Pages

20 June 2010

Coretan 20 Jun 2010: Ikon Belia Perak & Judi Bola

Ikon Belia Perak
Bodoh benar kerajaan negeri Perak. Adakah layak seorang lulusan Akademi Fantasia diangkat sebagai Ikon Belia Negeri Perak? Adakah negeri Perak mengalami ketandusan belia yang bijak pandai, ketandusan belia yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara sehingga seorang penyanyi yang baru habis belajar di akademi nyanyian dijadikan Ikon Belia. 

Saya sangat simpati kepada para remaja negeri Perak. Mereka disuruh untuk mencontohi orang yang tak sepatutnya dicontohi. Sepatutnya lantiklah tokoh pelajar di universiti atau qari atau mungkin atlet sukan. Ini tidak. Penyanyi yang dilantiknya. Kasihan belia Perak.

Ada menteri beragama Islam, tidak berapa pandai tapi nak jadi menteri. Dia menyokong kerajaan meluluskan lesen judi dengan alasan untuk menghormati budaya orang bukan Islam yang biasa membuat pertaruhan. Katanya, "jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja". Persoalannya apa judi itu satu keperluan? Bukankah judi itu membawa kerosakan dan kerugian? Tambahan pula adakah agama di dalam dunia ini yang menggalakkan judi?

Judi penyebab kepada muflis, jual anak untuk membayar hutang judi, pergaduhan, gila dan bunuh diri kerana tak mampu membayar hutang judi. Tidak kurang juga jenayah ugut, pukul dan bunuh. Inikah budaya orang bukan Islam yang dimaksudkan oleh si menteri yang beragama Islam itu? Bijak benar dia. Sememangnya layak jadi menteri.

Ada menteri bukan beragama Islam, menyokong lesen judi bola ditangguhkan kerana kegiatan judi hanya menjadi penyebab kepada masalah sosial dan moral.

Pada saya, menteri bukan beragama Islam itu jauh lebih pintar daripada menteri yang beragama Islam itu. Pada saya juga, kalaulah diri itu tidak berapa pandai, janganlah sibuk-sibuk nak jadi menteri. Menyakitkan hati dan membuat rakyat menyampah. Cepat-cepatlah berundur.

3 comments:

izzatghazali said...

salam syed..

hehe..

syed = ikon belia kg baru..

haha..

weh, ko ulas sket pasal kg baru ko 2..

ak nk dgr gk warga kg baru pnya oppinion nih..

aku tunggu nih..

thankx~

Anonymous said...

klu plaja universiti je leh trime jd ikon x??

syfadh said...

bergantung kpd pelajr universiti tersebut. ada pelajar universiti yang ponteng kelas, mengamalkan pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, clubbing, minum arak.

apa pelajar universiti sebegini boleh diterima menjadi ikon?