Antara banyak-banyak jenis jenayah hudud, saya merasakan jenayah sariqah atau curi merupakan yang paling ditakuti. Sebabnya ialah jenayah ini merupakan jenayah yang paling biasa dan paling banyak berlaku berbanding jenis-jenis jenayah hudud yang lain. Tambahan pula, hukuman bagi jenayah ini, sekiranya sabit kesalahan adalah hukuman potong tangan.
Namun, telah menjadi sifat manusia untuk merasa takut dan menjauhi sesuatu yang tidak kita ketahui. Lebih-lebih lagi apabila terdapat khabar-khabar angin yang mengatakan hukuman hudud ini sebagai undang-undang gasar, kejam dan tidak bertamadun. Justeru, adalah menjadi tanggujawab mereka yang memiliki ilmu untuk memahamkan masyarakat tentang realiti sebenar hukumam hudud itu supaya masyarakat dapat menikmati keindahan dan keadilannya.
Tujuan kita memahami rukun Sariqah adalah untuk membezakan Sariqah dengan perbuatan mencuri yang difahami secara umum oleh masyarakat kini. Sariqah bukan semata-mata perbuatan mencuri tetapi perbuatan mencuri yang memenuhi rukun dan syarat yang telah digariskan oleh fuqaha'.
Dalam mazhab Syafie', Sariqoh dita'rifkan sebagai mengambil sesuatu secara sengaja (mukhtar), sedang si pengambil merupakan seorang yang baligh dan berakal, dalam keadaan sembunyi (khifyah), suatu kadar tertentu (nisob) daripada harta daripada tempat simpanannya (hirz) tanpa terdapat sebarang keraguan (syubhah) padanya.
Daripada ta'rif itu sendiri dapat kita ekstrak beberapa rukun yang perlu dalam pensabitan jenayah Sariqah. Secara kasarnya, rukun yang digariskan para fuqaha' adalah seperti berikut:
Pertama: Mengambil dalam keadaan khifyah (sembunyi).
Maksudnya ialah si pelaku mengambil barang tersebut tanpa pengetahuan dan tanpa keredhaan pemiliknya. Oleh itu, jika sesuatu barang itu diambil dengan pengetahuan tuannya maka jenayah sariqoh tidak berlaku mestipun tuannya tidak meredhakan hartanya diambil. Disamping itu, bagi memenuhi rukun ini, fuqaha' menggariskan 3 syarat sampingan yang kesemuanya mesti dipenuhi:
- Barang tersebut diambil daripada hirz (tempat simpanannya). Fuqaha' mensyaratkan bahawa hirz itu hendaklah terdiri daripada sebuah binaan. Ini bermakna sekiranya barang tersebut diambil oleh pencuri bukan daripada tempat simpanannya maka tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud kepada si pengambil.
- Barang tersebut keluar daripada hiyazah (pemilikan) si pemilik. Apabila suatu barang itu dibawa keluar daripada tempat simpanannya maka barang tersebut dianggap telah keluar daripada pemilikan (hiyazah) tuannya.
- Barang tersebut masuk ke dalam hiyazah (pemilikan) si pencuri.
- Harta tersebut merupakan 'iqor (movable property) yakni harta selain tanah dan bangunan. Jumhur fuqaha' berpendapat bahawa "setiap sesuatu yang boleh dimiliki dan boleh dijual beli maka wajiblah hudud sekiranya berlaku kecurian".
- Harta tersebut mestilah harta yang mempunyai nilai di sisi Islam. Harta yang tidak bernilai di sisi syara' seperti anjing, babi, arak dan patung sembahan.
- Harta tersebut mestilah harta yang disimpan di tempat yang disediakan untuk penyimpanannya. Sekiranya harta tersebut diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud kepada si pencuri meskipun dia mengambilnya tanpa hak.
- Hendaklah nilai harta yang diambil itu sampai kepada (nisob) kadarnya. Sekiranya nilai harta yang diambil itu tidak sampai nisob maka tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud sebaliknya hanya hukuman ta'zir yang dibenarkan. Rasulullah bersabda:
- Mazhab Hanafi: 10 dirham atau 1 dinar.
- Mazhab Syafie' dan Ahmad: 3/4 dinar yakni kira-kira 4.25 gram emas. Andaikan harga semasa emas adalah RM150 per gram. Maka untuk menjatuhkan hukuman hudud, nilai barang curian mestilah melebihi RM637.50
- Mazhab Maliki: 3 dirham.
- Dia tahu akan hukum mengambil barang tanpa kebenaran tuannya adalah haram. Mekipun begitu seseorang yang tinggal di negara Islam itu dianggap sebagai seorang yang tahu bahawa hukum mengambil barang tanpa kebenaran adalah haram. Maka kejahilan dalam keadaan ini tidak akan diterima sebagai dalih.
- Dia mengetahui barang yang diambilnya itu adalah milik orang lain. Sekiranya ketikamana dia mengambil barang tersebut dia menyangka barang tersebut adalah miliknya, maka tidak tersabitlah jenayah sariqah.
- Tanpa syubhah (keraguan) contohnya sekiranya si tertuduh mencuri kerana kelaparan maka ini dianggap sebagai syubhah yang mana dengannya gugurlah (tidak boleh dilaksanakan) hudud. Begitu jugalah perihalnya sekiranya si pencuri seorang yang gila, bodoh, belum mumayyiz atau dipaksa.


1 comments:
Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam
http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html
Post a Comment