Lewat ini, kalau kita baca akhbar atau mendengar berita di radio mahupun televisyen, berita tentang Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 menjadi tajuk wajib. Bagi mereka yang jarang mengambil tahu hal-ehwal semasa, pendek kata BERSIH ini adalah suatu perhimpunan demi menyuarakan 8 tuntutan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah tuntutan mereka:
1. Bersihkan senarai pengundi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Menggunakan dakwat kekal.
4. Masa kempen minima 21 hari.
5. Media yang bebas dan adil.
6. Pengukuhan institusi awam.
7. Hentikan rasuah.
8. Hentikan politik kotor.
Dalam usaha kerajaan menyekat penganjuran perhimpunan ini, beberapa individu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti berunsur subversif (menggugat ketenteraman awam).
Persoalan yang timbul adalah adakah tindakan pihak polis menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka yang terlibat dalam penganjuran BERSIH adalah tindakan yang sah dari segi undang-undang.
Kalau sudah namanya pun Ordinan Darurat, semestinya ordinan ini berkuatkuasa dalam tempoh darurat. Memandangkan pihak polis menggunakan ordinan ini, adakah bermakna Malaysia berada dalam keadaan darurat?
Perlembagaan Persekutuan Perkara 150(7) menyebut:
Menurut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang dibuat oleh YDPA semasa darurat akan terhenti berkuatkuasa enam bulan selepas perintah darurat ditarik balik. Justeru, sekiranya benar Pengishtiharaan Darurat telah ditarik balik maka Ordinan Darurat 1969 tidak berkuatkuasa lagi.
Persekutuan Tanah Melayu yang kini Malaysia telah diishtiharkan darurat sebanyak 3 kali:
1) 1948: Pemberontakan komunis.
2) 1964: Konfrontasi Indonesia.
3) 1969: Peristiwa berdarah 13 Mei.
Namun tidak satupun daripada Pengishtiharaan-pengishtiharaan Darurat tersebut pernah ditarik balik. Ini menunjukkan Malaysia sememangnya masih lagi, daripada segi undang-undang berada dalam keadaan darurat sekaligus membenarkan pihak polis menggunakan Ordianan Darurat untuk mencegah BERSIH.
Kali ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) direhatkan tetapi Ordinan Darurat pula menunjukkan taringnya. Meskipun begitu, kita harus ingat, taring Ordinan Darurat adalah setajam dan sepanjang taring ISA.
Persoalan adakah wajar atau tidak kerajaan tidak menarik balik Pengishtiharaan Darurat jawapannya sememangnya tidak wajar sama sekali namun itu bukanlah tujuan post kali ini ditulis.
Kalaulah A yang berlaku, maka sewajarnya mereka semua disumbatkan ke dalam tahanan sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Ordinan Darurat. Jika benar BERSIH mempunyai niat yang bersih maka A tidak patut berlaku.



0 comments:
Post a Comment