Pages

06 March 2011

Kehadapan Anonymous & Para Pemberi Komen

Saya suka untuk memulakan post kali ini dengan menyebut firman Allah:

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
"dan hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang itu (adalah) mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan merendah hati dan tatkala mereka bertemu dengan orang-orang yang jahil lantas mereka mengucapkan kata-kata yang baik"
[Al-Furqan: 63]

Saya menerima banyak komen daripada anonymous (org yg tak diketahui) yang berupa maki-hamun dan cercaan kepada saya dengan sebab mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis.

Saya sebenarnya tidak terkelindan atau terjentik sedikitpun dengan komen-komen murahan mereka kerana saya senang dengan firman Allah yang saya telah sebutkan di atas yakni apabila kita bersemuka dengan orang-orang jahil maka kita seharusnya aman sahaja dengan mereka kerana sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak mengetahui dan akal mereka itu dihujung lidah. Mereka sekadar bercakap sesuka hati mengikut emosi tanpa ilmu.
Di sini saya tertarik untuk bercerita serba sedikit berkenaan komen yang mereka beri supaya para pembaca sekalian dan menghayati mengapa Allah menyuruh kita supaya tidak mempedulikan tohmahan-tohmahan orang-orang yang jahil ini. Berikut adalah antara komen-komen yang saya terima:

Pertama: "BACUL !!!!!!!!!!!! kenapa msg perlu approval nampak sangat BODOH SOMBONG"

Saudara anonymous saya yang seorang ini memaki saya dengan sebab di blog saya ini komen-komen yang pembaca hantar perlu saya 'approve' terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Jawapan saya, tujuan saya berbuat demikian adalah supaya saya boleh menapis komen-komen murahan lagi tidak beradap seperti yang telah saudara anonymous tersebut hantar. Namun saya tetap membenarkan komen tersebut disiarkan supaya dia dapat mengenal siapa yang bacul sebenarnya.

Bagi saya manusia yang paling bacul ialah mereka yang pandai baling batu tetapi sembunyi tangan atau dalam kata lain pandai memaki orang tapi bersembunyi disebalik nama anonymous dan tidak berani bertanggungjawab di atas apa yang diperkatakannya. Nah, siapa yang bacul sebanarnya?

Kedua: "Pakat ramai2 sumpah dia ni jadi sewel nak sangat sesatkan orang, kena 40 orang sumpah dia ni jadi sewel dan sasau budak ni...."

Kepada saudara anonymous saya yang seorang ini saya ingin berkata yang saya tidak takut dengan sumpah anda yang karut itu. Anda kata anda cinta kepada Rasul dan ahli bait, adakah Rasulullah atau ahli bait ada mengajar supaya kita mamaki hamun orang Islam dan menyumpah saudara Islam kita supaya sewel dan sasau? 

Sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini, tidak ada pula Rasulullah mengajar sedemikian bahkan baginda mengajar kita supaya mendoakan kebaikan untuk saudara kita. Jadi saya tanya anda kembali benarkah anda betul cinta kepada Rasul? Kalau benar mengapa anda menyalahi sunnahnya? 

Ketiga: Sia2 jer belajar tinggi masuk UIA akhirnya jadi tukang fitnah menyebarkan isu yg dah basi !!!Ini yg anda dapat belajat kat u @ guru kamu ajar cam ni kesian.....

Kepada saudara anonymus yang ini pula saya katakan rugi anda tidak masuk UIA. Kalaulah anda masuk UIA barangkali anda tidak berakhlak buruk sebegini dan tidak pula memberi komen kosong dan membosankan  seperti ini. Lihat kembali diri anda siapakah tukang fitnah yang sebenarnya? Saya atau anda? 

Keempat: Ada yang menuduh saya menghina Rasulullah dan Ahli Bait dengan memberi komen panjang berjela-jela berkenaan keutamaan Rasulullah dan keluarganya walhal dalam post saya yang tersebut sudah terang lagi bersuluh saya menyatakan yang saya berpegang teguh bahawa Rasulullah dan keluarganya adalah golongan yang dimuliakan Allah.

Kepada saudari ini saya bertanya adakah anda benar telah baca apa yang saya tulis atau anda sekadar baca sepintas lalu dan kemudian merasa emosi lalu memaki hamun saya? Jika anda benar baca nescaya pasti anda menemukan pendirian saya tentang kemuliaan Rasul dan keluarga baginda. Ini jelas menunjukkan yang anda sebenarnya tidak benar-benar baca dan memberi komen membabi buta mengikut emosi dan menuduh saya dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Sebelum memberi komen, bacalah dengan teliti terlebih dahulu. Kalau tidak faham tanya kembali kepada saya apa yang saya cuba maksudkan dengan penulisan saya kerana barangkali apa yang anda faham tidak sama dengan apa yang saya maksudkan.

Kelima: Ada antara pemberi komen yang sebenarnya tidak belajar tentang agama secara mendalam tetapi sekadar belajar agama melalui pembacaan sahaja dan kemudian menjadi ta'assub terhadap penulisan tersebut sehinggakan dia memaki hamun orang lain yang tidak sependapat dengan pendapat yang dibacanya itu. 

Mereka ini marah dan menuduh orang sesat dengan tidak tentu hala sedangkan mereka sendiri pun tidak begitu faham dengan apa yang mereka baca dek kecetekan ilmu agama mereka ataupun dek ketidakwarasan akal mereka yang dikaburi emosi.

Kepada saudara saya yang tergolong dalam kalangan ini saya meminta anda supaya pergi menuntut ilmu agama terlebih dahulu sebelum menuduh orang sesat dan memaki hamun orang lain. Jangan kita menuduh orang sesat sedangkan pada hakikatnya kita sebenarnya yang berada dalam kesesatan tanpa kita sedari.

Jika saya mahu saya boleh menghina dan memaki hamun kembali mereka ini dengan serendah-rendah dan sehina-hinanya namun bukan ini yang ayat Al-Qur'an di atas ajarkan kepada saya. Sebaliknya penghinaan yang mereka tujukan kepada saya itu merupakan penghinaan kepada diri mereka sendiri.

Saya tidak kata yang saya ini betul sentiasa dan tidak pernah salah atau tersilap. Tetapi sekiranya terdapat kesilapan yang anda ingin perbetulkan maka betulkanlah dengan cara dan adab orang berilmu. Hadirkan sekali dengan hujah anda bukannya sekadar bercakap kosong. 

Akhir kalam, semoga Allah memberi kefahaman yang mendalam kepada kita semua tentang Islam.

2 comments:

anak soleh said...

haha..ada juga orang macam tu. tkpe syed, we can never please everybody. even nabi pun tak mampu menyeronokkan hati semua kaum arab. orang2 jahiliyah tetap tk puas hati ngn baginda. hakikatnya jalan dakwah itu penuh dugaan.tetapkan hati mu kwn!=)

^^MizBeLL^^ said...

sekian lama sy m'cari p'dapat mcm ni ttg hal p'kahwinan sharifah syed ni, sebab dah ckup muak jumpa org2 yg m'nuduh sy jahil && yg sama wktu dgnnya apbila sy tolak p'dapat haram p'kahwinan sharifah dgn bukan syed..
teruskan usha mulia akhi..kita(ahlul bait) bukan org2 yg taksub pd kturunan smata.. ^__^



p/s: Islam dtg dlm keadaan asing..&& ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya..maka beruntunglah orang2 yg asing itu..