Pages

05 August 2012

31 Ogos Bukan Hari Barisan Nasional



Yang di atas adalah logo untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dengan tema "55 tahun janji ditepati". Daripada tema Hari Kemerdekaan itu sendiri kita dapat betapa Barisan Nasional sedang dalam keadaan terdesak untuk mempromosikan parti mereka kepada masyarakat sehingga sanggup menyalahgunakan jentera dan dana kerajaan untuk kepentingan parti mereka.

Harus kita fahami bahawa Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional adalah dua entiti yang berbeza. BN hanyalah anggota yang menggerakkan atau menguruskan Kerajaan Malaysia dengan sebab BN telah menang pilihanraya umum yang lalu. Tanpa BN, Kerajaan Malaysian tetap wujud. Kemenangan dalam pilihanraya umum bukan bermakna BN boleh menggunakan jentera dan dana kerajaan sesuka hati demi kepentingan parti mereka kerana jentera dan dana kerajaan adalah milik rakyat Malaysia dan bukannya BN.


Logo dan tema kemerdekaan sepatutnya bersifat neutral dan mewakili seluruh rakyat Malaysia kerana kemerdekaan adalah perayaan kebangsaan tanpa mengira parti politik. Sebarang bentuk aktiviti yang mempromosikan parti BN seharusnya dijalankan dengan menggunakan jentera dan dana daripada BN sendiri. Namun malangnya BN telah menyalahguna dan memperalatkan jentera dan dana kerajaan untuk kepentingan parti mereka. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kemerdekaan bukan sambutan Hari Barisan Nasional.

Namun pada masa yang sama pemimpin-pemimpin BN buat-buat bodoh kononnya tidak nampak rasional mengapa orang ramai membangkang penggunaan logo dan tema kemerdekaan yang dicemari sentimen politik ini. Pemimpin-peminpin BN keluar dengan pelbagai alasan untuk merasionalkan penggunaan logo dan tema yang berat sebelah ini. Mereka fikir rakyat boleh disenyapkan apabila disuap dengan alasan-alasan bodoh yang dikeluarkan.

Tidak cukup dengan itu, jika dilihat daripada reka bentuk logo kemerdekaan itu sendiri, nampaklah betapa sengkeknya reka bentuk logo tersebut. Malaysia yang mendakwa sebagai antara negara membangun yang terbaik di dunia keluar dengan logo kemerdekaan yang kelihatan seperti telah direka oleh budak sekolah rendah. Tapi saya tidak begitu hairan kerana mungkin ini disebabkan logo tersebut dihasilkan dengan modal RM5 sahaja maka dengan itu rupanya pun rupa RM5. Manakan tidak, duit yang berjuta-juta telah habis di tabur di sana-sini demi meraih undi.

Saya tidak hairan jika pada 31 Ogos tahun ini, mereka yang hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan hanyalah orang-orang BN kerana BN telah mencemarkan sambuatan kemerdekaan dengan mainan politik.  

No comments: