Pages

23 April 2010

Pilihanraya Hulu Selangor

Pilihanraya Hulu Selangor akan berlangsung pada hari Ahad ini. Meskipun begitu rata-rata media massa melaporkan seolah-olah calon Barisan Nasional telah pun menang pilihanraya tersebut. Ini memang sudah dijangkakan kerana media massa di Malaysia memang berat sebelah. Calon pilihanraya yang mewakili Barisan Nasional juga kelihatan agak yakin yang dia akan menang.

Ini mungkin kerana kontroversi demi kontroversi yang didedahkan mengenai calon pilihanraya daripada Pakatan Rakyat ditambah lagi dengan berita ramai ahli Parti Keadilan Rakyat yang rata-ratanya berjawatan keluar daripada parti dan ada pula yang menyertai UMNO.

Ada desas-desus mengatakan mereka yang keluar parti ini dibayar untuk keluar parti. Jika ini benar, banyak betul duit yang dimiliki oleh UMNO. Bayangkan untuk menyogok seseorang yang berjawatan pastinya memerlukan lebih daripada sekadar seribu dua didarab pula dengan bilangan mereka yang keluar parti agak ramai juga.

Tapi yang bagusnya, bukan sekadar di Hulu Selangor sahaja tetapi di mana-mana pilihanraya sekalipun, setiap kali ada pilihanraya maka penduduk dikawasan berkenaan akan dihujani dengan pelbagai nikmat. Kalau tiada jalan diberi jalan, kalau tiada duit bantuan akan sampai, kalau ada masalah semuanya akan selesai. Semua pihak akan jadi prihatin dan ingin membantu. Semua masalah yang tergendala selama bertahun-tahun tiba-tiba dapat diselesaikan dalam beberapa hari sahaja.

Nampak gayanya orang cuma akan prihatin bila ada pilihanraya. Jadi lebih baik kita meminda Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri supaya pilihanraya boleh diadakan dengan lebih kerap. Mungkin setahun sekali adalah lebih baik kerana hanya dengan cara ini rakyat akan mendapat apa yang selayaknya dan apa yang menjadi hak mereka. Mungkin hanya dengan cara ini cukai-cukai yang mereka bayar boleh dikembalikan sebagai manfaat kepada mereka.

Jangan endahkan Sistem West Minister yang menghalang pilihanraya diadakan dengan terlalu kerap. Kita perlu mengutamakan kepentingan rakyat. Bak kata orang zaman sekarang, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

4 comments:

Anonymous said...

cbe bg prof aziz bari bce...nk tau gak pe pndapat die..hehe

izzatghazali said...

alaa~

nk ak bgtw k mana dorg dapat duit 2?

msti ko da taw gk kn??

dy amek duit mak ayah kita~

bebanan cukai yg ntah pape even mlysia ni bapak lh kaya dgn sumber alam nya~

Anonymous said...

jelaskn la tanpa cukai di mana negara kita nk dpt duit???

Anonymous said...

dah tau pon sape menang. kalau PKR letak calon PAS kat situ. mungkin diorang akan kalah. damn