Pages

03 February 2012

Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." 
[Surat At-Taubah: 128]

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul pada hari Ahad ini marilah kita mengetahui sedikit-sebanyak biodata peribadi berkenaan insan teragung, Muhammad Rasulullah:

Nasab daripada keturunan bapa baginda: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nasab daripada keturunan ibu baginda: Muhammad bin Aminah bin Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab (di sinilah bertemunya nasab daripada sebelah bapa dan ibu Rasulullah)

Keturunan: Rasulullah berketurunan Bani Hashim daripada suku Arab Quraisy. 
Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kotaKaabah).

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Selepas kematian ibu, baginda diasuh oleh Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu Susuan

Ibu susuan pertama baginda adalah Thuwaibah Al-Aslamiyyah (hamba perempuan Abu Lahab). manakala ibu susuan baginda yang kedua adalah Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Isteri-isteri Rasulullah (semuanya janda ketika dinikahi oleh Rasulullah kecuali 'Aisyah):


1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Juairiyah Binti Al-Harith
9. Maimunah Binti Harith.
10. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
11. Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin: Ibu Orang Miskin).
12. Mariyyah Al-Qibtiyyah


Anak-anak Rasulullah (semuanya dilahirkan oleh Khadijah kecuali Ibrahim yang dilahirkan oleh Mariah Al-Qibtiyyah):


1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-'As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin 'Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin 'Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan 'Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)


Anak Tiri Rasulullah


1. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. 


Saudara Susuan Rasulullah bersama Ibu Susuan Thuwaibah


1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


Saudara Susuan Rasulullah bersama Ibu Susuan Halimah Al-Saidiyyah


1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
3. Syaima binti Harith bin Abdul Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza


No comments: