Pages

15 April 2012

Pemansuhan PTPTN


Semakin hampir ke pilihanraya umum semakin banyak idea-idea dangkal dikeluarkan oleh para pengemis undi. Yang terbaru, cadangan yang datang daripada pihak pembangkang supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Tak lain tak bukan, cadangan ini diharap dapat memperbodoh sebahagian besar pelajar universiti terutama yang suka bermewah-mewahan dengan menggunakan duit orang lain supaya mengundi mereka pada pilihanraya kelak.

Cadangan penghapusan PTPTN ini dikatakan kononnya sebagi salah-satu langkah untuk menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Lantas sesetengah yang merelakan diri mereka diperdaya pun memperbodohkan diri duduk di tepi-tepi jalan untuk mendesak suatu tuntutan yang tidak munasabah dan tidak wajar, memansuhkan PTPTN dan melangsaikan hutang yang berjumlah lebih daripada RM45 bilion yang merupakan wang rakyat Malaysia.


Pada saya tidak ada sebab munasabah mengapa PTPTN patut dihapuskan. Sebabnya terlalu mudah hanya lembu-lembu dikandang sahaja yang tak dapat memahaminya. Apabila namanya hutang maka semestinya perlu dibayar balik. Tidak pernah saya dengar mana-mana agama atau mana-mana sistem perundangan  di dalam dunia ini yang mengatakan hutang tak perlu dibayar. Pandai pinjam maka perlulah tahu untuk membayarnya. Pemansuhan PTPTN menggalakkan sifat tidak bertanggungjawab dalam kalangan pelajar di mana mereka boleh sewenang-wenang terlepas daripada tanggujawab hutang yang mereka sendiri cipta.

Puak-puak yang berkumpul di tepi-tepi jalan mendesak kerajaan menghapuskan hutang mereka sememangnya manusia yang tak reti malu. Mahu memanfaatkan duit orang lain demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Mahu berbelanja dan joli dengan wang yang bukan milik mereka. Mahu rakyat Malaysia menangungg perbelanjaan mereka dalam pada mereka tidak menyumbang apa-apa pun kepada Malaysia selain daripada membuat kacau di jalan-jalan. 

Kalau diikutkan ramai saja pelajar-pelajar universiti yang ibu bapa mereka mampu menangung pelajaran mereka tetapi mereka tetap ingin meminjam wang PTPTN supaya mereka dapat bermewah-mewahan walaupun ketika masih belajar. Dan jika dikira dari segi peratusan, berapa peratus sahaja duit PTPTN itu digunakan sebenar-benarnya untuk pelajaran manakala yang selebihnya dihabiskan untuk hiburan, gajet-gajet baru, berjoli bersama teman lelaki/wanita dan urusan-urusan lain yang merupakan pembaziran.

Bercakap soal pendidikan percuma di peringkat universiti, ini bukan tertumpu pada soal kemampuan kewangan kerajaan sahaja bahkan produktiviti pelajar itu sendiri. Dalam pada pendidikan berbayar dan pelajar universiti ini berhutang pun masih terdapat lambakan pelajar yang tidak memandang serius pelajaran mereka. Masih terdapat lambakan pelajar yang rasa memadai dengan sekadar lulus atau 'cukup makan'. Masih ramai pelajar yang ponteng kuliah dan tidur di bilik pada waktu pengajian. Bayangkan apa pula yang akan berlaku sekiranya mereka diberi pelajaran percuma dan diberi pula wang untuk dibelanjakan. 

Pemansuhan PTPTN juga merupakan suatu sistem pengagihan wang secara tidak adil. Pada mereka yang meminjam PTPTN, mereka boleh bermewah-mewahan dengan wang pinjaman berpuluh ribu dan kemudian tidak perlu membayar barang sesen pun. Bagi mereka yang tidak meminjam PTPTN kerana tidak mahu berhutang malah sanggup berjimat kadang-kala mengikat perut dan bertungkus lumus mengawal perbelanjaan, mereka tidak pula mendapat sebarang faedah malah rugi kerana terlepas wang percuma puluhan ribu ringgit.

Saya tidak melihat cadangan ini sebagai suatu usaha ikhlas ataupun keprihatinan puak pembangkang sebaliknya hanyalah langkah terdesak untuk mendapatkan perhatian para pelajar universiti.

Pemansuhan PTPTN sememangnya tidak wajar. Tetapi sekiranya terdapat cadangan untuk menghapuskan segala cas sampingan seperti faedah, kos pentadbiran dan lain-lain cas supaya para peminjam hanya perlu membayar jumlah pokok pinjaman maka cadangan seperti ini adalah sangat wajar dan mesti disokong.

2 comments:

batrisya haseena said...

hmmm... klu yg sal cas2 faedah tue wajar dan kena sokong.... good idea post isu pancing undi nie.... biar ramai pelajar2 u kt luar 2 tahu pasal nie...

FishyFasha IsFishing said...

perenggan akhir itu, saya setuju... :)