Pages

20 September 2012

Resepi Chicken Chop

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan isi kandungan blog ini supaya tidak sahaja mengandungi bahan bacaan yang berunsur serius bahkan bahan bacaan berunsur santai, kali ini saya berkongsi resepi masakan dengan para pembaca. Buat kali ini saya ingin berkongsi resepi Chicken Chop. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Chicken Chop: Inilah hasil akhirnya

Bahan-bahan untuk menyediakan ayam:

1) Ayam bahagian dada atau peha yang dibuang tulangnya.
2) Bawang putih.
3) Halia.
4) Lada hitam.
5) Lada sulah.
6) Kicap manis.
8) Garam.
9) Sos tiram.
10) Tepung gandum.
11) Telur.
12) Serbuk roti.

Cara-cara:
Sebelum digoreng

Selepas digoreng

Hiris ayam supaya membentuk kepingan sederhana tebal (sesuai dengan bentuk chicken chop). Kisar semua bahan yang bertanda merah kemudian gunakannya sebagai bahan perapan ayam. Selepas ayam diperap selama beberapa jam, salut ayam dengan tepung gandum kemudian celup ayam ke dalam telur. Seterusnya, salut ayam dengan serbuk roti. Akhir sekali goreng ayam sehingga garing keperangan.

Bahan-bahan untuk menyediakan sos lada hitam:

1) Lada hitam (ditumbuk halus).
2) Kiub pati ayam tanpa MSG.
3) Bawang besar (dihiris).
4) Tepung gandum.
5) Butter.
6) Tepung jagung (dicairkan dengan air).
7) Daun saderi.
8) Sos tomato.
9) Kicap.
10) Cendawan butang (dibelah dua).

Cara-cara:

Rebus bawang besar dan daun saderi di dalam air. Kemudian tapis dan ambil air rebusannya sahaja. Masukkan butter dan tepung gandum ke dalam kuali dan masak sehingga keperangan. Kemudian masukkan air rebusan tadi beserta kiub pati ayam. Seterusnya masukkan sedikit sos tomato dan masukkan kicap sehingga warnanya agak kehitaman. Masukkan lada hitam dan tepung jagung sehingga mencapai kepekatan yang sesuai. Akhir sekali masukkan cendawan butang.

Bahan-bahan untuk menyediakan coleslaw:

1) Kubis (disagat).
2) Lobak merah (disagat).
3) Mayonis.
4) Susu cair.
4) Butter.
6) Gula.
7) Garam.
8) Lemon.

Cara-cara:

Cairkan butter di dalam mangkuk (bukan di atas api). Masukkan mayonis, susu cair, gula, garam dan perahan lemon secukup rasa. Akhirnya masukkan kubis dan lobak merah yang telah disagat. Gaulkan hingga rata dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.


1 comment:

Anonymous said...

I can not thank you adequately for the posts on your web site. I know you'd put a lot of time and effort into them and hope you know how much I appreciate it. I hope I'll do exactly the same for someone else at some point.