Pages

16 December 2009

Kafaah (kufu) Nasab dalam Perkahwinan @ Ahlul Bait, Syed dan Sharifah 3

Beberapa bulan yang lalu, saya menulis beberapa siri penulisan bertajuk ahlul Bait, Syed dan Sharifah dengan mengkhususkannya berkaitan soal perkahwinan mereka. Dalam penulisan-penulisan tersebut saya terangkan betapa seorang Syed atau Sharifah tidak seharusnya bersikap taksub terhadap keturunan mereka sehingga ke tahap menghalang perkahwinan anak-anak mereka dengan mereka yang berketurunan bukan Syed atau Sharifah semata-mata kerana sebab keturunan dengan menganggapnya sebagai larangan agama.

Penulisan saya yang tersebut telah mendapat perhatian yang agak memberangsangkan beserta komen-komen sehingga ke tahap ada seorang hamba Allah yang menuduh saya cuba menyampaikan ajaran songsang kerana menafikan kepentingan kafaah atau kufu dalam perkahwinan antara mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah dengan yang berketurunan selain daripadanya.

Ada juga pihak yang menyangka saya menulis tentang tajuk ini kerana saya berhasrat untuk mengahwini seorang yang bukan Sharifah meskipun saya seorang yang berketurunan Syed. Justeru tulisan kali ini bertujuan member penjelasan betapa sebenarnya saya meluat dengan orang-orang yang merasakan diri mereka terlebih mulia berbanding dengan orang lain sekadar kerana mereka berketurunan Syed dan Sharifah meski sebaliknya mereka tidakpun berkelakuan yang selayaknya sebagai seorang yang berketurunan mulia.

Tulisan kali ini juga bertujuan menjawab tuduhan melulu, tidak berasas lagi berniat buruk yang cuba menuduh saya sebagai seorang yang cuba menyampaikan ajaran songsang kepada masyarakat. Saya mungkin dapat bersabar sekiranya ada orang yang menyatakan saya tersilap dalam pendapat dan penulisan saya tetapi saya benar-benar tidak dapat menerima apabila ada orang yang menuduh saya cuba menyampaikan ajaran songsang. Apa yang dapat saya katakan ialah orang yang suka membuat tuduhan sebegini adalah orang yang mempunyai sedikit ilmu dan merasakan hanya dia seorang sahaja yang berilmu sedangkan orang lain tidak mempunyai ilmu. Justeru dia sewenang-wenangnya menuduh orang lain songsang apabila orang tersebut tidak sependapat dengannya. Semoga orang tersebut mendapat petunjuk daripada Allah yang sesungguhnya ilmu Allah itu bukan dimiliki oleh dia seorang sahaja.

Berbalik kepada tajuk asal yang telah saya utarakan, Kafaah atau dalam bahasa Melayu kufu dari segi bahasa ialah kesamarataan manakala dari segi istilah fuqaha’ ialah kesamarataan taraf antara pasangan suami isteri demi menghalang aib dalam perkara-perkara yang tertentu yakni menurut mazhab Maliki: agama dan hal (yakni keadaan si suami), manakala menurut jumhur ulama’ antaranya: agama, nasab (keturunan), merdeka dan ditambah oleh mazhab Hanafi dan Hanbali: harta.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh perlulah diingat bahawa persoalan kafaah adalah berkaitan dengan si suami dan bukannya si isteri yakni si suami hendaklah setaraf atau lebih tinggi tarafnya daripada si isteri tetapi tidak menjadi masalah sekiranya si isteri tidak setaraf dengan suami. Ini kerana maksud disyaratkan kafaah dalam perkahwinan adalah untuk menghalang aib dan aib itu berlaku biasanya apabila si suami lebih rendah tarafnya daripada si isteri dan bukan sebaliknya.

Justeru para ulama’ bersepakat bahawa hak kafaah itu terletak pada si isteri dan walinya. Sekiranya si isteri berkahwin dengan yang tidak sekufu dengannya maka wali berhak menuntut fasakh (pembatalan) perkahwinan tersebut manakala jika wali mengahwinkan si isteri dengan yang tidak sekufu dengannya maka si isteri berhak menuntut hak kafaah.

Ulama’ berbeza pendapat dalam soal kepentingan kafaah dalam perkahwinan kepada 2 pendapat:

Pertama, pendapat ulama’ antaranya, Ath-Thuri dan Hassan Al-Basri melihat kafaah sebagai bukan syarat asal, bukan syarat lazim dan bukan syarat sah kepada suatu perkahwinan. Ini bermakna, suatu perkahwinan itu tetap lazim (terikat) dan sah meskipun si suami tidak sekufu dengan isterinya.

Kedua, pendapat jumhur ulama’ termasuk mazhab yang empat melihat kafaah sebagai syarat lazim dan bukannya syarat sah. Kesan daripada ini, suatu perkahwinan yang tidak sekufu adalah sah tetapi wali kepada si isteri diberi hak untuk menolak perkahwinan tersebut juga hak untuk menuntut pembatalannya demi memelihara mereka daripada menerima aib. Meskipun begitu hak ini akan gugur atau hilang sekiranya si wali melepaskan hak tersebut atau dalam kata lain merelakan perkahwinan tidak sekufu tersebut. Adalah amat penting untuk saya ulang sekali lagi bahawa perkahwinan yang tidak sekufu adalah sah kerana kafaah tidak boleh menggugat keesahan perkahwinan tetapi hanyalah memberi hak fasakh (pembatalan) terhadap perkahwinan tersebut.

Persoalan kafaah berlegar dalam beberapa perkara khusus sebagaimana yang telah saya jelaskan diawal penulisan ini. Meskipun begitu penulisan kali ini diperincikan berkaitan persoalan nasab dalam membawa permasalahan perkahwinan Syed dan Sharifah yang telah saya mulakan ke titik perhentian.

Nasab dita’rifkan sebagai salasilah keturunan seseorang daripada bapanya dan datuknya. Manakala Hasab ialah pekerti atau sifat mulia yang diamalkan oleh keturunan seseorang seperti keilmuan, keberanian dan taqwa. Kewujudan nasab tidak bermakna wujudnya hasab tetapi kewujudan hasab membawa kepada kewujudan nasab.

Ulama daripada mazhab Maliki tidak menganggap nasab sebahagian daripada masalah kafaah manakala ulama’ mazhab Hanafi beranggapan kafaah hanya berkisar dalam perkahwinan orang-orang berketurunan Arab kerana mereka sangat terkenal dengan pemeliharaan mereka terhadap nasab. Maka pada mereka seorang ‘ajam (bukan Arab) adalah tidak sekufu dengan orang Arab meskipun dia seorang yang berilmu dan berkuasa.

Seterusnya menurut Mazhab Hanafi dan Syafie, dalam kalangan suku-suku Arab itu ada yang sekufu antara satu sama yang lain dan ada juga yang tidak. Di antara suku-suku Arab itu yang paling tinggi martabatnya adalah suku Quraisy (yakni suku di mana lahirnya Rasulullah dan seterusnya keturunan baginda, Syed dan Sharifah) sebagaimana yang dikhabarkan bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah memuliakan dalam kalangan orang Arab itu, كنانة, dan memuliakan daripada كنانة itu, suku Quraisy, dan memuliakan daripada suku Quraisy itu, Bani Hashim dan memuliakan daripada Bani Hashim itu, aku (Rasulullah).”
[Riwayat at-Tarmizi]

Maka mereka melihat wanita Quraisy sebagai tidak sekufu melainkan dengan lelaki Quraisy manakala lelaki Quraisy itu sekufu dengan wanita daripada mana-mana suku Arab. Jumhur berdalil dengan hadith Rasulullah:

“Orang-orang Arab sebahagian mereka sekufu dengan sebahagian yang lain, qabilah dengan qabilah, lelaki dengan lelaki dan muwali sebahagian mereka sekufu dengan sebahagian yang lain, qabilah dengan qabilah, lelaki dengan lelaki…”

Jika dilihat daripada sudut ini, kemungkinan orang yang berketurunan Quraisy (antaranya Syed dan Sharifah) merasakan orang yang bukan daripada suku Quraisy adalah tidak sekufu dengan mereka. Justeru mereka menghalang anak mereka khususnya Sharifah daripada berkahwin dengan yang bukan Syed seolah-olah ini adalah satu pengharaman yang ditetapkan oleh agama.

Sungguhpun begitu, Dr Wahbah Zuhali dalam kitabnya, Fiqhul Islami wa Adillatuhu menyebut bahawa menganggap nasab sebagai sebahagian daripada sebab kafaah adalah tidak tepat dan pendapat daripada Mazhab Maliki yang melihat nasab sebagai bukan salah-satu daripada bahagian kafaah sebagai lebih benar. Ini kerana, Islam secara terang-terangan menyeru ke arah kesamarataan taraf dan memerangi perbezaan jenis dan sikap jahiliyyah yang berpuak dan bersuku-suku . Seruan yang dibuat ketika Haji Perpisahan adalah jelas yang sesungguhnya manusia itu semuanya cucu-cicit kepada Adam dan tidaklah seorang Arab itu lebih mulia berbanding yang bukan Arab melainkan taqwa.

Berkata lagi Dr Wahbah bahawa hadith yang yang digunakan oleh jumhur adalah hadith dhaif (lemah) bahkan apa yang terdapat dalan sunnah adalah bertentangan dengan pendapat tersebut. Ini jelas ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri yang mengahwinkan Othman dengan dua anak perempuannya, Ruqayyah dan Umi Kalthum, mengahwinkan Zainab dengan Abu al-‘As bin Rabi’, mengahwinkan sepupunya Zainab dengan Zaid bin Harithah, mengahwinkan Usamah bin Zaid dengan Fatimah binti Qays sedangkan wanita-wanita tersebut semuanya berbangsa Quraisy manakala yang lelaki bukan berbangsa Quraisy dan banyak lagi perkahwinan-perkahwinan lain di mana Rasulullah sendiri mengahwinkan wanita Quraisy dengan lelaki bukan Quraisy.

Perbuatan Rasulullah ini jelas menunjukkan bahawa nasab tidak seharusnya dijadikan isu yang besar dalam hal kafaah sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan Syed dan Sharifah pada zaman ini. Sekiranya Rasulullah sendiri melakukan perkara tersebut bermakna hal tersebut adalah dibenarkan di sisi syara’ kerana mustahil Rasulullah melakukan sesuatu yang ditegah syara’.

Pun begitu, saya tidak mengatakan bahawa seorang Sharifah itu tidak boleh berkahwin dengan Syed. Ada pembaca yang memberi komen dalam chatbox menyatakan dia seorang Sharifah yang dipaksa berkahwin dengan seorang Syed oleh keluarganya sedangkan dia tidak mahu berkahwin dengan seorang Syed kerana dia sudah berkenan dengan seorang lelaki yang bukan berketurunan Syed.

Fungsi keluarga dalam Islam antaranya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan ini lahir daripada keluarga yang harmoni. Keharmonian rumahtangga perlu berpaksikan kepada kasih sayang dan kesefahaman antara pasangan suami isteri. Bagaimanakah akan wujudnya kasih sayang dan kesefahaman sekiranya seseorang itu dikahwinkan dengan paksa?

Mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah yang berpegang kuat dengan amalan ini berkemungkinan merasakan penulisan ini sebagai suatu tamparan hebat terhadap amalan yang telah mereka amalkan secara tradisi dan mereka anggap sebahagian daripada kepercayaan mereka bahkan ada yang menganggap sebahagian daripada tuntutan agama. Malangnya, ini adalah kenyataannya. Saya tidak menulis penulisan ini berdasarkan ijtihad saya sendiri. Semua yang di atas boleh anda temukan dalam kitab Fiqhul Islami wa Adillatuhu nukilan Dr Wahbah Zuhaili jilid 9 dalam bab nikah. Saya tidak tahu untuk berkata apa lagi sekiranya masih ada yang ingin menuduh saya cuba menyampaikan ajaran songsang.


Ahlul Bait Syed & Sharifah 4
Ahlul Bait Syed & Sharifah 2
Ahlul Bait Syed & Sharifah

23 comments:

Anonymous said...

syed, tukar blog theme lah; yang ni susah nak baca lah.

syfadh said...

seseorang yang menggelar dirinya shakamal_sky9 menghantar komen berikut ke yahoo messenger saya:

ASSALAMUALAIKUM
SAUDARA SAYA MEMBACA MENGENAI PENULISAN SAUDARA TENTANG PERKAHWINAN SYED SYARIFAH
TIDAK MENGATAKAN SAUDARA SALAH TAPI MAKLUMAT ITU DAN PENGETAHUAN ITU TIDAK LENGKAP HARAP SAUDARA DAPAT MERUJUK KEPADA MEREKA YANG LEBIH MENGETAHUI
AGAR TIDAK TERSALAH MEMBERI PENDAPAT ATAS KHILAF
SESUNGGUHNYA ... HUKUM KELUARGA INI TIDAK BERKAITAN DENGAN LAIN DARI KETURUNANNYA MAKA TIDAK DIPERLUASKA MAKLUMAT MENGENAINYA MELAINKAN BAGI MEREKA YAG TERBABIT SAHAJA SEPERTI HUKUM DIHARAMKAN AHLUL BAIT MEMERIMA ZAKAT
HANYA PADA KELUARGA INI ...TIDAK KEPADA ORANG LAIN
HARAP DIRUJUK SEMULA..
HUKUM INI BUKAN ADA SEMATA DIADA ADAKAN MELAINKAN TURUN TEMURUN DARI LELUHUR KAMI AHLUL BAIT DAN ADA NAS NYA
SILA RUJUK KEPADA ULAMA AHLUL BAIT UNTUK KEPASTIAN
-shakamal_sky9 -

syfadh said...

seseorang yang menggelar dirinya syed menghantar komen berikut di chatbox:

Jangan bangkitkaan isu syed daaaan sharifah jika anda tidak berkaitan...

Anda diminta bertanya dengan ahlinya daripada anda merasakan diri anda seorang yang cukup ilmunya sedangkan anda tidak mempunyai nas2 cukup untuk membuat dakwaan dan menafikan...

Apa pandangan kamu tetntang keturunan lain... macam mana pulak kamu hendak menafikan perkahwinan diraja.. banyak lagi keturunan lain yang mempunyai amalan seperti ini seperti di N9...

Minta jangan membesarkan isu ini hanya kerana ingin mendapat peminat bagi blog anda...

-syed-

sharifah KL said...

Salam semua,
bg sy isu ini boleh dibincangkan oleh sesiapa shj sbb syed&sharifah ni hidup dlm masyarakat yg besar(majmuk) dan tidak dpt dielakkan drpd adanya hubungan antara syed&sharifah dgn bukan syed&sharifah. oleh itu, sesiapa shj berhak membincangkan isu ini.Sesetengah golong syed&sharifah ni mengatakan bhw dlm darah daging mereka mengalir darah Rasulullah SAW yg menjadikan mereke ini lebih mulia. syed dibenarkan berkahwin dgn bukan sharifah kerana anak mereka akan mewarisi nasab mereka ttp sharifah tidak dibenarkan berkahwin dgn bukan syed kerana darjat bukan syed adalah lg rendah dr sharifah itu sendiri menyebabkan keturunan Rasulullah tidak dihormati(pangkat suami lebih tinggi dr pangkat isteri). Bg sy, ia bukanlah satu kewajipan yg perlu diikuti kerana tidak ada ayat Al-quran mahupun hadis yg soheh menyatakan kewajipan ini. malah mengikut sirah Rasulullah sendiri, baginda sendiri mengahwinkn saudara2 perempuannye dgn golongan yg lebih rendah darjatnya dgn alasan, baginda sendiri tidak suka sikap assobiyyah iaitu berpuak2 dan mementingkan pangkat.

Ini hanyalah komen peribadi sy, sy tidak berniat utk membuktikan apa2, cuma sekadar berkongsi pendapat. Wallahua'lam.

syfadh said...

salah seorang pembaca yg menggelar dirinya syedroll menghantar komen berikut di chatbox:

Allah xpandang pada nama, yang paling penting adalah pakaian taqwa, apelah guna nama pada pangkalnya syarifah, tetapi tidak melaksanakan syariat Allah, apa lagi sunnah Rasulullah, kopi...

syfadh said...

salah seorang pembaca yg menggelar dirinya asha menghantar komen berikut di chatbox:

salam..saya seorang sharifah n saya berminat dgn isu ini.selain daripada itu, isu perkahwinan ini juga membuatkn saya fobia n tkt utk berkahwin krn pelbagai tragedi telah berlaku selain desakkn keluarga

skg ini sy sedang mengkaji isu ini dan bakal mengarahkn sebuah documentari berkenaan hal ini

diharapkan saudara dapat membantu saya dalam menjayakan documentari ini utk mendapat jwbpan yang hakiki dari sudut yg btul dan ilmiah

email sy jika saudara berminat
akinamoso_13@yahoo.com

syfadh said...

salah seorang pembaca yg menggelar dirinya sharifah al-attas memberi komen berikut di chatbox:

sesungguhnya jodoh e2 ketentuan Allah..mk ck sye byk yg tdk bahagie gara-gara dpakse kawen dgn kturunan syed jew..

bkn kew cnte 2 hak individu selagi trk b'tntangan dgn syara'

hata said...

Salam..
Bagi pendapat saya, kita sbgai syed sharifah patut ada kesedaran untuk menjaga apa yang telah dikurniakan kepada kita. kita x sdar title syed sharifah adalah satu kurniaan dari Allah. dalam Islam keadilan x bererti kesamarataan. title ni bkn baru dibuat2 tp da wujud lbih seribu thun yg lpas. xde timbul soal fobia or tragedi ape kejadah apabila sharifah kene kawin dgn syed. cuma kita je yang menentang dgn membutakan mata hati ikutkan perasaan yang blom tau ujung pangkal. memang Nabi ade kawinkn anak2 baginda dgn bkn dr keluarga baginda sendiri, tp siapa yang melahirkan zuriat meneruskan keturunan baginda? bkn ke dari Fatimah dan Ali(sepupu baginda). bkawin bkn atas dasar cinta semata2ttapi juga tggungjwb.

Anonymous said...

kuda dan kucing yang terbaik di dunia manusia jaga nasabnya

apakah salah jika sudah pasti nasab seseorang itu daripada keturunan yang baik dijaga dengan sempurna

raja-raja Eropah juga menjaga nasab keturunan mereka. masih dijaga sejak beribu tahun sehingga sekarang.

Pelik sungguh Syed&Syarifah di Malaysia menodai nasab mereka yang mulia dengan alasan CINTA teruna dara.

syfadh said...

salahnya adalah kerana kita bukan kucing dan kuda.

kita beramal dengan nas yakni Al-Qur'an & Sunnah bukannya merujuk kepada adat raja-raja eropah yg bukan Islam mahupun nasab kucing dan kuda.

aqmal said...

salam..

1- syed & syarifah adalah ahlulbaits iaitu Keluarga Rasulullah SAW dan dalam fahaman sunni imam syafi'e adalah HARAM menerima sadaqah...HARAM ini dtgnya dari Allah bukan dari fatwa masakini..

sadaqah ni bukan saja sadaqah tetapi harta dan makanan yg bukan milik mereka tidak layak bagi mereka.. satu peristiwa tsabit ttg hal itu ialah ketika Saidina Hasan RA hendak makan kurma di tanaman org lain, lalu Rasulullah SAW mengatakan khoh khoh iaitu menegaskan HASAN mengeluarkan atau telah mencungkil kurma tersebut utk mengeluarkannya dari mulutnya..

adalah haramnya sadaqah keatas zuriat Baginda SAW bertujuan utk menyucikan diri kaum keluarganya dari kehinaan dunia dan akhirat..

bagaimana jika si syarifah berkahwin dgn org yg halal sadaqah ke atasnya...sedangkan si suami tadi menerima sedekah dan hasilnya di nafkahkan kpd isteri (syarifah) itu?

2- kafaah

adalah menjadi tradisi kaum arab memilih kufu dlm jodoh..tidak ketinggalan juga quraishy.. sebenarnya dlm memilih jodoh adalah di galakkan dlm Islam. kita sentuh dari sudut keturunan pula.. mari kita lihat dari mana ianya bermula dlm syed & syarifah.

syed dan syarifah adalah lahir dari Sayidina HASAN & HUSAIN iaitu cucunda (anak-dlm sesetengah hadis Rasulullah SAW memanggil mereka anak)Rasulullah SAW dari benih Fatimah AZzahra yg kahwin sekufu sama Sayidina Ali KWJ (sepupu nabi)---persoalan mengapa semua para sahabat tertolak utk mengahwini Fatimah kecuali Ali?... Fatimah RA ini adalah anak hasil dari Zaujah (isteri) Rasulullah SAW yg pertama iaitu Siti Khadijah. Siapa Siti Khadijah? beliau adalah anak kepada Khuwalid bin Assan bin Abdil Uzza bin QUSHAY bin Kilab bin Murroh bin Kaeb bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan... ok kita lihat beliau kahwin sekufu dan bertemu nasabnya dgn Rasulullah SAW pada datuknya yg ke 4 iaitu QUSHAY bin killab..

jadi jelaslah Rasulullah SAW mengamalkan kafaah dan ahlul baitsnya sendiri mencontohi Baginda SAW kerana apa yg Baginda lakukan dlm keluarganya dari jalur Fatimah..di terapkan dan 4 mazhab dlm Islam semestinya menghormati dan jgn mencampuri jika terjadinya kafaah ini..harusnya menggalakkan dan menerapkan lagi..

cukup sampai situ dulu krn byk lagi yg harus di sampaikan kerana ada hal2 di pejabat yg ana harus kerjakan...moga ketemu ya..

Al Saggaff said...

"jadi jelaslah Rasulullah SAW mengamalkan kafaah dan ahlul baitsnya sendiri mencontohi Baginda SAW kerana apa yg Baginda lakukan dlm keluarganya dari jalur Fatimah..di terapkan dan 4 mazhab dlm Islam semestinya menghormati dan jgn mencampuri jika terjadinya kafaah ini..harusnya menggalakkan dan menerapkan lagi.." - Aqmal

Semoga ALLAH pelihara kita semua dari sikap terburu-buru meletakkan hukuman ke atas sesuatu, apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW.

Menyatakan Rasulullah SAW juga dengan jelasnya mengamalkan kafaah bukan sesuatu yang enteng. Tidak semudah itu. Mari ambil perhatian. Kemaskan bicara.

SEIF said...

BOLEHKAH SYARIFAH MENIKAH DGN LAKI-LAKI BIASA,...?

tanya :
Mohon Informasi Apakah boleh Perempuan dari kalangan Syarifah menikah dengan laki-laki biasa,..........?

Bukankah Jodoh itu juga sudah ditentukan oleh Allah Swt....

Apa jaminan Allah kelak kepada perempuan Syarifah yg menikah dgn laki-laki satu garis keturunan (syarif)...?

Jika hal ini sudah terjadi pd perempuan syarifah yg menikah dgn laki-laki biasa, apa pula sanksinya......?

Mohon penjelasan, dengan landasan Nash, Ayat Al-Qur'an atau Hadist
Terima kasih.
--------

Baik Sayyid maupun syarifah mngambil nasab brdasarkn garis ayah-nya bkn ibu-nya

Penulis Tafsir 'Al-Manar', Syeikh Muhammad Abduh, dalam menafsirkan ayat 84 Surah Al-An'am, antara lain mengatakan, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Semua anak Adam bernasab kepada orang tua lelaki (ayah mereka), kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka".

Hadist mengenai Kafa'ah Syarifah :
Dalam kitab Makarim al-Akhlaq terdapat hadits yang berbunyi :
‘Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian, kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasulullah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja’far, dan beliau berkata : Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak laki kami hanya menikah dengan anak-anak perempuan kami’.

bersambung.....

SEIF said...

Menurut hadits di atas dapat kita ketahui bahwa : Anak-anak perempuan kami (syarifah) menikah dengan anak-anak laki kami (sayid/syarif), begitu pula sebaliknya anak-anak laki kami (sayid/syarif) menikah dengan anak-anak perempuan kami (syarifah). Berdasarkan hadits ini jelaslah bahwa pelaksanaan kafa’ah yang dilakukan oleh para keluarga Alawiyin didasari oleh perbuatan rasul, yang dicontohkannya dalam menikahkan anak puterinya Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib. Hal itu pula yang mendasari para keluarga Alawiyin menjaga anak puterinya untuk tetap menikah dengan laki-laki yang sekufu sampai saat ini.

Para ulama seperti Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Syafii dalam masalah kafa’ah sependapat dengan pendapat khalifah Umar bin Khattab yang mengatakan :

‘Aku melarang wanita-wanita dari keturunan mulia (syarifah) menikah dengan lelaki yang tidak setaraf dengannya’.

Menurut mazhab Syafii, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal, seorang wanita keturunan Bani Hasyim, tidak boleh dikawini oleh seorang laki-laki dari selain keturunan mereka kecuali disetujui oleh wanita itu sendiri serta seluruh keluarga (wali-walinya). Bahkan menurut sebagian ulama mazhab Hambali, kalaupun mereka rela dan mengawinkannya dengan selain Bani Hasyim, maka mereka itu berdosa. Imam Ahmad bin Hanbal berkata :

‘Wanita keturunan mulia (syarifah) itu hak bagi seluruh walinya, baik yang dekat ataupun jauh. Jika salah seorang dari mereka tidak ridho di kawinkannya wanita tersebut dengan lelaki yang tidak sekufu’, maka ia berhak membatalkan. Bahwa wanita (syarifah) hak Allah, sekiranya seluruh wali dan wanita (syarifah) itu sendiri ridho menerima laki-laki yang tidak sekufu’, maka keridhaan mereka tidak sah’.
----------------------
Mengenai Kafa'ah dalam Islam?...

Ayat alquran yang mengisyaratkan kafa'ah nasab
1. Dalam alquran surat al-Hujurat ayat 13, Allah swt berfirman:
"…Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu".
Ayat ini menunjukkan adanya kafaah dalam segi agama dan akhlaq. Allah swt menjadikan orang-orang yang bertaqwa lebih utama dari orang-orang yang tidak bertaqwa, dan menafikan adanya kesetaraan di antara keduanya dalam hal keutamaan.

bersambung....

SEIF said...

Hal ini menunjukkan adanya dua hal pertama, adanya ketidaksetaraan dan kedua, terdapat perbedaan kemuliaan dalam hal taqwa. Diantara dalil lain yang mendukung kedua hal tersebut adalah surat al-Zumar ayat 9, yang berbunyi:
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون
"Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui".
Dan surat al-Nur ayat 26, yang berbunyi:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula".
Berkaitan dengan hadits Rasulullah saw, yang berbunyi:
"Jika telah datang seorang yang engkau ridho akan agama dan akhlaqnya…"
Berkata al-Syaukani dalam kitabnya Nail al-Author bahwa hadits tersebut adalah dalil kafaah dari segi agama dan akhlaq, dan ulama yang berpendapat demikian ialah Imam Malik. Telah dinukil dari Umar, Ibnu Mas'ud dari Tabiin yang meriwayatkan dari Muhammad ibnu Sirrin dan Umar bin Abdul Aziz menunjukkan bahwa ayat alquran yang menyatakan orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang-orang yang paling taqwa di antara kamu adalah dalil kafaah dalam masalah nasab, begitulah seperti yang disepakati jumhur.
2. Dalam alquran surat al-Furqan ayat 54, Allah swt berfirman:
"Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah, dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa".
Ayat ini merupakan dalil adanya kafaah dalam hal nasab, hal ini dijelaskan oleh al-Bukhari yang menyebutkan ayat tersebut sebagai dalil dalam bab kafaah. Imam al-Qasthalani dalam kitabnya Syarah al-Bukhari menulis, yang dimaksud pengarang (al-Bukhari) dengan hubungan kalimat ini mengisyaratkan bahwa sesungguhnya nasab dan hubungan musharah berkaitan dengan masalah hukum kafaah'.

bersambung...

SEIF said...

Berkata al-Syaukani dalam kitabnya Nail al-Author bahwa hadits tersebut adalah dalil kafaah dari segi agama dan akhlaq, dan ulama yang berpendapat demikian ialah Imam Malik. Telah dinukil dari Umar, Ibnu Mas'ud dari Tabiin yang meriwayatkan dari Muhammad ibnu Sirrin dan Umar bin Abdul Aziz menunjukkan bahwa ayat alquran yang menyatakan orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang-orang yang paling taqwa di antara kamu adalah dalil kafaah dalam masalah nasab, begitulah seperti yang disepakati jumhur.
2. Dalam alquran surat al-Furqan ayat 54, Allah swt berfirman:
"Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah, dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa".
Ayat ini merupakan dalil adanya kafaah dalam hal nasab, hal ini dijelaskan oleh al-Bukhari yang menyebutkan ayat tersebut sebagai dalil dalam bab kafaah. Imam al-Qasthalani dalam kitabnya Syarah al-Bukhari menulis, yang dimaksud pengarang (al-Bukhari) dengan hubungan kalimat ini mengisyaratkan bahwa sesungguhnya nasab dan hubungan musharah berkaitan dengan masalah hukum kafaah'.

Bersambung...

SEIF said...

Kafaah nasab menurut hadits Nabi saw.
1. Diriwayatkan oleh Imam Bukhori, dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:
"Wanita itu dinikahi karena agamanya, kecantikannya, hartanya dan keturunannya. Maka carilah wanita yang taat kepada agama, niscaya akan beruntung".
Berkata Ibnu Hajar, yang dimaksud dengan asal-usul keturunan (hasab) adalah kemuliaan leluhur dan kerabat. Al-Mawardi dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir Syarah Mukhtashor al-Muzani mengatakan, bahwa syarat yang kedua (dari syarat-syarat kafaah) adalah nasab, berdasarkan hadits Nabi saw: 'Wanita itu dinikahi karena hartanyanya, asal-usul keturunannya…'. Yang dimaksud dengan asal-usul keturunannya adalah kemuliaan nasabnya.
2. Diriwayatkan oleh Muslim dari Watsilah bin al-Asqa', Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt telah memilih bani Kinanah dari bani Ismail, dan memilih dari bani Kinanah Quraisy, dan memilih dari Quraisy bani Hasyim, dan memilih aku dari bani Hasyim".
Hadits di atas menjelaskan tentang keutamaan Bani Hasyim. Allah swt telah memuliakan mereka dengan memilih rasul-Nya dari kalangan mereka. Hal ini menunjukkan kemuliaan yang Allah swt berikan kepada ahlul bait Nabi saw. Imam al-Baihaqi menggunakan hadits ini sebagai dasar adanya kafaah dalam hal nasab.
Kafaah nasab menurut ulama madzhab.
Semua Imam madzhab dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepakat akan adanya kafa'ah walaupun mereka berbeda pandangan dalam menerapkannya.

bersambung...

SEIF said...

Salah satu yang menjadi perbedaan tersebut adalah dalam masalah keturunan (nasab).
Dalam hal keturunan orang Arab adalah kufu' antara satu dengan lainnya. Begitu pula halnya orang Quraisy dengan Quraisy lainnya. Karena itu laki-laki yang bukan Arab (Ajam) tidak sekufu' dengan wanita-wanita Arab. Laki-laki Arab tetapi bukan dari golongan Quraisy tidak sekufu' dengan wanita Quraisy. Hal tersebut berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Orang-orang Arab sekufu' satu dengan yang lainnya. Kabilah dengan kabilah lainnya, kelompok yang satu sekufu' dengan kelompok yang lainnya, laki-laki yang satu sekufu' dengan yang lainnya…"
Hadits riwayat Aisyah, bahwa Rasulullah bersabda:
"Orang-orang Arab satu dengan yang lainnya adalah sekufu'…"
Menurut Imam Hanafi: Laki-laki Quraisy sepadan (kufu') dengan wanita Bani Hasyim. Menurut Imam Syafi'i: Laki-laki Quraisy tidak sepadan (tidak sekufu') dengan wanita Bani Hasyim dan wanita Bani Muthalib. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Muslim:
"Bahwasanya Allah swt memilih Kinanah dari anak-anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah dan memilih Bani Hasyim dari Quraisy dan memilih aku dari Bani Hasyim…"
Akan tetapi kebanyakan ahli fiqih berpendapat bahwa kafa'ah merupakan hak bagi perempuan dan walinya. Seorang wali tidak boleh mengawinkan perempuan dengan lelaki yang tidak kufu' dengannya kecuali dengan ridhanya dan ridha segenap walinya. Jika para wali dan perempuannya ridha maka ia boleh dikawinkan, sebab para wali berhak menghalangi kawinnya perempuan dengan laki-laki yang tidak sepadan (tidak kufu').
Imam Syafi'i berkata: Jika perempuan yang dikawinkan dengan lelaki yang tak sepadan (tidak sekufu') tanpa ridhanya dan ridha para walinya, maka perkawinannya batal.
Imam Hanafi berkata : Jika seorang wanita kawin dengan pria yang tidak sederajat (tidak sekufu') tanpa persetujuan walinya, maka perkawinan tersebut tidak sah dan wali berhak untuk menghalangi perkawinan wanita dengan pria yang tidak sederajat tersebut atau hakim dapat memfasakhnya, karena yang demikian itu akan menimbulkan aib bagi keluarga.
Imam Ahmad berkata: Perempuan itu hak bagi seluruh walinya, baik yang dekat ataupun jauh. Jika salah seorang dari mereka tidak ridha dikawinkan dengan laki-laki yang tidak sederajat (tidak sekufu'), maka ia berhak membatalkan. Riwayat lain dari Ahmad, menyatakan : bahwa perempuan adalah hak Allah, sekiranya seluruh wali dan perempuannya sendiri ridha menerima laki-laki yang tidak sederajat (tidak sekufu'), maka keridhaan mereka tidaklah sah.

Anonymous said...

assalamualaikum..... saya amat berminat dgn masalah syed/sharifah ni...
sy adalah seorang sharifah....mempunyai masalah dalm hal2 berkaitan pemilihan pasangan....
berdosa besarkah saya jika sy tidak berkahwin dgn bukan keturunan syed?
bagaimana pula dgn masalah kahwin paksa?adakah ianya halal?
jika sy perlu memilih antara seorang syed yg mempunyai ilmu agama yg cetek dgn seorang imam yg warak adakah berdosa jika sy memilih seorang imam yg warak sebagai suami sy?
bagaimana pula dgn masalah si ibu memutuskan silaturrahim dengan anaknya gara2 anaknya itu memilih lelaki di kalangan org biasa & bukan dari keturunan syed? bukankan nabi melarang seseorang itu memutuskan silaturrahim sesama kita...jika kerana si ibu tersebut mempunyai darah yg sama mengalir dalam bdn Rasaulullah, layakkan si ibu tersebut memasuki syurga??
i think if sharifah can't married with another guy yg bukan berpangkatkn syed mesti ramai yg akan menjadi janda....

Anonymous said...

Salam,

Obviously a mother's consent is the best in everything. But it may be easier for me to say it than you. Most of my family members are married of their parents's arrangements, my uncles, cousins, etc. But they are living a very happy life, blessed for they have their parents consent.

To marry someone of "outside" for a Sharifah means that the bloodline has been severed, and the family of Saadah which has been numbered will grow less and less and will soon be gone.

It's such a pity for their Culture and Importance in the society. The Ulama of Hadhramawt has also prohibited such doings, and I believe he's a very2 wise man who won't say anything without any strong backing.

I don't know much but I know one thing, when Allah has given you a Privilege, it is a Responsibility, not something to be Proud of.

We live a normal life, but we have some Responsibilities and Burdens that come with our Bloodlines. That is to be the Best of Society and to set a good example to the People.

With that also comes the marrying part that some, may not be so content with. But this is only so that this Responsibilities can be carried on to the new Generations to create a better Ummah.

This is not saying that others of 'outside' can't be as good as us, but this comes from a hadith;

'....maka mereka(ahlil baitku) Ialah keturunanku,diciptkan dari darah dagingku dan dikaruniakan perngertianku dan ilmuku.."
(thabraniy,al hakim,rafi'i dan imam mazhab)dan hadist dari HR bukhori

It bears a responsibility. So be wise. Whomever you shall marry, that is only with Allah's will.

elfizonanwar said...

APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg 'nabi' dan rasul sudah meninggal terlebih dahulu.

2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau 'anak tunggal' dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.

3. Isteri-isteri beliau.

4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan 'nasab'-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

Bagaimana tentang pewaris tahta 'ahlul bait' dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam.

Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita anggap bernasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah?. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.

Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka untuk selanjutnya yang seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Fatimah dan juga Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

Dengan demikian sistim nasab yang diterapkan itu tidan sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari atau kembali lagi ke nasab laki-laki, ya seharusnya diambil dari nasab perempuan seterusnya.

Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta 'ahlul bait'.

Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

Anonymous said...

Slm..maaf..sy cume ingin meminta pendapat dr kalian..sy berketurunan wan dari kelantan..dan sy menjalinkn hubungan lelaki berketurunan syed dari terengganu..hubungan kami tergantung disebabkn dia menyatakn keluarga dia hanya menerima keturunan syarifah..jd minta pendapat kalian..sedangkan drah sy mempunyai keturunan wan..berdosakn keturunan syed mengahwini keturunan wan?

Anonymous said...

mencintai keluarga syed x salah,dihalang dari berkahwin jugak x berdosa atas sebab kafaah.. kadang2 persoalan agama tidak dapat dijawab dengan logik akal. itu lah ujian. contohnya dalam solat,kentut...mengapa tida dibasuh punggung...sedang kentut melalui punggung.tp kena di ambil wuduk semula