"Assalamualaikum, welcome to my blog. This is a medium for me to publish my opinions. Hopefully there would be benefits for all readers. Feel free to give your comment by clicking 'comment' after each post. Correct me should there be any mistake within my post but be responsible by providing your name together with every comment. Thank you." -syfadh-

24 November 2011

Perlaksanaan Hudud, Perlembagaan Tak Halang (Bahagian 2)


Tulisan ini adalah sambungan bagi tajuk: Perlaksanaan Hudud, Perlembagaan Tak Halang (Bahagian 1) bagi kita menganalisan adakah benar dakwaan pihak yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan hudud dilaksanakan di Malaysia.

Perkara 160(2): Pengertian Undang-undang

Sesetengah pihak berhujah yang hudud tidak boleh diaplikasi di Malaysia kerana makna 'undang-undang' yang terdapat dalam Perkara 160(2) tidak meletakkan undang-undang Islam sebagai salah-satu sumber undang-undang sebaliknya hanya mendefinasikan undang-undang sebagai:

"Art 160(2): includes written law, the common law in so far as it is in operation in the Federation or any part thereof, and any custom or usage having the force of law in the Federation or any part thereof."

Bagi saya hujah sebegini adalah tidak releven dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Sebabnya pertama, perkataan 'includes' bermaksud 'termasuk'. Ini bermakna definasi undang-undang tidak terhad kepada written law, common law dan custom sahaja sebaliknya perkataan 'includes' membenarkan undang-undang diperoleh daripada sumber-sumber lain termasuklah undang-undang Islam. Dalam menginterpretasikan makna 'law' dalam Perkara 160(2) kaedah "expressio unius est exclusio alterius" (the express mention of one thing excludes all others) tidak terpakai kerana definasi yang diberikan bersifat penyenaraian (illustrative) dan bukannya pengecualian (exclusionary).


Kedua, meskipun undang-undang Islam tidak disebut secara jelas dalam Perkara 160(2), hudud boleh digolongkan dalam kategori 'written law' sebaik sahaja hudud digubal dan diluluskan oleh Parliamen. 

Ketiga, undang-undang Islam juga boleh digolongkan dalam kategori common law kerana Perlembagaan tidak mengehadkan undang-undang sebagai Common Law of England sajaha. Maka dengan sebab itu undang-undang Islam juga boleh dikategorikan sebagai common law kerana pada hakikatnya Islam sememangnya common dengan rakyat Malaysia bahkan lebih common berbanding dengan Common Law of England itu sendiri.

Perkara 7: Perlindungan daripada Perbicaraan Berulang

Ada juga orang yang tak berapa bijak tapi belajar undang-undang berhujah bahawa perlaksanaan hudud akan menyebabkan sesorang Muslim itu boleh dibicarakan dan dihukum dua kali untuk satu kesalahan yang sama, sekali di bawah undang-undang civil dan sekali lagi di bawah undang-undang Islam sekaligus menjadikan hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perkara 7.

"Art. 8(2): A person who has been acquitted or convicted of an offence shall not be tried again for the same offence except where the conviction or acquittal has been quashed and a retrial ordered by a court superior to that by which he was acquitted or convicted."

Malangnya orang tidak berapa bijak tetapi belajar undang-undang ini tidak memikirkan bahawa dalam penggubalan undang-undang hudud kita boleh memasukkan peruntukan yang mengatakan bahawa setiap Muslim adalah tertakluk di bawah undang-undang hudud sahaja dan bukannya Kanun Keseksaan dan sesiapa yang telah dihukum di bawah undang-undang hudud tidak boleh dihukum lagi dibawah Kanun Keseksaan.


Perkara 8: Kesamarataan 

Dalam membicarakan soal perlaksanaan hudud di Malaysia, isu rakyat berbilang agama pastinya menjadi suatu topik yang sangat penting untuk dipertimbangkan. Kerajaan PAS Kelantan mengatakan bahawa hudud hanya akan diaplikasikan ke atas orang Islam sahaja dan bukannya orang kafir. Persoalannya adakah Perlembagaan membenarkan hudud diaplikasikan kepada sesetengah rakyat sahaja (yakni Muslim) dan tidak pula kepada sesetengah yang lain.

8. (1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.
(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.

Dalam soal konsep kesamarataan yang dipromosikan oleh Perlembagaan, kesamarataan bukan bermaksud setiap orang mesti mendapat layanan yang sama. Sebaliknya, setiap orang dalam situasi yang sama mesti mendapat layanan yang sama. Dalam soal ini, mahkamah di dalam kes PP v Khong Teng Khen [1976] 2 MLJ 166 menyebut bahawa undang-undang membenarkan pengelasan yang dinamakan 'pengelasan yang munasabah' (reasonable classification). Perkara 8 membenarkan diskriminasi sekiranya diskriminasi membawa kepada keadilan yakni yang disebut sebagai 'just discrimination'. Mahkamah juga menyebut bahawa undang-undang yang digubal tidak perlu bersifat umum dari segi karakternya dan universal dalam aplikasinya tetapi mamadai sekiranya undang-undang tersebut melayan setiap orang yang berada dalam situasi yang sama dengan layanan yang sama.

Maka dalam hal ini, mengelaskan semua Muslim supaya tertakluk di bawah satu undang-undang yang berbeza daripada orang kafir bukanlah suatu diskriminasi yang membawa kepada ketidakadilan bahkan pengelasan inilah yang akan membawa kepada keadilan. Jadi tidak ada sebab mengapa undang-undang hudud boleh dikatakan sebagai diskriminasi yang bertentangan dengan Perkara 8 kerana meskipun pengelasan ini adalah suatu diskriminasi tetapi pengalasan ini adalah 'just discrimination'.  

Kesimpulan

Pada hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menghalang perlaksanaan undang-undang Islam baik di Malaysia secara keseluruhannya atau di negeri yang khusus. Namun malangnya pihak yang menolak Islam cuba memperbodohkan rakyat dan menggambarkan seolah-olah perlaksanaan undang-undang Islam adalah suatu yang mustahil kerana Perlembagaan tidak membenarkannya walhal ini bukan realiti yang sebenar. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini cuba mencari helah untuk membela perbuatan mereka tidak kiralah dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan menipu rakyat.

Asas bagi perlaksanaan Islam sememangnya telah lama wujud di dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada kemahuan kerajaan sahaja. Sekiranya kerajaan benar-benar bersungguh dalam isu ini pastinya hal ini akan menjadi kenyataan sebaliknya apabila kerajaan sendiri menolak perkara ini maka pelbagai alasan termasuk alasan-alasan bodoh direka-reka dengan harapan rakyat dapat dibodohkan dan disenyapkan dengan alasan-alasan bodoh ini. Betapa sebenarnya kita tidak mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails