Pages

03 April 2010

Hudud = Khidmat Komunit?

Sebelum ini saya ada menulis perihal hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika kerana disabitkan bersalah atas kesalahan minum arak. Akhbar Utusan Melayu hari ini bertajuk Kartika Jalani Khidmat Komuniti melaporkan bahawa Sultan Pahang memperkenankan untuk mengurangkan hukuman sebat kepada hukuman khidmat komuniti. 

Saya merasa maha dukacita betapa hukum hudud diambil mudah dan diperkecilkan. Sudahlah jenayah hudud tidak dilaksanakan dengan betul, pengampunan pula diharuskan bagi jenayah hudud. Saya tidak tahu apakah tindakan mufti dan pegawai agama Islam Negeri Pahang dalam hal ini.


Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang menasihati orang ramai supaya menghormati keputusan ini. Persoalannya adakah hal ini selari dengan hukum Islam yang membolehkannya diterima dan dihormati oleh orang Islam?

Kononnya kuasa itu itu diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang. Wah saya kagum jika Enakmen ini lebih besar kehujahannya daripada Al-Quran dan Sunnah. 

S. 133 Enakmen tersebut mengatakan Sultan Pahang, atas nasihat mufti boleh meringan atau memberi pengampunan kepada mana-mana pesalah Shariah tanpa persetujuan orang yang telah dihukum.

Justeru saya tertanya-tanya apakah nasihat yang diberikan oleh Mufti Negeri Pahang kepada Sultan Pahang.

No comments: