Pages

25 March 2010

Memahami Hudud, Qisos, Diyat dan Ta'zir (Bahagian 1)

Ramai orang Islam beranggapan tanpa Hudud, Qisos, Diyat dan Ta'zir sebuah negara itu tidak boleh diiktiraf sebagai negara Islam. Tetapi sekiranya kita bertanya kepada mereka apakah itu Hudud, Qisos, Diyat dan Ta'zir belum tentu mereka boleh jawab dan kebanyakan mereka sememangnya tidak boleh menjawab. Ada orang sibuk melaungkan kehendak mereka untuk melaksanakan Hudud dan Qisos tetapi tidak kelihatan pula usaha mereka untuk memahamkan masyarakat tentang apa itu Hudud dan Qisos.

Cakap memang mudah. Kita cuma bermodalkan air liur, menggerakkan lidah dan menggerakkan mulut. Tanpa pemahaman yang betul tentang Hudud dan Qisos, jangan katakan orang kafir, orang Islam sendiri menolaknya dan inilah yang berlaku sekarang ini yakni orang Islam sendiri menolak perlaksanaan Hudud dan Qisos di Malaysia. Orang-orang yang saya sebut di atas pula cuma pandai berpidato, berapi-api, kutuk kerajaan kerana kegagalan mereka melaksanakan Hudud dan Qisos tetapi mereka sendiri tidak mengambil langkah untuk memahamkan masyarakat tentang hakikat Hudud dan Qisos.

Mungkin alasannya, kami tiada kuasa, tunggu kami dapat membentuk kerajaan di persekutuan barulah kami boleh mengambil tindakan. Punyalah murahan dalih yang diberikan. Untuk memahamkan masyarakat tentang Hudud dan Qisos perlukah kita menunggu sehingga dapat membentuk kerajaan persekutuan? Ada akhbar, hanya digunakan untuk membururk-burukkan orang lain. Masa ceramah, buka aib orang lain.

Oleh itu, kita jangan tergolong dalam sebahagian daripada mereka. Jadi saya mengambil pendekatan ini untuk meneranghkan sedikit sebanyak tentang Hudud, Qisos, Diyat dan Ta'zir supaya para pembaca mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas tentang perkara ini. Dalam bahagian ini kita akan melihat apa yang dimaksudkan oleh istilah-istilah ini.

Terlebih dahulu saya ingin menerangkan bahawa Hudud dan Qisos itu bukanlah segala-galanya dalam Islam dan tanpa keduanya tidak bermakna Islam tidak boleh bertahan. 'Bukan segala-galanya' tidak bermakna saya memperkecilkan kedudukan atau menghina Hudud dan Qisos.  Islam terbahagi kepada beberapa cabang utama yakni Aqidah, Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Aqidah berkisar tentang soal keimanan dan ketuhanan. Ibadah membicarakan soal amal-ibadah. Muamalat membincangkan soal hubungan dan interaksi sesama manusia. Munakahat berkisar soal perkahwinan dan kekeluargaan. Jinayat pula membincangkan soal kesalahan jenayah dan hukuman. Di sinilah letaknya persoalan Hudud dan Qisos.

Antara banyak-banyak cabang tersebut yang paling utama adalah Aqidah kerana tanpanya maka sia-sialah segala perbuatan yang lain manakala cabang yang lain-lain adalah sebagai instrumen untuk memelihara kemurnian Aqidah daripada sebarang ancaman. Meskipun Hudud dan Qisos termasuk dalam cabang jinayat, ini tidak bermakna Hudud dan Qisos tidak penting bahkan memainkan peranan utama dalam memastikan Aqidah dan kesejahteraan hidup seorang Islam terpelihara dan juga menjamin kelansungan Islam.

Qisos dalam bahasa Arab bermaksud persamaan atau sama-rata. Fuqaha' memberi tafsiran kepada istilah Qisos sebagai hukuman terperinci yang telah ditetapkan oleh Allah demi memelihara hak atau kemaslahatan (kesejahteraan) individu. Hukuman ini dikenakan ke atas mereka yang disabitkan dengan jenayah khusus yang merupakan pencerobohan terhadap hak individu.

Hudud dalam bahasa Arab bermaksud had-had atau batasan. Fuqaha' menerangkan maksudnya sebagai hukuman terperinci yang telah ditetapkan oleh Allah demi menjaga hak atau kemaslahatan masyarakat secara amnya. Hukuman ini dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah yang merupakan pencerobohan terhadap hak masyarakat secara keseluruhannya.

Ta'zir pula ditafsirkan oleh fuqaha' sebagau hukuman yang tidak ditetapkan oleh Allah tetapi diberi kuasa kepada pemerintah untuk menentukannya dalam usaha memelihara hak perseorangan mahupun hak masyarakat. Pemerintah diberi kuasa untuk menjadikan suatu kesalahan itu sebagai sesuatu yang patut diberikan  hukuman duniawi dan menentukan kadar hukuman yang setimpal untuk si pelaku.

Bersambung...

5 comments:

izzatghazali said...

bgos syed~

usaha yg wajar dipuji~

Anonymous said...

nak tanya : suatu ajaran atau fahaman sebagai contohnya iaitu komunis nak disebarkan dan dianuti oleh rakyat apa yang perlu dilakukan oleh puak atau kumpulan pengasas komunis dalam negara tersebut lakukan? jawaban nya pasti menjalankan kerja-kerja dakwah/dakyah kepada rakyat dan selepas itu mendapatkan kuasa pemerintahan untuk melaksanakan teori-teori dan ajaran komunis itu. barulah ajaran itu berkembang biak dan selamat seperti negara komunis rusia dan china.
kalau kita nak kembangkan ajaran islam dan menjadikan islam sebagai perlembagaan negara di negara america pasti tidak boleh kerana pemimpinnya bukan beragama islam. jadi, undang-undang islam hanya boleh dilaksanakan di amarica jika negara itu di perintah oleh pemimpin islam.
tidak semua rakyat dalam sebuah negara benar-benar faham undang-undang perlembagaan. kerna itu tidak boleh dijadikan alasan rakyat perlu di'sekolahkan' dahulu undang-undang islam sebelum dilaksanakan di peringkat nasional.
apa yang penting ialah jaga aqidah dahulu sebelum bercakap. carilah nas-nas dan ayat-ayat al-quran dan hadis berkaitan aqidah hukum menolak hukum al-quran. terima kasih

syfadh said...

terima kasih kpd respon oleh saudara yg 'tak bernama'.

saya kurang pasti sama ada respon anda adalah soalan atau jawapan.

perkara pertama yang perlu ditekankan di sini ialah saya tidak menolak hukum Islam.

kedua, apakahkah anda cuba menyatakan yang kita perlu mengislamkan perlembagaan malaysia tanpa terlebih dahulu 'menyekolahkan' rakyatnya tentang Islam?

sekiranya ini yang anda cuba maksudkan respon saya adalah seperti berikut:

apakah kita menyuruh seseorang itu solat dalam pada dia tidak tahu apa itu solat dan bagaimana untuk solat?

tiap-tiap orang yg jahil mesti disekolahkan. tidak kiralah rakyat atau pemerintah.

ini bukan bermaksud kita menyekolahkan mereka sehingga ke tahap setiap daripada mereka mempunyai fahaman yang mendalam tentang hudud, Qisos dan diyat sehingga ke tahap mereka boleh menjadi seorang qadi.

apa yang perlu adalah untuk mereka didedahkan secara umum tentang apa itu undang2 Islam kebaikan dan keadilannya sehingga menjadikan mereka tidak punya sebab utk menolak undang-undang Islam.

orang islam sendiri menolak undang-undang islam kerana kejahilan mereka dan mereka merasakan undang-undang islam terlalu tegas. inilah yang perlu dihapuskan daripada pemikiran mereka tidak kiralah dengan cara menyekolahkan mereka atau sebagainya.

Anonymous said...

Situasi di Malaysia, ialah mendirikan hudud di Kelantan. Kerajaan kelantan sudah pun, menerangkan secara umum mengenai hudud sudah lebih sepuluh tahun samada di minbar, kuliah2 masjid dan media cetak. Kenapa tidak boleh di Kelantan? Apabila kelantan melaksanakan hudud, insyAllah satu Malaysia akan mempelajari dan memahami hudud. Pokoknya, berilah Kelantan laksankan hudud!

Dhira Fadzil said...

maaf ye saudara syfadh,rakyat banyak yg lebih tahu tentang hudud dan mengapa hudud perlu dilaksanakan masalahnya pemimpin yg tertinggi yg xmahu hukum hudud dilaksanakan.. kenapa perlu tuduh kerajaan yg lain pulak hanya pandai cakap kosong.. Kita nnt akan ditanya di akhirat nnt mengapa kita memilih pemimpin itu.. jgn smpai pilih pemimpin yg xperjuangkan agama.. dan awk sebagai yg 'menghayati' hukum hudud sewajarnya memberi komen positif kpd mereka yg ingin melaksanakan hudud tetapi belum mendapat kuasa sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.. ok tq