Pages

28 October 2009

Ganyang Malaysia = Bantuan Gempa Bumi

Saya bersyukur kerana lahir di negara yang rakyatnya mempunyai pemikiran yang waras, bersifat pemaaf, rasional dan prihatin terhadap orang lain. Rakyat negara ini juga mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi serta tidak mudah terngadah degan perkara remeh-temeh.

Ini bukan post untuk mengungkit atau membangga diri, bukan post perkauman dan bukan post untuk membalas dendam. Ini adalah post untuk membuka mata dan memberikan kesedaran. Buat mereka di seberang laut yang masih tidak sedar dengan keuntungan yang telah mereka perolehi dek kebaikan dan keprihatinan beserta sifat pemaaf rakyat Malaysia.

Rakyat di seberang sana berteriak "ganyang Malaysia!". Rakyat Malaysia yang baik hati membalas teriakan mereka dengan berkata, "mari kita kumpulkan dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang". Lihatlah betapa bertamadunnya pemikiran rakyat Malaysia dan betapa mundurnya pemikiran rakyat di seberang sana.

Patutlah negara mereka masih mundur dan miskin hingga terpaksa bertandang ke negara orang untuk mencari sesuap nasi. Mana tidaknya, rakyatnya hanya tahu memekak dan membuat tunjuk perasaan hanya dengan soal remeh-temeh. Nampak sangat betapa ceteknya pemikiran dan rasional yang dapat mereka bina dalam diri rakyat mereka meskipun mereka telah merdeka terlebih dahulu daripada Malaysia.

Kalau diikutkan, boleh sahaja rakyat Malaysia tidak mengendahkan penderitaan mangsa-mangsa gempa bumi Padang setelah melihat kepada apa yang dilakukan oleh rakyat negara mereka kepada rakyat Malaysia yang tinggal di sana. Sebaliknya, rakyat Malaysia yang sangat pemaaf dan berbelas kasihan berusaha sedaya upaya mengumpul dana sehingga ada yang sanggup membuat jualan amal Nasi Dagang. Tetapi saya khuatir, takut-takut nanti ada pula orang yang mengaku Nasi Dagang itu makanan budaya mereka.

Tapi tidak mengapa wahai saudaraku rakyat Malaysia. Kita bangsa yang bertamadun, berpemikiran maju, bersifat pemaaf dan rasional, bertolak ansur, tidak mudah meradang dan berbelas kasihan. Ini budaya kita yang kita bina sendiri tidak seperti budaya mereka di sana, yang sangat jelas bertentangan dengan budaya kita.