Istilah kahwin lari tidak asing lagi dalam masyarakat kita namun istilah kahwin koboi barangkali agak baru dan asing. Kedua-duanya ada persamaan juga perbezaan namun puncanya satu yakni perkahwinan tidak dipersetujui oleh wali pengantin perempuan tidak kira dengan sebab apa sekalipun.
Persamaan antara keduanya ialah peranan wali dibelakangkan dalam perkahwinan. Wali, biasanya bapa kepada pengantin perempuan dibelakangkan dan digantikan dengan wali hakim meskipun si wali masih lagi hidup dan berkuasa (mampu) menjadi wali.
Perbezaan antara keduanya ialah kahwin lari dibuat dalam jarak jauh daripada wali yakni lebih dua marhalah (kira-kira 92km) manakala kahwin koboi dibuat dalam lingkungan 'kuasa' wali.
Beberapa bulan lepas isu kahwin koboi hangat dilaporkan di dalam akhbar. Lebih menghangatkan berita apabila dikatakan pelajar universiti di pinggir ibu kota yang terlibat dalam perkara ini. Khabarnya, yang berkahwin, wali dan saksi semuanya daripada rakan sebaya. Mungkin pada anda agak terlambat bagi saya untuk menulis tentang perkara ini. Tetapi ada sebabnya saya sengaja melambatkan tulisan ini.
Perkahwinan adalah perkara yang mulia lagi digalakkan dalam Islam. Namun perkahwinan yang dituntut itu adalah perkahwinan yang menepati peraturan yang ditetapkan oleh syara'. Rukun nikah adalah seperti berikut:
- Calon suami
- Calon isteri
- Wali
- Dua orang saksi
- Sighah ijab qabul
Dalam membincangkan kahwin lari dan kahwin koboi ini, perkara utama yang menjadi pokok perselisihan adalah salah satu rukun nikah yakni wali. Sejauh manakah pentingnya peranan wali dalm perkahwinan? Adakah wali mempengaruhi keesahan sesuatu perkahwinan?
Bagi menjawab persoalan di atas suka saya untuk membawakan hadith Rasulullah dari Abi Musa:
“Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Berdasarkan hadith di atas, jumhur Fuqaha' berpendapat nikah tanpa wali adalah tidak sah di sisi syara'. Bagi anak dara, wali mujbir (bapa dan datuk) berkuasa mengahwinkan anak dara tersebut walaupun tanpa persetujuan daripadanya manakala bagi janda, hendaklah diminta keizinannya terlebih dahulu. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah yang berbunyi:
“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya”.
(Riwayat Darul-Qutni)
Meskipun begitu, terdapat pendapat kontroversi yang dikeluarkan oleh Mazhab Hanafi yang mengatakan nikah tanpa wali itu masih sah hukumnya. Walaubagaimanapun, pendapat ini mesti difahami secara keseluruhan dan mendalam demi mengelakkan pendapat ini diputar belit dengan tujuan mengenepikan peranan wali.
Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan tanpa wali adalah harus tetapi ini tidak mengenepikan kuasa wali untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Ini dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Muhammad Hassan As-Syaibani yang mengatakan nikah tanpa wali adalah sah sekiranya mendapat redha daripada wali. Tambah beliau lagi, nikah tanpa wali mesti mendapat keizinan wali dan sekiranya tidak, persetubuhan antara pasangan dihukumkan dengan hukum haram.
Justeru kita dapat rumuskan di sini bahawan perkahwinan tanpa wali yang dilaksanakan dengan niat mengenepikan hak wali adalah tidak sah di sisi syara' secara ijmak.
Kuasa wali dimiliki oleh orang tertentu mengikut tertib susunan wali. Kuasa wali tidak berpindah kepada orang lain selagi wali yang berada di kedukukan awal masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali. Turutan wali ialah seperti berikut:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa ke atas
- Saudara lelaki seibu-sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki seibu-sebapa
- Anak saudara lelaki sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
- Bapa saudara sebelah bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
- Bapa saudara seibu-sebapa
- Bapa saudara bapa sebapa
- Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
- Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
- Bapa saudara datuk seibu-sebapa
- Bapa saudara datuk sebapa
- Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
- Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
- Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
- Sekalian asabah kepada seorang muktiq
- Raja/Sultan
Tertib susunan wali mesti diturut mengikut turutan. Contohnya, kuasa wali tidak beralih kepada datuk selagimana bapa kandung masih hidup dan mampu melaksanakan tugas wali. Seterusnya mari kita lihat pula apakah alasan yang membolehkan kuasa wali beralih kepada wali hakim. Berikut adalah sebab-sebab yang dibenarkan syara':
1. Tiada wali nasab
2. Anak tidak sah taraf atau anak angkat
3. Wali yang ada tidak cukup syara
4. Wali Aqrab sedang dalam ihram
5. Wali enggan bukan dengan sebab yang dibenarkan oleh syara'
Berbalik kembali kepada tajuk yang diutarakan, setelah memahami betapa penting peranan wali dalam perkahwinan kini tiba masanya untuk kita menjawab status keesahan kahwin lari dan kahwin koboi.
Pertama, kahwin lari. Menurut Mazhab Syafie', sekiranya wali berada jauh lebih daripada dua marhalah (92km), maka kuasa wali beralih daripada wali asal kepada wali hakim. Oleh itu, disebabkan kahwin lari biasanya dibuat jauh daripada wali asal seperti di Siam, maka hukum perkahwinan tersebut adalah sah.
Meskipun begitu, ulama' kontemporari berpendapat wali asal mestilah dihubungi terlebih dahulu untuk mewakilkan hak walinya kepada wali hakim. Saya melihat ini sebagai pendapat yang lebih sesuai untuk diamalkan pada masa kini. Ini memandangkan teknologi telekomunikasi yang telah berkembang maju dan mudah digunakan berbanding zaman dahulu.
Saya juga berpendapat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bahawa setiap perkahwinan yang dilaksanakan dengan cara sengaja melarikan diri daripada wali adalah perkahwinan yang tidak sah. Ini adalah amat penting bagi mengelakkan mudharat yang berpotensi besar akan timbul daripada amalan kahwin lari.
Kedua, kahwin koboi. Saya percaya setelah memahami perbincangan panjang lebar pastinya tidak timbul lagi soal keesahan kahwin koboi kerana sememangnya perkahwinan serupa ini tidak menepatiu kehendak syara' kerana dilaksanakan dengan cara mengenepikan perangan wali.
Sesetengah orang berhujah kononnya mereka beramal dengan pendapat Mazhab Hanafi yang mengatakan nikah tanpa wali adalah sah. Memang benar tetapi Mazhab Hanafi tetap mensyaratkan persetujuan/keredhaan wali terhadap perkahwinan tersebut dan tidak mengatakan wali tidak berperanan dalam perkahwinan secara mutlak.
Saya pula berpendapat bahawa pandangan kontroversi daripada Mazhab Hanafi ini bukanlah sesuatu yang perlu dihangatkan apatah lagi diambil kesempatan. Ini kerana setiap Imam Mazhab mengiktiraf hadith sohih sebagai pendapat mazhab mereka. Justeru, memandangkan wujudnya hadith sohih yang mengatakan tidak sah sesuatu perkahwinan tanpa wali maka tiada satu ruang pun yang terbuka bagi mengiktiraf perkahwinan yang mengenepikan peranan wali.
1 comments:
MENGAPA ADA PERNIKAHAN YANG TIDAK SEKUFU'
Berdasarkan pengamatan, pernikahan antara syarifah dengan lelaki yang bukan sayid, dapat disebabkan oleh beberapa hal:
Pertama, orang tua mereka tidak mengetahui tentang keutamaan dan kemuliaan dirinya sebagai keturunan Rasulullah (sebagaimana diceritakan dalam proses penciptaan alam ini pada bab yang terdahulu), karena mereka dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang tidak mengerti tentang keutamaan ahlul bait dan keturunannya, sehingga menyebabkan para orang tua tersebut menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang bukan sayid.
Kedua, orang tua mereka sangat mengerti tentang kafa'ah, akan tetapi mereka membiarkan anak perempuannya bergaul tanpa batas dengan kawannya di lingkungan rumah atau sekolah. Ketika anak gadisnya berpacaran para orang tua tidak mengetahui dan lengah untuk mengawasi tingkah lakunya, sampai anak tersebut menikah dengan lelaki yang bukan sayyid.
Ketiga, orang tua mereka sangat mengerti tentang kafa'ah, tapi karena sesuatu hal (masalah ekonomi atau lainnya), maka orang tua tersebut tidak dapat menghalangi perkawinan anaknya dengan lelaki yang bukan sayyid.
Keempat, orang tua tersebut mempunyai kenangan yang buruk atas perkawinan anak gadisnya dengan seorang sayid. Anaknya tidak diperlakukan dengan baik dan disia-siakan oleh suaminya, sehingga apa yang terjadi pada anaknya itu membawa rasa antipati terhadap menantunya yang berasal dari kalangan sayid, setelah bercerai anaknya dikawinkan dengan lelaki yang bukan dari kalangan sayid, ternyata hidup mereka bahagia, lalu sang ayah mengambil kesimpulan dan berpendapat bahwa tidak ada jaminan kebahagiaan dalam perkawinan yang mensyaratkan kafa'ah syarifah, selanjutnya hal tersebut disebarluaskan melalui pembicaraan dengan kerabat, diskusi, media cetak dan yang lainnya.
Kelima, kafa'ah syarifah adalah milik keturunan Rasulullah saw saja, dan tidak dimiliki oleh orang selain mereka. Hal ini menjadikan mereka sasaran iri hati sebagian kecil ulama, pakar, cendikiawan ataupun orang dari kalangan awam yang bukan sayid dengan memberikan fatwa, analisa, dan pendapatnya mengenai kafa'ah syarifah yang hanya berdasarkan kecemburuan semata. Abdullah bin Nuh berkata tentang rasa iri hati yang ditujukan kepada ahlul bait Rasulullah saw: "Kita harus mengerti, bahwa ahlul bait Rasulullah saw adalah orang-orang yang menjadi sasaran irihati karena mereka memperoleh limpahan karunia Allah swt."
Keenam, yang paling mengkhawatirkan adalah seorang keturunan Rasul yang pada awalnya menganut madzhab yang mensyaratkan kafa'ah perkawinan syarifah berpindah kepada madzhab yang tidak mensyaratkan kafa'ah dalam perkawinan syarifah. Hal tersebut dilakukan karena nafsu dan ketidaktahuan mereka akan soal-soal agama. Dalam madzhab lama yang dianutnya orang tersebut belum mengetahui benar pokok-pokok ajarannya, karena lingkungan pergaulan dan ashobiyah ia berpindah ke madzhab yang baru, sehingga ia belum dapat membandingkan yang mana madzhab yang benar. Dalam masalah ini ada baiknya kita renungkan perkataan beberapa waliyullah di bawah ini: Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad berkata: 'Adapun orang dari keturunan ahlul bait yang tidak mengikuti jejak para sesepuh mereka yang suci, orang tersebut telah kerasukan angan-angan yang merusak disebabkan oleh ketidaktahuan mereka akan soal-soal agama'. Imam Ahmad bin Zein Al-Habsyi berkata: 'Barangsiapa yang meninggalkan jalan para habaib yang sholeh menuju kepada jalan lain ia tidak bakal mendapat taufiq hidayah'. Begitu pula perkataan Imam Ali bin Muhammad Al-Habsyi: 'Barangsiapa tidak mengikuti jalan para leluhurnya, pasti ia akan kecewa dan hilang'.
Kafa'ah Syarifah - Menjaga Hak Keturunan Rasulullah SAW Dalam Perkawinan
Post a Comment