Pages

24 January 2010

Cinta Biasa, yang Sempurna

Cinta Biasa, yang Sempurna

Selamlah engkau lautan bara,
Gapailah engkau bintang angkasa,
Belahlah engkau dada,
Atau kaubiarkan saja mereka,

Aku tak kuasa,
Aku tidak upaya,
Aku tidak berdaya,
Mengapa aku harus binasa,
Kerana cinta?

Ini bukan Cinta Arjuna,
Bukan Cinta Adam dan Hawa,
Ini alam nyata,
Perlu kau buka mata,

Aku mahu cinta sederhana,
Bukan luar biasa,
Cukup dengan itu sahaja,
Aku merasa sempurna…

-syfadh-
7.37pm, 22/1/2010
Bilal E 1.3

3 comments:

ManJa said...

Diriku hanya insan biasa,
Cinta yang ingin bukanlah cinta biasa...

nice3 sajak ko ni..

Mastura Mohd Shah said...

Request: Nnti continue sajak ni,terangkan pulak Cinta Biasa tu cmne leh jd cinta yg Sempurna..?

thanks.

Interesting.

A. said...

define cinta sederhana.