Pages

27 July 2009

Ulang Tahun Pertama

Alhamdulillah hari ini genaplah usia blog ini setahun. Sepanjang tempoh setahun yang lepas saya telah berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan penulisan yang sekurang-kurangnya dapat memberi secebis manfaat kepada para pembaca sekalian.

Sehingga ke hari ini saya telah menulis lebih 80 post yang terdiri daripada pelbagai bidang sama ada bidang keagamaan, politik, seni dan lain-lain yang kebanyakannya saya tulis dalam Bahasa Melayu meskipun terdapat beberapa post yang ditulis dalam bahasa lain. Ini kerana saya merasakan hanya melalui Bahasa Melayu saya dapat menterjemahkan segala kreativiti dan bermain dengan bahasa untuk menyampaikan maksud dalam bentuk tersurat mahupun tersirat.

Dengan rendah hati saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada para pembaca sekalian yang terkesan secara negatif daripada penulisan saya baik kerana kelemahan yang terdapat dari segi kandungan penulisan itu sendiri mahupun dengan sebab-sebab lain.

Menerima lebih 2000 kunjungan dengan purata 5 kunjungan setiap hari merupakan suatu pencapaian yang membanggakan bagi seseorang yang tidak popular seperti saya. Justeru, kepada mereka yang memberi sokongan dalam bentuk teguran, nasihat dan komen saya ucapkan jutaan terima kasih dan berharap agar anda dapat meneruskan sokongan anda terhadap penulisan saya.


Sekian, wassalam.

2 comments:

mastura said...

Selamat Hari Ulang Tahun diucapkan buat Blog ini... (^_-)v

Anonymous said...

pe lg syed??blanje la mkn pizza sempena ulang taun blog ko..haha