Pages

19 September 2009

Sudilah Kiranya Memaaf & Melupakan

Bersempena dengan bulan Syawal ini, saya dengan besar hati mengucapkan selamat hari raya Idulfitri kepada semua. Disamping itu saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang mengendalikan blog ini. Sudilah kiranya memaaf dan melupakan segala dosa saya terhadap anda.

Sambil kita bergembira merayakan hari raya, jangan sekali kita melupakan Allah. Peliharalah batas-batas agama dan tunaikanlah tuntutannya. Jangan berlebihan dalam bergembira dan beraya kerana Allah itu tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

Selain itu, jangan dilupakan saudara seislam kita yang kurang bernasib baik seperti kita. Yang beraya dengan serba kekurangan, juga saudara kita yang beraya dalam ketakutan dek kezaliman musuh seperti di Palestin sana.

Rebutlah peluang bersembahyang raya dan mendengar khutbah raya. Jangan terus beredar selepas solat raya tanpa mendengar khutbah raya kerana peluang sebegini datang hanya setahun sekali. Entah kita mempunyai peluang yang sama atau tidak pada tahun depan.

Bukakan hati anda untuk memohon kemaafan dan memaafkan kesalahan orang lain serta ziarah-menziarahi sesama kita. Semoga dengan Idulfitri ini kita nmenjadi seolah-olah bayi baru lahir yang suci daripada sebarang dosa, amin.

Jangan makan tak ingat dunia, nanti dapat macam-macam jenis penyakit baik darah tinggi, gout, migrain dan lain-lain penyakit.

Akhir kata, jadilah orang yang bersederhana. Sekian, wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

memaafkan???berkemungkinan...melupakan??bile da kene amnesia bru leh kot