Pages

30 June 2011

Cinta Sederhana


Ini sebenarnya 'hutang' saya kepada pembaca sejak setahun lebih yang lalu. Dalam sajak bertajuk, Cinta Biasa, yang Sempurna saya diminta untuk menterjemahkan apa yang saya maksudkan dengan cinta biasa / sederhana. Jadi inilah sambungannya. Harap anda berpuas hati.

Cinta Sederhana

Cinta sederhana, 
Apakah ada? 
Adakah bisa? 
Jadi yang bagaimana? 
Ini aku cerita, 

Tak mestinya sentiasa berdua, 
Tak perlu mengganggu tiap ketika, 
Tak perlu berpesan setiap masa, 
Tak perlulah bicara mengada-ada, 

Tak perlu nak cemburu gila, 
Tak perlu nak mengongkong segala, 
Aku bukan untuk kamu saja, 
Kamu pun bukan aku yang punya, 
Kita untuk semua, 

Kasih kita berpada, 
Harus waspada, 
Marah, marah juga, 
Benci kadang ada, 
Bukan semuanya kita suka, 
Mengapa perlu berpura? 

Gembira pun derita, 
Kasih kita tetap sama, 
Tak beza-beza, 
Kerana kita cinta,
Cinta biasa,
Cinta sederhana...

-syfadh-
10.46 am, 24/6/11

1 comment:

FishyFasha said...

nice shot!!

"tak perlulah bicara mengada-ngada"

=P

hai syed fadhil...

hihi..