RM2700 bagi all-laser conventional lasik untuk sebelah mata.
RM3700 bagi all-laser custom lasik untuk sebelah mata.
5) Layanan yang diberikan oleh jururawat dan doktor sememangnya mesra dan menyenangkan hati.
Sebelum pembedahan berlangsung anda akan diarahkan untuk melakukan persediaan. Pertama, power mata anda akan diperiksa semula untuk memastikan power mata anda tidak berubah. Power mata anda ini juga akan digunakan oleh doktor untuk membuat pengiraan sebanyak lapisan kornea yang akan dibuang ketika membuat pembentukan semula kornea.
Seterusnya, anda dikehendaki menukar pakaian untuk pembedahan. Bahagian sekeliling mata dan kelopak mata anda akan dibersihkan oleh jururawat supaya terhindar daripada sebarang kuman atau jangkitan. Pada masa yang sama, jururawat akan menitiskan ubat bius untuk memberi rasa kebas kepada mata anda.
Semasa pembedahan berlangsung, anda tidak merasa sebarang kesakitan tetapi anda cuma merasa sedikit tekanan ke atas mata dan sedikit tidak selesa. Doktor akan meletakkan sejenis gelung pada mata anda untuk menghalang mata anda daripada berkelip. Kemudian sejenis alat akan digunakan untuk menghasilkan sedutan supaya dapat 'memegang' mata anda untuk mengelakkannya daripada bergerak semasa pembedahan. Selepas itu, mata anda pula akan dibersihkan. Ketika mata kanan sedang dibedah, mata kiri akan dilindungi dengan kain khas dan begitulah sebaliknya.
Seterusnya, bermulalah proses pemotongan flap sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam post sebelum ini. Sesudah flap dipotong dan diangkat, laser akan ditembak ke dalam mata untuk melakukan pembentukan kornea. Ketika laser ditembak ke dalam mata, anda dapat menghidu bau hangit lapisan kornea yang terbakar terkena pancaran laser tersebut. Setelah pembentukan kornea selesai, flap akan diletakkan kembali di tempat asalnya. Proses yang sama akan diulang untuk mata yang sebelah lagi.
Sesudah pembedahan selesai akan bolehlah pulang ke rumah. Doktor akan membekalkan anda dengan ubat tahan sakit (sekiranya perlu), ubat antibiotik untuk dititiskan ke dalam mata dan cecair untuk mengekalkan kelembapan mata. Selepas ubat bius yang dititiskan diawal pembedahan habis kesannya, mata anda akan mula berair untuk 2-4 jam. Apa yang boleh anda lakukan ketika ini adalah tidur.
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil berat. Di samping menistiskan ubat yang dibekalkan pada waktunya, anda tidak boleh menggosok mata, membasuh muka atau rambut dengan sabun/shampoo kerana dikhuatiri kesan sabun itu masuk ke dalam mata. Anda juga perlulah memakai pelindung mata ketika tidur untuk mengelakkan anda daripada menggosok mata ketika tidur. Anda tidak boleh berenang selama sebulan selepas pembedahan atau membiarkan sebarang bendasing termasuk peluh masuk ke dalam mata.
Doktor akan menyuruh anda datang untuk pemeriksaan susulan sehari selepas pembedahan, seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun.
Begitulah serba sedikit saya ceritakan pengalaman saya ketika menjalani rawatan lasik. Semoga bermanfaat kepada anda. Kepada mereka yang berminat menjalankan lasik di Optimax, anda bolehlah meletakkan nama saya, Syed Fadhil Hanafi sebagai referrer.


8 comments:
Optimax tuh tmpat makcik ak..dye Dr kat sane..
Now dah tak perlu pakai spek mata ke? total cured ke or just reducing the power eks? tengah survey2 jugak. Optimax ni ada offer RM1588 untuk sebelah mata
yup dah x yah pakai spec. hr 2 last cek power dah kosong tp ade silau cket lg.
kalau bagitahu nama u as a referral ada diskaun ke? sbb I dgr kalau ada referral kita boleh dpt diskaun. betul ke?
x sure la pulak dapat diskaun ke tidak tp optimax ade bg voucher dkt saye hr 2 utk bg dkt kawan2 yg berminat nak buat lasik
I dh buat appt ngan optimax yg kat ampang tu. nanti I cuba bagi nama u as a referral.
i baru baca satu artikel yang bagitahu kat optimax kalau bagi referral boleh dpt diskaun dlm RM50. x pe I cuba dulu kalau dpt baguslah kalau x de maknanya x de rezekilah tu.
thanks for sharing yer. kin actually tgh buat research for my friend actually. really good info.
bro, nk tanya, berapa total charge yang dikenakan untuk buat lasik ni.
optimax ada offer easy payment plan x?
aku berminat nk buat sbb dh xlarat pakai spek, tmbhn pulak aku jenis kuat bersukan, penat jugak pakai lense,tapi xberapa ada bajet. kalau ada easy payment mmg aku nk buat.
Post a Comment