Pages

06 July 2010

Malaysia Negara Sekular?

Karpal Singh mengulang lagi pendiriannya yang menolak negara Islam Malaysia. Dia berkeras mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Sekali lagi Karpal Singh memberi penampar ke pipi parti PAS. PAS yang mendakwa mereka telah berjaya mengubah tanggapan golongan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat supaya menghormati Islam rupa-rupanya masih belum berjaya meyakinkan Pengerusi DAP untuk menghormati Islam.

Nik Aziz menganggap kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh adalah pendapat peribadinya sahaja dan bukannya pendirian DAP. Saya sangat berharap yang anggapan Nik Aziz adalah benar. Saya cuba-cuba juga melihat laman web DAP untuk melihat sama ada DAP ada menyatakan yang kenyataan Karpal Singh itu hanya bersifat peribadi sahaja namun malangnya tidak ada. Biasanya, jika benar itu hanyalah pendapat peribadi, pastinya parti akan menyatakan kenyataan itu hanya bersifat peribadi sahaja. Malangnya tidak. Adakah in bermakna yang tersebut adalah pendirian Parti DAP juga? 



Dalam soal Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Malaysia sebagai negara sekular, kita jangan dengar cakap Karpal Singh. Dia berhujah menurut kes-kes yang telah diputuskan pada masa lalu. Namun kita perlu ingat bak kata pensyarah saya Prof. Aziz Bari, dalam membicarakan soal perlembagaan, Case Law tidak boleh diambil sebagai biblical truth (benar sebenar benarnya) Tidak satu pun peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Malysia adalah negara sekular. Sebaliknya sesetangah individu yang mewujudkan perkara ini dek sebab kelahilan mereka terhadap sejarah dan isi kandungan Perlembagaan itu sendiri.

Sekular bermaksud pemisahan antara hal-ehwal keduniaan dengan perkara agama. Namun bagaimana kita boleh menyifatkan Perlembagaan yang menyifatkan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perkara 3 sebagai Perlembagaan yang sekular? Jika benar Perlembagaan Malaysia adalah Perlembagaan Sekular, hal-ehwal agama tidak akan disebut sama-sekali. 

Selain itu, banyak perunktukan dalam Perlembagaan Persekutuan bersifat islamik contohnya dalam Bahagian  II, Kebebasan Asasi. Tidak dilupakan Perkara 11 yang memperuntukkan kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang untuk melarang penyebarang agama lain kepada mereka yang beragama Islam serta Perkara 12 yang memberi kebenaran untuk membiayai pengajian dan institusi Islam. Ditambah lagi dengan Perkara 121(1A) yang mengecualikan Mahkamah Sivil daripada perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah.

Disamping itu, Perlembagaan Malaysia juga dipenuhi dengan peruntukan-peruntukan yang bersifat mesra Islam yakni tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh peruntukan yang berkisar tentang soal kewarganegaraan, penubuhan sebuah persekutuan, pembahagian tugas antara persekutuan dan negeri, Bahasa Kebangsaan serta Perkhidmatan Awam.

Orang mungkin bertanya, kalau benar Perlembagaan Malaysia tidak bersifat sekular, mengapa Tunku Abdul Rahman dan kes-kes seperti Che Omar Che Soh memutuskan sebaliknya (yakni Perlembagaan Malysia bersifat sekular). Jawapannya sangat mudah, mereka kurang faham atau silap dalam memahami Perlembagaan Malaysia. Mengapa tidak mungkin? Apa Perdana Menteri dan Ketua Hakim mustahil berbuat salah?

Perkara 4 hanya akan menjadikan Perlembagaan Malaysia sekular sekiranya Perkara 4 dibaca dengan kebodohan atau dengan niat menyeleweng.

Orang politik sememangnya tidak perlu ditanya. Pendapat dan kata-kata mereka telah diskripkan terlebih awal supaya selari dengan corak perjuangan mereka. Justeru kebolehpercayaan terhadap kata-kata mereka sangatlah rendah. Bagi mereka nombor satu adalah kuasa. Kebenaran entah duduk di nombor yang mana.  

2 comments:

Anonymous said...

salam =)

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/07/negara-islam-kenyataan-karpal-bukan.html

ni aku Ee, malas nk sign in~

syfadh said...

hah e aku dah bce dah

"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Harapnya kenyataan tersebut merupakan niat sebenar DAP dan bukannya dikeluarkan dengan sebab PAS bersedia mengkaji hubungannya dengan DAP.

Tapi nampaknya Nik Aziz masih lagi perlu melangkah mayat Karpal Singh. hahahhaha