Pages

03 July 2009

Kalau Bertanya Biarlah Padan

Soalan mempunyai banyak fungsi. Fungsinya yang paling utama adalah untuk mendapatkan maklumat atau jawapan. Kebanyakan orang merasakan ini sahaja fungsi soalan walhal soalan boleh digunakan untuk bertegur sapa atau bermesra, untuk menafikan sesuatu, memerli mahupun untuk menunjukkan kemarahan.

Contoh yang biasa dalam kalangan orang Melayu apabila melihat kenalan mereka sedang menyidai baju atau makan mereka akan berkata, "Sidai kain ke?" atau "tengah makan ke?". Adakah ini bermaksa orang yang bertanya mahukan jawapan atau sudah buta dan tidak dapat melihat sememangnya kenalannya itu sedang menyidai baju atau makan? Semestinya tidak, soalan tersebut adalah suatu bentuk sapaan atau cara untuk bermesra.

Peranan soalan yang sangat penting sehingga Allah merekodkan firman-Nya dalam Al-Qur'an [Surah Al-Maidah: 101]:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَسْأَلُواْ عَنْ أَشْيَاء إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُواْ عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللّهُ عَنْهَا وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu tanya tentang perkara yang jika diterangkan kepada kamu nescaya akan memberi kesusahan kepada kamu. Dan jika kamu bertanyakan tentangnya sedang ketika itu diturunkan ayat Qur'an nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan kamu daripada perkara-perkara itu dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha pengasihani."

Rajin bertanya merupakan suatu amalan yang baik kerana melalui bertanya, kita akan mempelajari perkara baru dan memahami perkara yang kita tidak fahami sebelumnya. Bahkan pertanyaan sahabat kepada Rasulullah kadang-kadang menjadi sebab nuzul kepada suatu ayat atau sebab wurud hadith. Jadi tiada ragu lagi sesungguhnya amalan bertanya itu merupakan salah-satu sumber ilmu.

Tetapi mengapakah Allah melarang kita bertanya menerusi firman-Nya yang di atas? Bukankah amalan bertanya itu berfaedah? Haruslah kita faham bahawa larangan yang Allah kemukakan di atas adalah berkaitan dengan pertanyaan berlebihan yang tidak memberi manfaat malah membawa kesusahan kepada orang yang bertanya.

Untuk menerangkan lagi maksud ayat di atas telah dikhabarkan bahawa suatu ketika di zaman rasul seorang sahabat datang bertanya kepada baginda tentang haji, katanya, "Wahai Rasulullah, adakah haji itu wajib dikerjakan setiap tahun?". Rasulullah tidak mengendahkan soalan tersebut. Sahabat tadi bertanya sekali lagi dengan soalan yang sama. Rasulullah tetap tidak mengendahkan soalan sahabat tadi lantas membuatkannya bertanya untuk kali ketiga. Kali ini Rasulullah menjawab dengan mukanya yang merah padam:

"Hampir sahaja aku menjawab ya dan sekiranya aku menjawab ya, maka akan ditimpa ke atas kamu kesusahan (kerana wajib mengerjakan haji setiap tahun)."


Daripada sini kita dapat lihat betapa marahnya Rasulullah kepada orang yang bertanya soalan yang tidak memberi faedah bahkan menyusahkan diri orang yang bertanya. Tidak cukup dengan itu, ada juga orang yang bertanya sebagai tanda kufur kepada Allah.

Telah dirakamkan dalam Al-Qur’an tentang kisah Bani Israel sebagaimana yang berikut [Surah Al-Baqarah 68-73]:

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُواْ بَقَرَةً قَالُواْ أَتَتَّخِذُنَا هُزُواً قَالَ أَعُوذُ بِاللّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ {67} قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لّنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لاَّ فَارِضٌ وَلاَ بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُواْ مَا تُؤْمَرونَ {68} قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاء فَاقِـعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ {69} قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ إِنَّ البَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِن شَاء اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ {70} قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لاَّ ذَلُولٌ تُثِيرُ الأَرْضَ وَلاَ تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لاَّ شِيَةَ فِيهَا قَالُواْ الآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُواْ يَفْعَلُونَ {71} وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْساً فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا وَاللّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ {72} فَقُلْنَا اضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَا كَذَلِكَ يُحْيِي اللّهُ الْمَوْتَى وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ {73


"[67]Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.[68]Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.

[69
]Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”.[70]Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”.

[71
]Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”. Mereka berkata: “Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

[72
]Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.[73]Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya."


Dalam ayat tersebut Allah menceritakan ketika mana salah seorang daripada kaum Nabi Musa (Kaum Yahudi) telah dibunuh tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Maka mereka pun meminta supaya Nabi Musa memohon kepada Allah supaya menunjukkan siapakah pembunuhnya lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya memerintahkan kaumnya menyembelih seekor sapi betina dan memukul mayat tersebut dengan sebahagian anggota sapi tersebut supaya mayat tersebut hidup kembali dan memberitahu siapakah pembunuhnya.

Tetapi Kaum Yahudi yang amat terkenal dengan kedegilan dan keingkaran mereka sengaja bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya walhal mereka sebenarnya tidak rela melakukan perintah tersebut dan sekadar berdolak-dalih untuk menderhakai perintah Allah walaupun pada akhirnya mereka terpaksa juga mengerjakan perintah tersebut dan mereka hampir-hampir tidak berdaya melaksanakannya (untuk maklumat lanjut sila lihat Tafsir Al-Maraaghi).

Soalan-soalan sebeginilah yang dilarang oleh Allah bukan soalan-soalan yang bermaksud untuk menambah kefahaman. Jadi kesimpulannya bertanyalah, tetapi pastikan pertanyaan anda itu kena pada tempatnya.

1 comment:

MaO said...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Syed~
:D

just askin' bout ur opinion on this blog:
http://mistisfiles.blogspot.com

been there for quite a time.
quite famous it seems.
maybe u already knew well bout it.

aku tem boring2 bace gak a.
about matrix, etc etc..~

is it reliable, in ur opinion?
and also about some other blogs yang theme of their contents macam lebih kurang about the same---
what's your opinion about them? Should I strongly read with care?
=..=

been doin' my own research bout the freemasonry and stuffs.

but u know... the net is not that reliable. I can't just believe bulat-bulat about everything on the net.

=.="