Pages

23 July 2010

As-Sukut ‘Alamat Ar-Redho

Tajuk di atas sebenarnya merupakan salah-satu kaedah yang digunakan dalam fiqh munakahat (perkahwinan) dalam mengenalpasti persetujuan seseorang anak dara terhadap perkahwinannya. Kaedah tersebut boleh diterjemahkan sebagai; “Diam adalah tanda persetujuan”. Persoalan mengapa diam diambil sebagai tanda persetujuan adalah kerana seorang perempuan secara fitrahnya bersifat dengan sifat malu apatah lagi apabila dia adalah seorang anak dara.

Meskipun begitu, bukanlah fiqh munakahat yang ingin saya bincangkan dalam post kali ini tetapi tentang betapa kaedah tersebut tidak lagi sesuai untuk diaplikasikan pada masa kini. Manakan tidak? Illah (sebab) disebalik penggunaan kaedah ini tidak lagi wujud. Sebabnya, perempuan atau lebih spesifik, anak dara pada masa kini telah hilang sifat malunya atau lebih tepat semakin hilang maruah. Semakin parah.

Kalau dahulu, anak dara apabila ditanya adakah bersetuju untuk berkahwin, dia tersipu-sipu malu dan tidak menjawab. Tapi kini tidak lagi, mereka lebih ‘berani’ daripada lelaki. ‘Berani’ yang dimaksudkan bukanlah berani yang positif tetapi tidak reti malu. Bukan kata kahwin, belum berkahwin pun merata-rata di blog mahupun laman sosial, mereka sibuk mengishtiharkan kepada dunia yang dia kini sedang bercinta. Gambar si lelaki pujaan pun ditayangkan ditambah kisah-kisah cinta yang kononnya romantik pada mereka.


Kalau dahulu, anak dara bercakap dengan suara yang sangat perlahan sehingga susah untuk mendengar percakapan mereka. Tapi kini, suara mereka mengalahkan lelaki. Mereka berkumpul dan berborak dengan suara yang kuat dan kemudian bergelak ketawa mengalahkan syaitan. Saya rasa syaitan pun kagum mendengar gelak mereka.

Kalau dahulu, anak dara malu untuk bercakap dengan orang lelaki. Kalau mahu bercakap pun menggunakan orang tengah. Tapi kini, mereka lagi dahsyat daripada lelaki, lelaki pula yang menjadi bahan usikan mereka.  Lelaki pula yang mereka ganggu.

Kalau dahulu, anak dara tempatnya di rumah. Jarang-jarang keluar rumah. Tapi kini, sangat susah untuk mereka lekat di rumah. Duduk seminit di rumah sudah panas punggung. Pantang ada masa terluang, mereka merayau-rayau sehingga lewat malam.

Kalau dahulu, anak dara apabila ternampak lelaki, langsung menyorok diri. Malu. Tapi sekarang tidak lagi, kalau boleh mereka ingin terlanjang di depan lelaki.

Kalau dahulu, anak dara segan nak berkenalan dengan lelaki. Tapi sekarang mereka dulu yang mengajak lelaki keluar. Berani pula membawa lelaki balik tidur di rumah. Tidak kiralah meskipun ada ibu bapa di rumah. Tidak sepatutnya seorang perempuan membawa lelaki ajnabi tidur di rumah.

Kalau dahulu, anak dara tak membenarkan dirinya dipegang oleh lelaki meskipun tangan. Tapi sekarang, kemaluannya pun diberi untuk ‘disentuh’ orang.

Apa benar kaedah fiqh di atas sudah tidak lagi sesuai untuk diguna-pakai? Yang sebenarnya bukan kaedah tersebut yang salah. Tetapi, anak dara zaman kini yang menyalahi fitrah. Anak dari masa kini yang telah hilang maruah. Anak dara masa kini yang semakin murah.

Tulisan ini bukan bermakna saya bersifat prejudis dan menyalahkan perempuan di atas semua kemungkaran yang berlaku. Tidak pula tulisan ini bermakna yang semua lelaki adalah baik lagi soleh. Lelaki pada masa kini tidak kurang jeliknya daripada perempuan. Sebaliknya tulisan ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan saya terhadap perempuan. Supaya di masa hadapan kita tidak ketandusan perempuan yang baik untuk dinikahi.

1 comment:

Anonymous said...

Ada benarnya pendapat saudara. Namun, ppl's action is based on one's reaction. Mungkin perempuan hilang malu kerana mak ayahnya dh tak mengajar mereka, mungkin ustaz mahupun ustazah di sekolah, universiti or tempat kerja tidak lagi menegur mereka n mungkin keadaaan sekeliling, ie, kengkawan, sanak saudara, jiran tetangga dah tak ambil kisah.

Perempuan ni adalah makhluk yg lemah. Sbb 2, lelaki yg jadi pemimpin n perempuan dipimpin. Kalu takde tgn yg menggatal, kalu takde mata yg menenung, kalu takde ajakan, kalu takde balasan usikan, masakan perempuan sebegini ingin terus berkelakuan sedemikian. Lama2 malu gak dy.

So, wahai lelaki diluar sana, galaslah tanggungjawab anda sbg pelindung wanita dgn berani. Bila jumpa perempuan yg sebegini, tegur di depan dgn cara yg berhemah, takpun hanya pulaukan mereka tapi takut nanti jd agi teruk. Lagi best, kalu lelaki yg kuat imannya, tegur kwn2 lelaki yg suka sangat melayan perempuan yg sebegini.

Kerna setiap manusia ada rasa malu, kerna setiap nafasnya ada fitrah, kerna setiap tindakannya ada sebab.. Cuma, mungkin keadaan yg membuat mereka berperangai sebegitu. Lama2 menjadi satu kebiasaan pulak.

Jgn salah faham ye, sy tidak menyokong tindakan mereka malah sy sendiri malu dgn keaiban yg mereka tonjolkan tapi sy percaya sebelum nk menuduh, baik kiranya diperiksa sebab musababnya. Mungkin ada cerita yg tersirat disebalik perubahan mereka. Sy percaya setiap manusia mampu berubah. Like my lecturer used to say, 'The only purpose we live is to go back to its fitrah, which is the covenant to Allah b4 we r born. N fitrah is about doing the right thing, the sole purpose is to submit wholeheartedly to Him n the Messengers without a doubt'.

But, i do agree, perempuan ni dikurniakan akal mcm lelaki cuma takdelah sampai 9, diberikan peluang menimba ilmu mcm lelaki, so sepatutnya, tahu berfikir baik n buruk n bertindak dgn rasional. Tidak salah menurut hati cuma jgn penuhkan hati dgn syaitan. Nanti sapa yg susah? Perempuan gak yg susah cuz lelaki boleh je lari dari tanggungjawab.. Tak gitu?

At the end, tepuk dada tanya iman. Kerna hati mengawal minda, n minda mengawal tindakan.

Thanks 4 the post. Its inspiring 2 c a guy so concern bout the opposite sex. N with that, tq 4 the comment.