Pages

01 May 2010

Eksploitasi Wanita, Kenapa Tiada yang Bising?

Beberapa minggu lepas saya ke PC Fair yang bertempat di Pusat Konvension KLCC. Seperti mana-mana PC Fair yang pernah dianjurkan sebelum ini, anda dapat melihat promoter-promoter terutamanya wanita memakai pelbagai kostum yang pelik-pelik untuk menarik perhatian orang ramai supaya membeli produk yang mereka jual.

Boleh dikatakan keseluruhan promoter wanita memakai pakaian yang singkat, ketat lagi seksi. Ada yang mendedahkan dada, perut ada pula yang mendedahkan peha disamping mekap tebal dengan segala macam warna. Perkara ini bukannya suatu yang asing dan bukan sahaja boleh ditemui di PC Fair malah di mana-mana tempat yang mempromosikan barangan. Tidak ketinggalan di iklan.

Persolannya mengapa perlu ada model tidak kiralah wanita atau lelaki. Mereka ingin menjual kereta, telefon bimbit dan kamera misalnya tetapi mengapa perlu ada wainita berpakaian separuh bogel menggayakan barangan tersebut? Saya keliru apa kaitan semua barangan tersebut dengan model wanita itu? Apakah mereka menjual produk atau menjual wanita?

Sungguhpun begitu perkara utama yang ingin saya utarakan ialah mengapakah tiada orang yang tampil mengetengahkan isu ini kerana jika kita menelitinya kita akan mendapati bahawa wanita sebenarnya dieksploitasi untuk menarik perhatian mesyarakat meskipun dalam mempromosikan produk yang tiada kena-mengena dengan wanita.

Apabila Islam menyuruh wanita menutup aurat dan memelihara maruah, ramai orang yang tidak puas hati dengan alasan wanita ditindas dan tidak diberi hak sepertimana yang dimiliki oleh lelaki  meskipun tujuan Islam adalah untuk memelihara kesucian wanita dan darjat mereka.

Namun apabila wanita dipergunakan, diseparuh bogelkan dan ditayang di sana sini dalam rangka promosi sesuatu produk, tiada siapa yang menegur dan prihatin. Pertubuhan wanita yang kononnya membela hak dan nasib wanita tidak pula menyalak menegakkan hak wanita sebagaimana mereka menyalak terhadap Islam.

Apa yang Islam suruh semuanya salah, semuanya tidak adil dan semuanya adalah penindasan terhadap kaum wanita manakala apa yang akal dan nafsu mereka ingini semuanya baik, semuanya adil dan semuanya bertepatan dengan zaman moden katanya. Sungguh bodoh lagi dangkal pemikiran ini.

Mereka yang berpendapat sebegini sebenarnya terlalu terpengaruh dengan budaya orang-orang kafir dan merelakan diri mereka menjadi hamba kepada idealogi-idealogi sesat sebegitu. Yang lebih menyedihkan meskipun mereka sesat, mereka bangga dengan kesesatan mereka dengan siap meuar-uarkan pendapat mereka.

Contohnya, apabila Islam meyuruh wanita melabuhkan tudung sehingga menutup dada mereka kata ini penindasan kerana lelaki tidak perlu memakai tudung. Mereka ingin hak yang serupa dengan lelaki. Ada yang kata tudung itu bukan pakaian Islam itu pakaian bangsa Arab. Ada pula yang berhujah bahawa Allah hanya melihat pada pakaian Taqwa bukannya pakaian luaran.

Bermacam-masah helah dan alasan logik akal yang mereka gunakan tetapi apabila wanita dipergunakan, dieksploitasi, disuruh memakai pakaian yang separuh bogel untuk mendedahkan segala macam 'aset' mereka, tiada siapa yang membantah dan mengatakan yang wanita sepatunya dipelihara maruahnya.

Tapi susah juga bagi kita untuk membantah apabila tuan empunya badan sendiri yang merelakan dirinya dipergunakan. Yang sebanarnya konsep maruah perlu kembali diterapkan dan dipupuk dalam minda masyarakat. Orang ramai telah hilang kefahaman dan pegangan terhadap konsep maruah sehingga mereka memandangnya sebagai perkara remeh dan tidak perlu dijaga.

2 comments:

Anonymous said...

sy sgt setuju ngan mendapat penulis, explotasi wanita kini semakin meluas di malaysia and menjadi ikutan, para atis tidak ketinggalan.
apa nk jadi ngan dunia skrang, sekira tidak diterap nilai maruah, anak pd masa akan dtg pasti rosak

Anonymous said...

Assalamualaikum, maaf saya terlambat membaca entry ni ..sekarang dah 2013 . ok, bukan di malaysia je perkara ni terjadi . malah, di seluruh dunia menjadikan wanita sbgai alat atau pun daya penarik . betul juga kata penulis, jual kereta tapi ada model perempuan seksi . iklan cat , tapi ada model seksi .. tak logik tapi benda tu bg sesentengah orang yang tidak peka pada islam akan anggp benda tu biasa .