Pages

15 April 2010

Cintamu Bila Ada, Lafazkanlah...


Tulisan ini telah saya tulis lebih setahun yang lalu. Meskipun begitu saya tidak pasti apakah patut bagi saya menjadikan post ini sebagai suatu bacaan di blog saya. Namun demi mengelakkan usaha saya dipersiakan begitu sahaja maka hari ini saya memaparkan juga tulisan ini. Tambahan pula, saya rasa post-post yang serius perlu diselang selikan dengan post-post yang santai seperti ini supaya tidak terlalu berat kandungan blog ini. Lagipun, manusia memang mudah tertarik dengan cinta.

Izinkan saya menjadi Dr. Cinta sebentar untuk menyampaikan pendapat saya sungguhpun saya tidak begitu arif dalam bidang ini. Seorang kawan bertanya kepada saya, "Mengapakah lelaki sukar untuk meluahkan kepada wanita yang dia cinta kepada wanita tersebut?". Lalu saya menbalas dengan soalan, "Mengapa wanita sukar untuk meluahkan kepada lelaki yang dia cinta kepada lelaki tersebut?".

Situasi sebegini telah digambarkan dalam satu filem Indonesia berjudul Love is Cinta yang mana mesej utamanya adalah berkaitan meluahkan perasaan cinta sebelum terlambat. Sungguhpun 'terlambat' dalam ertikata yang digunapakai dalam filem itu adalah kematian namun tidak salah kiranya istilah terlambat tersebut diterjemahkan dalam maksud yang berbeza contohnya 'diambil orang'.

Pasti menjadi suatu kekesalan dan igauan sepanjang hayat apabila seseorang gagal meluahkan rasa cintanya kepada seseorang yang lain. Namun sesetengah orang melihatnya sebagai lebih baik daripada menanggung malu apabila cinta itu ditolak.

Tidak kira lelaki atau perempuan, meluahkan perasaan cinta bukanlah suatu perkara yang mudah bahkan berisiko. Manakan tidak, risiko cinta ditolak itu amat memalukan lagi meruntuhkan keegoan.

Terlalu banyak perkara yang perlu menjadi pertimbangan sebelum seseorang itu melafazkan rasa cintanya. Antara persoalan yang timbul adalah bagaimana caranya untuk kita mengesan kehadiran perasaan cinta terhadap seseorang itu? Atau benarkah perasaan yang kita alami itu adalah apa yang dinamakan cinta?

Ada yang berkata apabila berhadapan dengan si dia, jantung akan berdegup kencang, lidah kelu dan anggota badan pun kaku, seakan dibuai mimpi dan sebagainya. Sungguhpun kakak saya percaya kepada kaedah ini, namun saya melihat cara ini sebagai tidak praktikal. Malangnya tiada kaedah yang 100% tepat dalam menentukan keberadaan perasaan cinta itu menyulitkan lagi proses meluahkannya.

Seterusnya adalah persoalan tentang adakah kita telah merasakan cinta terhadap orang yang sepatutnya dicintai ataupun kita telah jatuh cinta terhadap orang yang tidak menghargai cinta itu. Alangkah malangnya sekiranya kita bercinta dengan orang yang salah dan kemudian harus menghabiskan hidup bersama dengannya ataupun harus menghabiskan hidup dengan memori hitam yang terhasil sebelum kita berpisah daripadanya.

Tidak cukup dengan itu, bagaimanakah caranya kita harus meluahkan rasa cinta tersebut. Hal ini bukanlah semudah di dalam televisyen kerana di sana mereka hanya berlakon jadi tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menggayakan segala macam cara yang kononnya romantik. Bunga, kad ucapan dan cincin semestinya sudah sinonim dengan drama tv tapi malangnya yang kita hadapi sekarang adalah dunia reliti.

Selain itu, tidakkah anda terfikir bahawa seseorang yang begitu mudah melafazkan cinta itu bukanlah pencinta yang setia. Kata orang jika senang sesuatu itu datang maka senang pula ia pergi.

Setelah melihat sebab-sebab di atas, memang susah melafazkan cinta bukan? Cinta sememangnya rumit tetapi manusia masih suka kepadanya. Jadi terserah kepada anda.

6 comments:

zamzam said...

wah... luahkanlah cintamu wahai syed~~ hik3

A. said...

"Kata orang jika senang sesuatu itu datang maka senang pula ia pergi."

macam ayat abang aku. deja vu, oh.
hahaha

Mastura Mohd Shah said...

For me,people won't know your feelings unless you expressed it.So,expressed your love before it's too late.Plus,isn't it great if he/she love you too?

Take the risk of being rejected instead of rejecting someone.

People are happy to receive all the love they can get.

.....

Wish you luck!

Luv this post.

Anonymous said...

'Aku' adalah Engkau

Lafazkanlah...

Apalah ditakut dgn getaran dijiwa,
Apalah dirisau dgn bunga dihati,
Bukankah aku ni jejaka?,
Dianugerahkan 9 akal utk diguna pakai,
Bukankah aku lelaki penjana keluarga?,
Diberikan peranan sbg ketua dr semua segi.

Bukan senang utkku jatuh cinta,
Bukan mudah kulafazkan rasa kendiri,
Namun, Kalau aku tak nyatakan segala,
Bagaimana harus dia mengerti?,
Namun, aku ketar takut ditolak tepi,
Kalau tak diterima, bagaimana harus bersemuka,
Jadi, akhirnya, dia tidak mengetahui,
Aku tidak meluahkan kata..

Pesoalan timbul, sampai kapan harus begini?,
Sedangkan jiwa meronta ingin mencuba,
Takut pula dia terlepas dr tangan sendiri,
Oleh itu, akan ku guna kelakianku meluah rasa,
Kerna niatku murni lagi suci,
Akan ku beranikan diri utk mara,
Kerna dia tiada ganti,
Dengan izin Allah, moga kite kan bersama,
Dengan izin Allah, moga kebahagiaan hingga hakiki..

Wahai Sang Pendeta Syfadh,
Jangan takut melafazkan cinta kerna cinta dtg dr Allah.
Kena yakin pd diri.

Penulisan anda mengandaikan dia menolak, tapi bagaimana kalau dia menerima?

Sekian..

Anonymous said...

Aku ingin memberi sedikit ilmu mengayat kaum hawa,
Kalau betul2 suka pada sidara,
Ketahui apa yg dia suka dan duka,
Kalau dia tidak seperti biasa,
Tanya padanya apa sebab gelora,
Kalau dia demam selsema,
Berikan ubat utknya selesa,
Kalau dia gundah-gulana,
Hulurkan telinga mendengar cerita,
Kalau sudah buat silap atau sengaja,
Pinta maaf dgn hati terbuka,
Bila tiba hari ulangtahun yg keberapa,
Belilah hadiah biar tak seberapa,
Bila kamu bersemuka,
Ukir senyuman dan bertegur sapa,
Bila dia menghantar sms bertanya,
Tangan harus membalasnya segera,
Bila sudah lama tidak mendengar berita,
Jangan malu mula langkah pertama berbicara,
Bila dia susah upaya,
Marakan diri sumbangkan tenaga,
Paling penting dekatkan diri saudara,
Agar dia merasa biasa,
Dan sekali-sekala,
Jadilah pemurah belanja percuma,
Akhir kata jangan lupa meluah rasa,
Pasti sigadis menerima sepenuh jiwa..


Aku tertarik dgn soalan saudara,
Mengenai cara meluah rasa,
Sebenarnya tak susah mana,
Hanya perlu hubunginya,
Tak kira sms, telefon atau surat cinta,
Tapi, yang paling afdal dan bermakna,
Dengan bertentang mata,
Bersemuka dan bercerita,
Supaya nampak keikhlasan memiliki jiwa,
Kerana hati seorang wanita,
Lembut apabila halus bicara,
Cair apabila jujur dipuja,
Suka apabila dihormati jejaka,
Tidak perlu ada bunga,
Atau hadiah mahal berjenama,
Cuma lelaki yg meminta,
Perlulah memiliki sikap mulia,
Meyakinkan gadis tiada teruna,
Yg dapat memberinya bahagia,
Dan paling utama,
Dapat menjadi ketua keluarga,
Mengemudi bahtera rumahtangga,
Dengan ilmu didada,
Dengan semangat membara,
Dengan jati diri membina,
Semata-mata memenuhi tuntutan agama..


Ingin rasanya menjawab kegusaran teman,
Tentang bagaimana hendak tahu itu cinta,
Memang benar tiada cara yang berkesan,
Tapi itu bukan penghalang manusia,
Mempunyai rasa yg tiada kesudahan.

Bagi aku yg punya ilmu tak seberapa,
Ia gelora yg membuat jiwa tak keruan,
Malam siang pagi petang celik mata,
Asyik fikirkan sidia tanpa sempadan,
Teringin bersamanya sepanjang masa.

Bila dia berdekatan hati berdegup baran,
Bila dia memandang aku terkesima,
Bila dia berbicara aku terpegun,
Bila dia tersenyum aku teruja,
Bila dia tiada aku sedu-sedan..

Dan bagaimana hendak tahu dialah orangnya?,
Memang tiada jawapan yg pasti,
Kerna itu ketentuan Yg Maha Kuasa,
Cuma boleh berdoa tanpa henti,

Agar yg dipilih adalah yg sama,
Seperti dipilih oleh keluarga sendiri,
Utk memberi kebahagiaan tidak terhingga,
Dan berkongsi kasih tiada peri..

Dan bagaimana kalau setelah dipilih,
Dia tidak sesuai utkkku?,
Itu juga tiada jawapan yang sahih,
Kerna semuanya bergantung pada jodoh kamu,

Jadi aku berpegang pada kata2 hikmah,
Kalau tak cuba macam mana mahu tahu,
Kalau tak sesuai pisah sajalah,
Yg penting dibuat betul dan tiada seteru..

Tentang nostalgia hitam yg dicurah,
Tiada hidup yg semuanya putih susu,
Ia sebenarnya menunjukkan arah,
Utk menjadikan emosi lebih jitu..

Dan soalan yg paling menyayat minda,
Bagaimana kalau dia menolak?,
Itu ada jawapan yg semua sama,
Tiada khilaf pendapat seperti rojak,

Apa susah terima dgn hati terbuka,
Itu lebih baik dari jatuh talak,
Lihat ia sebagai pembuka mata,
Dan bukan menjatuhkan ego galak..

Nak tak nak kena juga gerak,
Kebelakang atau kehadapan terpulang pada anda,
Mengorak langkah jalani hidup bercorak,
Atau hanya berpusing di petak yg serupa..


Ini adalah coretanku yg terakhir,
Seronok membaca blog tuan,
Namun setiap yg masuk ada keluar,
Hanya ingin memberi panduan,
Kerana cinta tidak diajar,
Dimarkas uni mahupun perpustakaan,
Ia perlu dirasa dan diyakini benar,
Usaha juga harus beriringan,
Barulah lengkap hidup tanpa onar..

Sekian..

amirah said...

bila nafsu mula merajai jiwa
pinta lah kepada yang maha esa
kerana dia yang mencipta kita

mengapa perlu mengikut jejak langkah nafsu
adakah kamu tidak tahu
yang nafsu selalu menyeru ke arah dunia yang palsu

mengapa perlu mendamba senyuman
mengapa perlu mendamba perhatian
mengapa perlu mandamba cinta yang belum pasti kesampaian

tidakkah Allah itu maha mencipta
selalu memberi rezeki tanpa dipinta
sentiasa membantu dikala gulana

fikir2kanlah wahai saudara/saudari
Allah sudah gezekkan dalam alQuran
JANGANLAH KAMU 'DEKATI ZINA'
TUNDUKKANLAH PANDANGANMU ..dan sebagainya

jadi, cuba anda semua renungkan
kalau anda mengaku bahawa anda
adalah HAMBA ALLAH
kalau anda mengaku umat NABI MUHAMMAD SAW
pernahkah anda terbaca sirah nabi yang mengatakan nabi Muhammad SAW bercouple atau berdua2an dengan khadijah atau aisyah sebelum mereka berkahwin???

pernahkah anda terbaca satu kitab yang mana ijma' Ulama' menyeru kepada kita supaya mencari pasangan dengan cara couple??

Berhenti dan Periksa diri Anda.

Kita bukanlah manusia yang sempurna daripada segala salah dan silap. Kita seharusnya sedar jika telah berbuat kesalahan dan melakukan perubahan. Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua-duanya membuat kesalahan tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombongnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sampai hari perhitungan. Berhenti dan periksa diri kita, muhasabah kembali tiap perlakuan kita. Semoga apa yang tertulis ini mampu memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Wallahua'alam.=)