Pages

27 February 2013

Riba dan Perbankan Islam (Bahagian 1: Produk Deposit)


Jika dalam beberapa post sebelum ini kita telah melihat apakah itu riba, jenis-jenis riba dan dalil pengharaman riba, kali ini kita akan membincangkan pula soal adakah perbankan Islam terpelihara daripada riba. Masih ramai dalam kalangan masyarakat di luar sana yang masih ragu-ragu dengan kaedah operasi produk perbankan Islam dan mereka tidak yakin bahawa produk perbankan Islam itu terpelihara daripada riba.

Memandangkan terdapat terlalu banyak produk yang ditawarkan oleh bank Islam maka dalam post kali ini kita akan menjerumuskan perbincangan kita kepada produk-produk deposit terlebih dahulu sebagai permulaan. Produk deposit merangkumi akaun simpanan (saving account) dan akaun pelaburan (investment account).

1. Akaun Simpanan

Di Malaysia, secara umumnya akaun simpanan yang ditawarkan di bank Islam adalah berasaskan konsep wadi'ah yad dhamanah. Di sini kita akan melihat bagaimana bezanya akaun simpanan di konvensional bank dengan akaun simpanan di bank Islam.

Di konvensional bank, apabila pelanggan memasukkan duit ke dalam akaun simpanannya, pelanggan dianggap sebagai pemiutang dan bank yang menerima wang tersebut dianggap sebagai penghutang. Justeru bank bertanggungjawab untuk memulangkan wang yang dihutangnya kepada pelanggan beserta faedah  sebagaimana yang telah ditetapkan daripada awal pembukaan akaun simpanan tersebut. 

Sekiranya anda sudah betul-betul memahami apakah itu riba pastinya anda akan dapat mengesan bahawa faedah yang diberikan oleh bank konvensional itu adalah riba kerana kontrak yang digunapakai antara pelanggan dan bank adalah kontrak hutang-piutang. Pelanggan menerima jumlah yang lebih daripada apa yang dipinjamkannya kepada bank dan jumlah yang lebih itulah yang dikira sebagai riba.

Jadi timbul pula persoalan bagaimanakah riba tidak berlaku dalam perbankan Islam sedangkan rata-rata bank Islam juga turut memberi faedah kepada pelanggan.

Jawapannya ialah pada kontrak yang digunakan. Apabilah pelanggan memasukkan duit ke dalam akaun simpanan di bank Islam, pelanggan sebenarnya telah mengamanahkan sejumlah wang kepada bank untuk dipegang. Jadi pihak bank bertindak sebagai pemegang amanah. Bank Islam kemudiannya menggunakan wang tersebut bagi tujuan pelaburan. Perlu diingat, disebabkan kontrak yang termeterai antara pelanggan dan bank adalah kontrak amanah, maka pelanggan tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada keuntungan yang diperolehi oleh bank daripada pelaburan yang dilakukan meskipun bank melabur menggunakan wang pelanggan. 

Dalam masa yang sama, bank bertanggungjawab untuk memulangkan wang yang dipegang itu kepada pelanggan sekiranya dituntut. Disebabkan bank menggunakan wang pelanggan, bank mesti menjamin (dhaman) untuk memulangkan keseluruhan wang yang disimpan tanpa mengira sama ada bank mendapat untung atau rugi dalam pelaburannya. Bank turut memberi faedah yang berasaskan konsep hibah yakni hadiah kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih dan galakan kerana menggunakan perkhidmatannya. 

Dalam situasi ini, tidak berlaku riba kerana kontrak yang termeterai bukanlah kontrak hutang-piutang malah faedah yang diberikan oleh bank Islam itu adalah bergantung kepada budi-bicara mutlak pihak bank. Pelanggan tidak berhak menuntut hibah tidak seperti di konvensional bank di mana pelanggan berhak menuntut faedah tahunan (interest) kerana di konvensional bank, pemberian faedah itu adalah termasuk daripada sebahagian daripada kontrak dan menjadi kewajipan bank untuk menunaikannya.

2. Akaun Pelaburan

Dalam akaun pelaburan pula, secara majoritinya kontrak yang digunakan oleh bank Islam adalah kontrak mudharabah manakala di bank konvensional, kontrak yang digunakan masih lagi kontrak hutang-piutang.

Konsep sama yang berlaku di akaun simpanan di konvensional bank digunapakai untuk akaun pelaburan yakni kontrak hutang-piutang. Cuma bezanya ialah di akaun pelaburan, jumlah faedah yang ditawarkan lebih tinggi kerana pelanggan perlu menyimpan wang di bank untuk suatu tempoh yang tertentu tanpa boleh mengeluarkannya. Namun, faedah yang diperolehi pelanggan tetap berupa riba kerana kontrak yang digunakan adalah kontrak hutang-piutang. Setiap pertambahan yang berlaku sebagai ganti masa adalah riba.

Sebaliknya di bank Islam, apabila pelanggan membuka akaun pelaburan di bank, pelanggan sebenarnya telah menjadi rakan kongsi kepada bank dalam pelaburan. Ini bermakna wang yang dimasukkan oleh pelanggan akan digunakan sebagai modal pelaburan dan bank akan bertindak sebagai pekerja yang akan melaburkan wang tersebut dalam sektor-sektor pelaburan yang dibenarkan syara'. 

Keuntungan yang bakal diperolehi akan dikongsi secara bersama oleh pelanggan dan bank pada kadar/peratusan yang ditetapkan. Faedah yang diperolehi pelanggan sebenarnya adalah bahagiannya daripada perkongsian keuntungan yang terhasil daripada pelaburan tersebut. Maka dengan sebab itu tidak wujud riba dalam akaun pelaburan di bank Islam.



10 comments:

Anonymous said...

good!!! but i have a question regarding saving account.... ramai cakap yg wadiah x digunakan lg dlm perbankan Islam sebab hibah dlm wadiah ada unsur gharar... bank x stipulate the amount of hibah dimana indicative rate of hibah tue menyebabkn ada unsur riba betol ke????

ingin tahu....

Anonymous said...

good!!! but i have a question regarding saving account.... ramai cakap yg wadiah x digunakan lg dlm prbnkan Islam sebab hibah yg diberikn oleh bank ada unsur riba where the bank doesn't stipulate the amount of hibah and the indicative rate of hibah itself is a riba??? betol ke????

~keliru~

syfadh syed fadhil said...

terima kasih kpd saudara/i yg bertanya.

perihal persoalan hibah, pertamanya bank Islam tidak mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang jumlah hibah yang akan diberikannya. Ini kerana setiap keuntungan yang diperolehi pihak bank melalui pelaburannya adalah seratus peratus milik bank dan pelanggan tidak mempunyai apa-apa hak.

Pemberian hibah pula adalah seratus-peratus bergantung kepada budi-bicara pihak bank.

Tidak cukup dengan itu, pihak bank sepatutnya tidak mengiklankan sebarang peratusan hibah yang akan diberinya kerana dikhuatiri peratusan yang diiklankan itu dianggap sebagai riba.

Namun, sebagaimana yang diamalkan oleh bank Islam pada mana kini adalah memaparkan suatu kadar (indicative rate) hibah kepada pelanggan. Tetapi haruslah difahami bahawa kadar yang dipaparkan ini hanyalah suatu nilai purata berdasarkan kadar hibah yang diberikan oleh bank pada tahun-tahun terdahulu juga berdasarkan perkiraan dan jangkaan yang dibuat oleh pihak bank.

kadar yang dipaparkan ini bukanlah suatu perkara yang mengikat (binding) dan pihak bank tidak boleh dipaksa untuk mengikut kadar tersebut.

berbeza dengan konvensional bank di mana bank telah memberi suatu kadar faedah contohnya 0.5% setahun maka adalah mengikat(binding) kepada bank tersebut. justeru konvensional bank wajib memberikan faedah pada kadar tersebut kepada pelanggan.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. saya nak bertanya, sekiranya kita mengeluarkan duit daripada akaun bank A di mesin atm bank B, selalunya kita akan dikenakan charge sebanyak RM 1 atau RM 2 kerana perbezaan jenis bank. Adakah itu tergolong dalam riba?
Terima Kasih.

syfadh syed fadhil said...

wa'alaikum salam,

terima kasih kepada yg bertanya.

untuk menjawab persoalan tersebut adalah lebih baik kita tentukan adakah urusan mengeluarkan duit daripada bank A melalui atm bank B itu melibatkan urusan jual beli atau urusan hutang atau tidak.

jawabnya kedua-dua urusan jual-beli dan urusan hutang tidak berlaku kerana anda hanyalah mengambil duit anda yg ada pada pihak ketiga (bank a) manakala bank b menjati org tengah yakni wakil kepada bank a dalam menyampaikan wang tersebut kepada anda. dan bayaran rm1/2 itu dikira sebagai cas urusan atau upah kpd org tengah yakni bank B.

sekian, wallahua'lam.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. ....sy ada persoalan yg ingin ditanya...bkenaan mendapat hibah daripada plaburan....sbg cth ada individu mewujudkan satu bisnes berbentuk tanaman....dsini dia tlh mwujudkn satu kaedah income pasif(hibah) kpd sesiapa yg ingin join bisnes dia bhs rgks pemodal....hasil jualan tnman dia itu akan dberikan mengikut pakej yg kta join.....pjanjian utk ini slama stahun dn dia tlh mnetapkn hasil jualan cili dberikn kpd pemodal antra 10-20% bgantung keuntungan blnn yg dperolehi. ....dlm pjanjian jga ada dsebut skiranya blaku kerugian pmodal akn tggung risiko....apa status hibah dlm bisnes ini...adakh ada unsur riba??

Anonymous said...

Terima kasih

ingintahu said...

Saya pun nak tanya pasal soalan di atas ...terima kasih

ingintahu said...

Saya pun nak tahu pasal pelaburan cili tu terima kasih

syfadh syed fadhil said...

Wa'alaikum salam,

Terima kasih kepada yg bertanya.

Berkenaan soalan tentang pelaburan dlm aktiviti penanaman, dalam muamalat Islam, contoh yg diberikan oleh saudara itu tergoloang dlm kategori mudharabah yakni satu pihak menyumbang modal manakala pihak satu lagi menjalankan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh drpd perniagaan tersebut dikongsi menurut peratusan yang dipersetujui manakala kerugian ditanggung oleh si pemberi modal kerana pihak yang menjalankan perniagaan dikura rugi dr segi usahanya. transaksi sebegini adalah dibenarkan dalam Islam.

jumlah perkongsian keuntungan yang diharuskan adalah penetapan peratusan keuntungan yang akan diperoleh stp pihak sekiranya perniagaan tersebut berhasil. ini disebut sebagai perkongsian keuntungan dan bukannya hibah. Harus diingat bahawa keuntungan tetap (yakni pemodal akan tetap mendapat pulangan walau apa pun terjadi kpd perniagaan tersebut) adalah ditegah kerana ia dianggap sebagai riba.

wallahu a'lam