Pages

13 March 2011

Galak Berpolitik

Budak-budak universiti daripada dulu sampai sekarang memang tidak ubah, galak berpolitik. Kalau tidak percaya, buka sahaja blog mereka, dari satu post ke satu post tak berhenti-henti cerita pasal politik. Kalau tidak pun buka sahaja cerita politik depan mereka. Siaplah mereka akan bercerita panjang lebar. Orang itu tak betul, orang ini korup.

Bukannya saya kata salah untuk mereka berpolitik. Memang kita perlu mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling kita. Tapi kebanyakkan mereka ini tidak sedar diri. Mereka sibuk berpolitik kononnya ingin membela nasib rakyat Malaysia. Kononnya ingin merubah senario politik negara. Kononnya ingin membersihkan arena politik negara.

Namun dalam pada itu mereka tidak pun membela nasib mereka sendiri. Mereka tidak pun merubah sikap mereka dan tidak pula membersihkan peribadi mereka.


Ramai yang saya kenal bukan main bersemangat berpolitik. Masuk persatuan itu, persatuan ini. Kutuk parti itu, sokong parti ini. Tapi saya pelik, macam mana nak bela nasib rakyat Malaysia kalau nasib diri sendiri pun tak terbela. Cakap berdegah-degah pasal masa hadapan tetapi mereka ini pun belum tentu ada masa hadapan. Kelas pengajian pun ponteng. Kalau masuk kelas pun berkhayal, berborak atau tidur dalam kelas. Markah ujian kata orang cukup-cukup makan sahaja ada juga yang kena ulang kembali subjek tertentu kerana gagal.

Kononnya nak membersihkan arena politik negara tapi diri mereka sendiri pun tidak bersih daripada sikap-sikap yang buruk. Contonhnya, menipu kedatangan. Tidak hadir ke kelas tapi suruh kawan lain tandatangan kedatangan bagi pihaknya. Dalam ujian meniru bukan setakat meniru orang sebelah tapi sehingga ke tahap buka buku. Tak payah la sibuk-sibuk nak kata orang korup kalau diri sendiri pun korup.

Dengan apa yang mereka ada setakat ini pun tak mampu mereka kawal inikan pula nak mengawal dan mentadbir negara. 

Saya merasa sangat pelik. Mereka ini manusia yang tidak punya maruah lagi tidak sedar diri. Mereka mengata dan mengutuk orang dalam pada mereka melakukan perkara sama dengan apa yang mereka kutuk itu. Sebenarnya merekalah yang terkutuk.


No comments: