Pages

18 November 2009

Terlebih Sayang Anak

Siapa tak sayang anak? Jawapannya orang-orang yang tidak bertanggungjawab lagi tidak berguna. Namun dalam pada sayang itu kita harus ingat. Setiap perkara itu perlu ada batasannya.
Padanlah orang tua-tua berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Saya menyokong kewajaran peribahasa ini. Sebabnya, hasil anak-anak yang terlebih kasih sayang orang tua amat menyedihkan.

Pada hemat saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan ibu bapa memberi terlebih kasih sayang kepada anak mereka. Antaranya, ibu bapa yang berkahwin pada usia tua dan kemudiannya beroleh cahaya mata menyebabkan mereka terlampau sayang kepada anak mereka sehinggakan anak mereka tidak boleh disentuh sedikit pun. Pasangan yang sukar mendapat anak dan terlalu menimpikan anak. Ibu bapa yang sebegini bersikap terlalu 'protective'. Segala urusan hidup anak mereka, mereka yang tentukan. Setiap apa yang ingin dilakukan oleh anak mereka perlu diberitahu dan mendapat kebenaran daripada mereka. Anak mereka hidup dalam bayangan mereka.

Hasilnya amatlah menakjubkan. Anak mereka menjadi manusia yang cacat. Bukannya cacat fizikal tetapi cacat mental. Apa yang saya maksudkan cacat di sini ialah mereka tidak bersikap seperti seorang manusia biasa. Mereka tidak mampu membuat keputusan meskipun untuk diri mereka sendiri. Semuanya perlu ditanyakan kepada ibubapa atau paling kurangpun rakan-rakan. Ini kerana minda mereka telah diprogramkan secara tidak langsung oleh ibu bapa mereka supaya hidup dengan bergantung kepada orang lain.

Mereka tidak ada kepercayaan kepada diri, tidak yakin dengan kebolehan diri malah tidak tahu dengan keupayaan mereka dek kerana kehidupan mereka yang terbelengu dan terkongkong. Seterusnya, anak-anak ini sangatlah mudah tersinggung. Mungkin kerana adat hidupnya yang selalu dimanjakan telah membuat mereka menjadi terlalu alah kepada usikan orang. Pantang diusik sedikit, akan merajuklah mereka.

Mungkin kesan buruk sebegini tidak begitu ketara jika anak tersebut seorang perempuan. Tetapi alangkah malangnya jika anak tersebut seorang lelaki. Bagaimanakah dia akan menjalani kehidupannya sebagai ketua keluarga kelak. Bagaimanakah dia mampu membela keluarganya sedang dirinya sendiri tidak terbela. Bagaimanakah dia berupaya menyokong dan mendukung keluarganya dalam pada dirinya sendiri memerlukan sokongan. Sangat menyedihkan bukan?

Apa pula akan berlaku setelah ibubapa mereka meninggal dunia kelak? Di manakah mereka dapat mencari ganti 'perlingungan @ belengu' yang ibu bapa mereka berikan selama hidup mereka. Bukankah mereka akan ditinggalkan terkapai-kapai dan terkontang-kanting menjalani hidup ini sendirian. Dan persoalan yang paling penting, mampukah mereka menjalaninya?

Saya percaya bukan mereka yang harus dipersalahkan tetapi ibubapa mereka. Penyelesaiannya, mungkin seorang kawan sejati perlu mengambil langkah memberitahu 'anak' tersebut supaya berbincang dengan ibubapa mereka supaya memberika mereka 'hidup'. Kasih sayang semata-mata tidak cukup untuk hidup. Barangkali dalam drama tv atau filem boleh tetapi hakikatnya kehidupan memerlukan lebih daripada sekadar kasih sayang.

Saya sedar yang mungkin saya bukan orang yang layak berbicara soal ini kerana saya masih lagi belum merasakan bagaimanakah rasanya menjadi seorang ibu atau bapa. Tetapi saya bercakap atas dasar perkara yang berlaku dan berlegar di sekeliling saya dan saya percaya yang anda juga bersetuju dengan apa yang saya katakan.

6 comments:

Raafiq said...

"Seterusnya, anak-anak ini sangatlah mudah tersinggung. Mungkin kerana adat hidupnya yang selalu dimanjakan telah membuat mereka menjadi terlalu alah kepada usikan orang. Pantang diusik sedikit, akan merajuklah mereka."

hahahahaha.

syfadh said...

apekah mesej yg cube anda smpaikan encik raafiq?

zamzam said...

zam rase mmg la parents men peranan. tp ade juge org yang mmg sifatnye yg terlalu sensitif tue bukan dsbabkan oleh kongkongan mak ayah. itu sifat dye.
thats mean, org itu sndiri yg perlu ubah diri sendiri utk selesa bila hidup bersosial @ bermasyarakat. klu xpandai sesuai kan diri, xnak ubah, akan terus jd lone ranger.
Parents ttp nak yg terbaik utk anaknya. Tp, bile dah meningkat dewasa, pasti dye pndai fkr ape spatutnya dye lakukan kan...
terlalu sedikit org yang mgkin akan berdamping dgn dye.

Raafiq said...

takde.teringat sahabat kite

dhue comel said...

rafiq... i think i know who... btw children and parents must respect each other...

Raafiq said...

aku cakap pasal ko la dhue.tktiap minggu balek