Pages

01 August 2009

Perasan

Saya selalu sengaja memerasankan diri dengan tujuan untuk bergurau bersama kawan-kawan saya. Saya sengaja kata yang saya ini baik hati, prihatin, penyayang, kacak dan lain-lain. Saya tidak berniat untuk mengatakannya dengan serius namun kadang-kala ada di antara mereka yang tidak puas hati, tetapi saya tidak peduli. Anda boleh kata saya mempunyai penyakit perasan saya tidak kesah.

Malangnya, ada golongan manusia yang mempunyai penyakit perasan yang serius sehingga menjerumuskan mereka ke arah kemaksiatan. Disebabkan penyakit mereka yang terlampau tersebut, mereka sanggup melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syara'.

Saya beri contoh, ramai perempuan yang perasan rambut mereka lawa lantas mendedahkan rambut mereka tanpa memakai tudung. Ramai perempuan yang perasan bentuk badan mereka seksi lantas sengaja berpakaian ketat dan mendedahkan segala lurah yang ada baik di depan mahupun yang belakang. Ramai perempuan yang merasakan mereka lawa, lantas memakai mekap berinci-inci serta minyak wangi bertangki-tangki.

Bagi golongan lelaki pula, ramai yang merasakan mereka 'laris dan macho' kalau berdampingan dengan ramai wanita lantas mereka menyimpan teman wanita keliling pinggang. Ramai lelaki yang merasakan mereka macho kalau merokok. Ramai lelaki yang merasakan mereka bergaya dengan berseluar pendek. Ramai lelaki yang meraksakan mereka gagah kalau membelasah dan membuli orang lain.

Bagi golongan yang tersebut sedarlah yang penyakit anda sangat serius dan memerlukan rawatan. Kata orang, kalau sudah lawa buat apa pun lawa. Kalau sudah kacak, pakai apa pun kacak. Anda tidak perlu melanggar batas syara' untuk kelihatan lawa dan kacak.

Hakikatnya, setiap manusia memiliki kecantikannya yang tersendiri. Mungkin anda tidak begitu cantik daripada segi paras rupa tetapi anda boleh menjadi lebih cantik daripada orang yang cantik daripada segi akhlak dan budi pekerti. Tambahan pula, cantik itu adalah perkara yang bersifat subjektif. Tidakkah anda terfikir yang perbuatan anda mendedah anggota badan yang haram didedahkan itu barangkali cantik bagi anda tetapi maha buruk dan keji di sisi Allah. Dan mungkin juga anda melihatkan sebagai cantik tetapi orang lain jijik dan meluat melihatnya.

1 comment:

hanaa zhari said...
This comment has been removed by the author.