Pages

07 July 2009

Jawabku kepadamu Bulan

Semalam saya menonton filem Sepi yang mungkin bagi sesetengah orang agak ketinggalan kerana filem tersebut adalah filem yang agak lama. Walaubagaimanapun filem tersebut telah berjaya memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan sebuah sajak setelah sekian lama saya tidak berkesempatan dan kekurangan buah fikiran untuk berkarya.

Antara isi kandungan sajak ini adalah berupa jawapan kepada beberapa persoalan yang diutarakan dalam filem tersebut dan dalam masa yang sama respon terhadap sajak yang juga terdapat dalam filem tersebut. Kepada para pembaca, hayatilah, nikmatilah dan fahamilah. Semoga memberi manfaat kepada anda sekali supaya hidup dalam dunia realiti.

Jawabku kepadamu Bulan

Kenapa berjumpa kalau untuk berpisah?
Mengapa Tidak?
Siapakah yang membuat perjanjian,
Yang pertemuan itu akan berkekalan?

Kenapa ditakdirkan berjumpa kalau bukan untuk bersama?
Mengapa tidak?
Siapa yang memberi jaminan,
Bersama itu mengertikan kebahagiaan?

Mengapa sampai begini?
Mengapa tidak?
Kebahagiaan bukan milik setiap insan,
Kerana pasti ada yang perlu dikorbankan,

Ini bukan takdir,
Jangan dipersalahkan,
Jangan dikesalkan,
Tiada seorang pun yang layak ditinggalkan kesepian,
Tapi pemergian itu suatu yang pasti,

Aku menjawabmu bulan, meski engkau tak bisa bertanya,
Biar orang-orang yang dangkal itu tahu,
Mereka meminta daripadamu suatu pembelaan,
Mengharapkankau menghadiahi mereka kebahagiaan,
Sedangkan nasibmu sendiri pun,
Tidak mampu kaucorakkan....

7 comments:

Raafiq said...

wow abg syed~

Syauqani said...

sejak biler jd jiwang ni...hahaha

zamzira said...

syed mmg jiwang. ko tgk lirik2 mohabatein dye..
pergh! jiwang..

Ribbet said...

Tangkap. Gol.

hanaa zhari said...

bila syed bsajak..

Anonymous said...

waaaah~
sajak..
ko karang..
dh lame aku xdtg ziarah tgok sjak2 ko nie~
haha;D

Anonymous said...

im disgrace by your lines..