواء 
"Berubatlah kamu kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan untuknya penawar"

Justeru, sebagai sebahagian daripada ikhtiar kita untuk berubat disamping mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor adalah dengan membaca ayat-ayat ruqyah.

Dan pada kali ini ayat ruqyah yang saya ingin kongsi bersama adalah yang berkaitan dengan rawatan untuk sakit kepala dan migrain. Ayat ini dipetik daripada Surah Al-Waqiah ayat 19:

لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنْزِفُونَ
"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula merasa mabuk (dengan sebab menikmatinya)."


Amalkanlah dengan rasa keyakinan. Dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi. Boleh dibaca ketika memakan ubat, dihembus di dalam air atau dibaca begitu sahaja sambil meletakkan tangan kanan di atas bahagian kepala yang sakit.

Semoga bermanfaat!!!


2 comments:

Anonymous said...

Terimakasih

Muhammad Akbar bin Abdullah said...


Artikel yang menarik mengenai cara merawat sakit kepala migrain dengan menggunakan pendekatan ayat-ayat suci Al-Quran. Kebanyakan kes migrain memerlukan pesakit mendapatkan khidmat doktor untuk melegakan sakit kepala. Walau bagaimanapun, penyakit migrain boleh dicegah sekiranya kita menjaga kesihatan kita dengan betul seperti mendapat rehat yang cukup, mengamalkan senaman rutin dan menjaga diet kita. Namun tidak boleh dinafikan bahawa kita juga perlu memohon pertolongan daripada Allah kerana setiap yang berlaku adalah atas izin daripada-Nya.