"Assalamualaikum, welcome to my blog. This is a medium for me to publish my opinions. Hopefully there would be benefits for all readers. Feel free to give your comment by clicking 'comment' after each post. Correct me should there be any mistake within my post but be responsible by providing your name together with every comment. Thank you." -syfadh-

03 August 2011

Lasik (Bahagian 1: Pengenalan dan Sebelum Pembedahan)

Kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya menjalani pembedahan lasik. Semoga post ini bermanfaat terutama kepada mereka yang sudah rimas berkaca mata seperti saya.

Kalau hendak diterangkan secara saintifiknya saya pun tidak tahu kerana saya bukanlah penuntut bidang perubatan tetapi secara mudahnya boleh saya ceritakan yang lasik adalah pembedahan mata untuk memperbetul kornea mata. Untuk pengetahuan anda, rabun jauh atau rabun dekat berlaku disebabkan cahaya yang dipantulkan oleh objek yang dilihat tidak mencapah pada retina yang terdapat di bahagian belakang mata apabila cahaya tersebut masuk ke dalam mata.

Retina befungsi sebagai organ yang menyalurkan maklumat penglihatan kepada otak untuk diproses. Oleh sebab cahaya tidak mencapah tepat pada retina, imej yang dihantar ke otak menjadi kabur.

Rabun Jauh
*Gambar kini adalah gambaran mata normal manakala gambar kanan adalah gambaran mata penghidap rabun jauh.

Rabun Dekat
*Gambar kiri adalah gambaran mata normal manakala gambar kanan adalah gambaran mata pemghidap rabun dekat.

Jadi fungsi lasik adalah untuk memperbetulkan atau lebih tepat membentuk kornea supaya cahaya memasuki mata dapat kembali mencapah tepat pada retina.

Pembedahan ini dilakukan dengan mula-mula memotong lapisan luar mata dan kemudian mengangkatnya. Lapisan yang diangkat ini dinamakan flap. Sesudah itu barulah laser ditembak ke dalam mata untuk membuat pembentukan kornea. Selesai pembentukan kornea dibuat, flap yang diangkat pada permulaan tadi akan diletakkan semula pada tempat asalnya. Keseluruhan prosedur ini dilakukan menggunakan mesin dan mengambil masa kira-kira 5-10 minit sahaja untuk sebelah mata.


Terdapat beberapa jenis lasik seperti conventional lasik, all-laser lasik, epilasik dan custom lasik. Bezanya ialah conventional lasik menggunakan mata blade untuk membuat potongan lapisan luar manakala all-laser lasik dan custom lasik menggunakan laser keseluruhannya. Harga setiap lasik ini juga berbeza dengan conventional lasik yang paling murah dan custom lasik paling mahal.

Setiap mata manusia mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi power mata, ketebalan kanta mata, tekanan dalam mata dan lain-lain. Justeru, Ada mata yang sesuai untuk semua jenis lasik tetapi ada pula sesetengah mata hanya sesuai untuk satu-satu jenis lasik sahaja dan tidak sesuai untuk jenis yang lain.

Contohnya, bagi mereka yang mempunyai kanta mata yang nipis, mereka tidak sesuai untuk menjalani conventional lasik kerana conventional lasik menggunakan mata blade untuk memotong flap dan mata blade ini memotong dengan ketebalan yang lebih berbanding laser. Kanta mata mempunyai ketebalan yang minimum jadi conventional lasik tidak sesuai kerana menyebabkan ketebalan kanta mata kurang daripada ketebalan minimum. Justeru, sekiranya mereka ingin melakukan lasik, mereka perlu memilih all laser lasik atau custom lasik.

Bagi menentukan jenis lasik yang sesuai, anda perlu menjalani pemeriksaan yang dinamakan screening test. Harga bagi screening test adalah:

2) Optimax = RM 220.00 (saya berjaya mendapat harga promosi RM120). Untuk Optimax, yuran screening test ini akan dipulangkan sekiranya anda bersetuju untuk meneruskan pembedahan lasik.

Proses screening test ini mengambil masa kira-kira 2-3 jam. Antara pemeriksaan yang akan dilakukan adalah seperti pemeriksaan power mata menggunakan komputer dan secara manual, pemeriksaan tekanan dalam mata, pemeriksaan ketebalan kanta mata, pemeriksaan bahagian dalam mata dan macam-macam pemeriksaan lagi.

Untuk menjalani screening test, anda mestilah berumur lebih 21 tahun dan tidak memakai contact lens sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum daripada hari pemeriksaan tersebut.

Anda tidak boleh memilih jenis lasik sesuka hati anda sebaliknya setelah usai screening test barulah anda akan dimaklumkan tentang jenis lasik yang sesuai untuk mata anda.

Di Hospital Mata Tun Hussein Onn, anda boleh meneruskan pembedahan lasik sebaik sahaja selesai screening test tetapi di Optimax anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua hari selepas screening test sebelum anda boleh menjalani pembedahan.

Secara umumnya, tiada tempoh terhad untuk anda menjalankan lasik setelah anda menjalani screening test. Tetapi sebaiknya jarak masa antara screening test dan pembedahan tidak terlalu lama untuk mengelakkan power mata anda berubah yang mana memerlukan screening test dilakukan sekali lagi.

Bersambung di bahagian 2...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails