Pages

09 May 2012

Bersih 3.0


Tahun ini sekali lagi Ambiga dan sekutunya membuat onar di tengah-tengah Badaraya Kuala Lumpur kononnya atas dasar menegakkan demokrasi. Di sebalik kebenaran bersyarat yang diberikan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan Bersih 3.0 diadakan ditempat lain selain Dataran Merdeka, Ambiga bekeras untuk mengadakan Bersih 3.0 kononnya dengan alasan bahawa tindakannya itu dibenarkan oleh undang-undang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012. Katanya, meskipun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa budi bicara untuk memberi atau menolak kebenaran berhimpun di tempat-tempat yang di bawah jagaan DBKL berdasarkan undang-undang tempatan, Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang tempatan tersebut. 

Saya agak terkejut ketika membaca kenyataannya ini dan tidak percaya bagaimana seorang bekas Pengerusi Majlis Peguam boleh menjadi begitu dangkal dalam mentafsir Perlembagaan Persekutuan. Meskipun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk berhimpun, hak tersebut adalah tertakluk kepada batas-batas yang diperuntukkan oleh undang-undang seperti keselamatan awan dan public order (sila rujuk Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan). Maka larangan pihak kerajaan dan Datuk Bandar KL itu adalah berlandaskan undang-undang demi memelihara keselamatan awam dan public order. Tambahan lagi, Mahkamah Majistret telah mengeluarkan arahan supaya peserta Bersih 3.0 tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka. Justeru tindakan Ambiga mengingkari perintah Mahkamah dah arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Datuk Bandar KL adalah menyalahi undang-undang.


Ambiga menambah lagi disebabkan notis yang diberi dalam masa yang singkat oleh pihak kerajaan maka dia enggan mengubah lokasi penganjuran Bersih 3.0 kerana dikhuatiri peserta Bersih 3.0 tidak dapat dimaklumkan dengan perubahan tersebut. Pada saya sekali lagi Ambiga telah memberi Alasan yang bodoh dan tak boleh diterima akal. Dalam pada dunia yang penuh dengan teknologi maklumat ini di mana berita dan maklumat boleh disampaikan dengan cara yang mudah dan cepat, masakan berita perubahan tempat berhimpun tidak dapat disebarkan kepada umum.

Ini jelas menunjukkan betapa niat sebenar penganjuran bersih bukanlah sebenar-benar untuk menegakkan demokrasi tetapi mempunyai niat lain yang tersembunyi. Kalau benar anda menuntut hak berhimpun sebagaimana yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan jadi mengapa hak tersebut tidak dipraktikkan mengikut jalan yang menepati undang-undang. Mengapa demonstrasi mesti di Dataran Merdeka adakah tuntutan demokrasi tidak boleh dibuat di stadium atau tempat-tempat lain? Bukankah berhimpun di stadium lebih selesa, teratur dan selamat?

Seterunya Ambiga mula lepas tangan apabila kekecohan berlaku kononnya dengan sebab kekecohan tersebut berlaku setelah dia mengumumkan kepada para pesertra Bersih 3.0 supaya bersurai. Mungkin disebabkan kebodohannya Ambiga tidak dapat mengagak bahawa dalam kesesakan dan hiruk-pikuk himpunan kira-kira 300,000 orang , terdapat kemungkinan besar kekecohan dan keganasan boleh berlaku. Barangkali disebabkan kebodohannya dia menjangka yang dia dapat mengawal 300.000 orang dengan mudah. Mungkin disebabkan kebodohannya dia menyangka 300,000 peserta perhimpunan dapat disuraikan dalam sekelip mata. Boleh jadi disebabkan kebodohannya juga dia menjangka 300,000 orang peserta tersebut adalah robot yang akan taat dan patuh akan perintahnya 100 peratus.

Hakikatnya ini adalah tindakan orang yang tidak bertanggungjawab. Pandai buat tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab apabila perkara yang dilakukannya itu bertukar menjadi buruk. tidak cukup dengan itu, bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab malah menyalahkan pihak polis pula kerana menggunakan kekerasan dalam usaha menyuraikan peserta perhimpunan. Kalau difikirkan secara logik sekiranya tiada perhimpunan maka tiada kekecohan dan apabila tiada kekecohan maka tiadalah keganasan polis. Bersih 3.0 ini boleh dikatakan sebenarnya suatu konspirasi yang disengajakan supaya banyak kesilapan dilakukan dan banyak kesilapan yang diperlihatkan lalu ada pihak yang boleh dipersalahkan.

Malangnya masih ramai orang yang mudah terpengaruh. Masih ramai orang yang lebih dangkal daripada Ambiga maka dengan sebab itu mereka boleh dipengaruhi oleh Ambiga yang sudah sedia dangkal itu. Yang lebih menyedihkan lagi, majoritinya orang Islam yang diperbodohkan oleh si kafir ini. Orang kafir memang suka lihat orang Islam bergaduh sesama sendiri tapi yang paling pelik, orang Islam sendiri suka bergaduh sesama sendiri.



1 comment:

FARHAN ALIA said...

nice.tak kuciwa dah.