Pages

11 April 2010

Hantu Komersial yang Memurtadkan Masyarakat

Dahulu, masyarakat cukup takut dengan hantu. Bila maghrib, semua orang masuk ke dalam rumah. Pintu dan tingkap dikunci rapat-rapat. Katanya di kala itu hantu syaitan sedang berkeliaran. Bila malam, setiap ahli keluarga duduk tidur di rumah dan tidak keluar merayau-rayau.

Bila zaman berubah, pandangan masyrakat terhdap hantu turut berubah sama. Hantu bukan lagi sesuatu yang digeruni bahkan dikomersialkan menjadi hiburan dan sebutan setiap hari. Pelbagai jenis hiburan baik rumah hantu sehinggalah drama dan filem yang mengeksploitasi hantu sebagai instrumen untuk memberi hiburan kepada masyarakat kini.

Persoalan awal adakah hantu itu wujud? Maka jawapan mudahnya adalah tidak. Sebabnya tidak pernah disebut dalam mana-mana ayat Al-Qur'an atau Hadith tentang kewujudan hantu. Ketahuilah sesungguhnya perkara-perkara ghaib itu hanya boleh disahkan kebenarannya dengan Al-Qur'an dan Hadith manakala yang selain daripada keduanya adalah karut belaka.

Apa yang disebut dalam Al-Qur'an dan Hadith ialah kewujudan syaitan dan jin yang berperanan menghasut dan memporak-perandakan kehidupan manusia dengan tujuan untuk memesongkan manusia daripada jalan kebenaran. Justeru adalah lebih baik kita memahami perkataan hantu, pontianak, sundal bolong, toyol dan sebagainya dengan maksud sinonim bagi perkataan syaitan dan jin.

Sebagaimana yang dapat kita lihat khususnya dalam drama tv dan filem seram kononnya dikatakan bertujuan mendidik masyarakat. Entah apa didikannya saya pun tidak tahu. Memang benar drama dan filem tersebut dimulakan dengan ayat Al-Qur'an dan Hadith memberitahu sesungguhnya perbuatan memuja dan menurut perintah syaitan itu adalah syirik tetapi apa yang ditunjukkan dalam filem dan drama tv tersebut adalah sebaliknya.

Perbuatan memuja syaitan, sihir, santau, nasi kangkang dan sebagainya semuanya menjadi hidangan kepada penonton. Masyarakat diperkenalkan dengan pelbagai nama hantu(syaitan). Kemudian ustaz (konon-konon) dipanggil bagi melawan syaitan. Maka keluarlah api di sana dan sini juga sedikit letupan maka syaitan pun lenyap dan kononnya menanglah si ustaz dengan bacaan ayat Qursinya.


Ini semua bukan pendidikan. Ini semua lebih cenderong untuk memurtadkan masyarakat dan membawa mereka kepada syirik. Penonton yang kurang ilmu agama tambahan pula kanak-kanak begitu mudah terpengaruh dan percaya kepada semua ini. Memang tidak diragukan kewujudan jin dan syaitan tetapi kewujudan mereka bukanlah seperti yang digambarkan dalam filem dan drama tv.

Sesungguhnya pengusaha filem dan drama sebegini tidak lain dan tidak bukan membawa masyarakat ke arah kesesatan. Mereka yang tidak tahu dengan amalan bomoh dan santau menjadi arif dek kerana menonton filem. Ditambah pula dengan perasaan ingin mencuba mereka yang lebih menjerumuskan masyarakat kepada perbuatan syirik dan secara tidak langsung mempromosikan bidang kekafiran ini.

Inikah yang dikatakan didikan? Inikah pengajaran? Sejak bila pengajaran berkesan berubah cara daripada menunjukkan perkara yang benar kepada menunjukkan perkara yang salah? Apakah kita mendidik orang ke jalan yang benar dengan cara menunjukkan jalan yang salah?

Saya fikir kerajaan dan jabatan agama Islam seharusnya mengambil tindakan mengharamkan filem dan drama sebegini daripada terus memurtad dan menyesatkan masyarat. Pengusaha filem dan drama pula harus sedar tanggungjawab mereka kepada agama dan betapa besar dosa memurtadkan umat Islam. Jika tidak tiadalah bezanya mereka dengan hantu-hantu (syaitan) yang mereka filemkan itu kerana fungsinya sama yakni menyesatkan orang Islam.

Semoga mereka semua diberi hidaya dan bertaubat menuju ke jalan yang benar dan berhenti memurtadkankan orang Islam demi kemewahan.

4 comments:

Daniel said...

tapi bilik blok E 1.3 compartment B kan ada hantu duduk...siang ke malam ke ada je hantu...hahaha...karut tak karut yang pnting hantu wujud kat situ....haha

ain farahain said...

sampai murtad kah?
habis tuh
momok ina mcmne?

p/s: ina jgn nak terasa okay.

zamzam said...

syed suke tgk crite hantu~~

Anonymous said...

daniel:

ko xtau lg blk E2.1 cmne..haha