Pages

25 October 2009

Mempergunakan Sifat-sifat Allah

Seorang Muslim mempunyai kewajiban mempercayai bahawa Allah itu bersifat dengan sifat-sifat yang mulia lagi sempurna. Sifat-sifat Allah yang mulia ini (Asma ul-Husna) diceritakan sendiri oleh Allah di dalam kitab-Nya, Al-Qur'an juga melalui Rasul-Nya.

Namun bagi sesetengah pihak, sifat-sifat Allah ini merupakan suatu peluang untuk mereka membelakangkan hukum yang telah ditetapkan syara' lebih-lebih lagi apabila hukum itu kelihatan tidak adil dan kejam pada pemikiran mereka yang dangkal.

Mereka suka untuk mempergunakan sifat-sifat Allah ini sebagai jalan untuk mempermainakan hukum agama. Contohnya, kata mereka Allah itu Maha Pengampun. Jadi seseorang yang bersalah itu tidak perlu dihukum dan seharusnya diberi peluang kedua. Kata mereka Allah itu bersifat  Maha Berbelas Kasihan, jadi hukuman syara' yang di mata mereka bersifat kejam itu perlu digantikan dengan hukuman yang lebih.

Sebagai tambahan, mereka menjadikan kenyataan mengaku bersalah, kesalahan kali pertama dan pengungkapan rasa sesal sebagai alasan untuk mengabaikan hukum syara'.

Baru-baru ini perhatian kita telah dialihkan kepada suatu kes. Kes seorang wanita Islam yang dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak. Pelbagai reaksi dipamerkan oleh pelbagai pihak. Ada yang menyokong tidak kurang juga yang menentang.

Terdapat satu pertubuhan bukan Islam yang menamakan diri mereka sebagai Islam, Sisters in Islam mengkritik hukuman sebat yang dijatuhkan ke atas pesalah kononnya atas nama keadilan dan hak asasi manusia. Lihat di sini. Bukan niat saya untuk mengkafirkan mereka denga mengatakan mereka bukan Islam, tetapi melabelkan hukuman Allah sebagai zalim dan mendiskriminasi manusia itu adalah tanda-tanda kekufuran. Lihat di sini.

Dalam hal ini, mereka tidak pula merujuk kepada sifat Allah yang Maha Adil dan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya dalam berpandangan. Dalam hal ini, mereka merasakan sifat Allah ini tidak terpakai kerana bertentangan dengan pandangan liar mereka.

Ini jelas menunjukkan mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam berhujah dalam persoalan agama. Mereka hanya menceduk perkara yang mereka rasa sesuai dengan nafsu mereka dan meninggalkan perkara yang bertentangan dengan pandangan mereka. Ini duburukkan lagi dengan kefahaman agama yang cetek dan tafsiran liar terhadap nas-nas syara'.

Suatu hukuman syara' itu bukan sahaja berfungsi sebagai hukuman tetapi sebagai suatu pengajaran yang tegas demi menghalang si pesalah dan orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Justeru, jika hukuman tersebut dikurangkan dengan alasan remeh seperti kesalahan kali pertama, pengakuan salah dan pengungkapan rasa bersalah sebagai alasan untuk membelakangkan atau mengurangkan hukum syara', maka fungsi Shariah itu selamanya tidak akan tercapai.

Peliknya, tuan empunya badan sendiri telah redha tetapi entah mengapa orang lain pula yang sibuk menyalak kononnya atas dasar keadilan dan hak asasi manusia. Persoalannya, adakah mereka yang menyalak itu mempunyai hak menentukan apakah itu keadilan? Apakah hak seorang manusia itu ditentukan oleh manusia dan bukannya yang menciptakan mereka?

Penyelesaian yang mudah, kalau kita tidak pandai lebih baik kita diam. Jangan sibuk nak menyalak tak tentu pasal. Hanya buat sakit telinga orang buat sakit hati orang.

No comments: