Pages

29 January 2010

Siapa Aduka Taruna, Ulama' ke?

Sebelum ini saya ada membicarakan perihal suatu blog yang menghina Rasulullah. Kali ini saya menulis perihal sebuah blog yang menghina keluarga Rasulullah, sahabat dan para ulama'. Entah apa masalah dengan penulis blog ini. Mungkin dia rasa dia terlalu arif dalam beragama melebihi kearifan isteri Rasulullah, para sahabat dan ulama'.

Tapi bila saya baca tulisannya, tidaklah sehebat mana. Tidak pula kelihatan ilmu agamanya. Tiada pula ayat Al-Qur'an atau hadith yang disyarahkannya. Hanya berlandaskan akal dan nafsu yang telah jauh sesat lagi menyesatkan. Tapi yang pelik blog tersebut ramai pengikut. Mungkin pengikutnya terpesona dengan kata-kata 'indah' yang disusun oleh penulis blog tersebut.

Ya, penulis blog tersebut memang sedang popular di saat ini. Sebabnya, ditangkap kerana menghina Al-Marhum Sultan Johor. Ya, siapa lagi kalau bukan Aduka Taruna.

Saya rasa tidak perlu saya terangkan apa yang 'molek sangat' dengan tulisan Aduka Taruna ini. Anda boleh baca dan nilai sendiri beberapa petikan yang saya sertakan di bawah. Perlu diingat semua tulisan yang berwarna merah dalam post ini bukan ditulis oleh saya tetapi dipetik daripada blog Aduka Taruna.

Daripada post bertajuk Sembang Mazhab:

"Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket...

Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.
"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai."

Daripada post bertajuk Wahabi Perlis:

"Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh."

Hebat bukan? Sedap bukan? Indah bukan? Masakan tidak? Pengikutnya ramai. Melebihi 300 orang.

Saya menyiarkan post ini bukan untuk mempromosikan blos si Aduka Taruna ini tetapi ingin memberi peringatan kepada anda semua supaya jangan terpengaruh dengan kata-lata manusia berlagak pandai seperti ini. Sedarlah diri, jika kita tiada ilmu agama, jangan beri komen tentang hal-hal yang melibatkan agama. Ini bukan masalah seperti alasan yang dia berikan itu blog dia suka hati dia hendak berkata apa sahaja. Masalahnya dia menyiarkan post itu kepada umum yang mana akan memberi kesan buruk terhadap orang yang membacanya lebih-lebih lagi orang-orang yang mudah terpengaruh.

Inilah yang disebut sebagai sesat lagi menyesatkan. Dia tidak puas sesat seorang diri jadi mahu ajak orang lain sesat sama. Syaitan juga tidak suka masuk neraka sendirian. Maka diajaknya orang lain turut sama. Semoga kita semua diselamatkan oleh Allah daripada manusia-manusia pembuat fitnah seperti ini amin.

2 comments:

Anonymous said...

inilah akibat apabila berbicara tanpa ilmu,mengikut hawa nafsu dan perasaan....

FARHAN ALIA said...

cakap main lepas.
dia baru je kawin kan?
haai..macam mana la org camni nk pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga..
x betul..