Pages

13 November 2009

Sampai Bila?

Setelah sekian lama blog ini tidak berisi dek kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester. Kini Sang Pendeta syfadh kembali dengan sebuah sajak lama yang dikarangnya bersama seorang teman yang namanya tidak perlu didedahkan di sini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah. Hayatilah dan nikmatilah seni dan cintanya.

Sampai Bila?



Aku yang telah lupa bila dan bagaimana mulanya,
Kisah dan perasaan yang tak pernah kualami,
Mungkinkah ini tandanyakan lekat di hati,
Atau mungkin juga semakin tak bisa kulewati,


Lantas dengan keberanian kuharungi,
Walau kurisau dan penuh tanya,
Tetap kugagahkan lagi kucuba,
Tanpa kuhirau untung ruginya,


Tapi sampai bila dan selama mana?
Sanggupkah kutanggung akibatnya?
Hubungan yang akhirnya bahagia,
Atau mainan belaka,
Omongan kosong semata,


Tetap, kupandang jauh tanpa sekatan,
Kufikir panjang dengan tafsiran,
Meneruskan sebuah kehidupan,
Aku insan merancang benar,
Bukan merancang onar,


Ku rafaqkan takdirku,
Biarkan Dia jadi penentu,
Sampai bila pun akan kutunggu,
Hingga sampainya waktu,
Bilapun tiba saat itu…


-syfadh ft. ######-
 
Biru = Sang Pendeta syfadh
Merah = ######

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
saya agak terkejut membaca entry anda kali ini.

selama saya mjadi secret reader anda, saya amat kagum dgn tulisan2 anda dan apa yg anda bincangkan byk memberi manfaat kpd saya. tapi, apabila membaca sajak ini dan anda sendiri yang menulis bahawa sajak ini dikarang bersama seorang teman yg tidak mahu dikenali namanya kerana takut menimbulkn fitnah, saya agak kecewa.

setelah membaca dan menganalisis apa yg anda cuba smpaikan dalam sajak ini, saya dapat simpulkn bahawa ianya bkaitan dengan hubungan kamu dengan seorang wanita. rasanya tidak mungkin hubungan antara lelaki dan lelaki, bukan?

kesimpulan atau pandangan saya mungkin tidak seperti diatas sekiranya anda tidak menyebut langsung mengenai kolaborasi anda dgn si penyajak kedua. dan itu, mungkin tidak mnimbulkn fitnah. tapi bila anda bbuat dmikian, secara tak langsung ia mnimbulkan fitnah pada saya yang menghormati karya-karya anda.

mungkin saya silap

jadi, pada saya, apa gunanya anda masih menyiarkan sajak itu jikalau anda tidak mahu mnimbulkan fitnah?

apa tujuan penulisan sajak ini disiarkan? untuk 'menunjuk jalan' kepada mereka yang berpacaran secara 'islamik'?

syfadh said...

Salam, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi menjadi 'secret reader' kepada tulisan-tulisan saya.

Cuma saya mengharapkan di samping anda membaca tulisan-tulisan saya anda juga turut bersikap husnuzzhan terhadap tulisan saya.

Sebagaimana yang saya sebutkan tujuan saya tidak mendedahkan identiti penulis kedua adalah untuk mengelakkan timbulnya fitnah. Sebabnya, sekiranya saya katakan si penulis kedua adalah seorang lelaki, mungkin orang akan fikir yang saya ini seorang gay, manakala sekiranya saya katakan penulis kedua adalah seorang perempuan maka orang akan fikir yang saya membuat hubungan dengan wanita.

Tujuan saya menyebutkan bahawa sajak tersebut dikarang oleh kami berdua adalah kerana menjadi prinsip seorang penulis untuk tidak mendakwa karya yang bukan miliknya sebagai miliknya. Oleh sebab itu saya bertanggungjawab untuk mengishtiharakan bahawa karya tersebut bukanlah milik saya seorang.

Demi menjawab pertanyaan anda mengapa saya menyiarkan sajak tersebut sekiranya saya tidak mahu menimbulkan fitnah. Jawapannya, sekiranya anda seorang yang minat menulis dan berkarya, anda akan merasakan suatu perasaan ingin berkongsi karya-karya anda untuk bacaan orang lain.

Kita harus sedar bahawa ruang untuk fitnah itu timbul sangatlah luas termasuklah dalam perkara-perkara kebaikan. Contohnya, apabila orang solat, sesetengah orang yang jahat mindanya akan berfikir, "ah orang itu solat sekadar menunjuk baik, tunjuk alim". Adakah dengan sebab wujudnya pemikiran yang sebegini orang itu harus berhenti menunaikan solat? Sudah tentu tidak, orang yang mindanya jahat akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan fitnah.

Berbalik kepada persoalan pokok, sebagaimana yang telah saya gambarkan dalam kiasan tadi, adakah dengan sebab mungkin wujudnya orang yang jahat mindanya dalam menimbulkan fitnah bermakna saya perlu berhenti menulis dan menyiarkan tulisan saya?

Akhir sekali, mengenai persoalan adakah saya menyiarkan sajak ini sebagai penunjuk jalan kepada orang lain yang berpacaran secara islamik. Jawapannya, tidak.

Sekian.