Pages

03 June 2009

Pernahkah Anda Terfikir?

Kita sebagai umat Islam mendakwa tuhan kita, Allah sebagai satu-satunya tuhan yang wujud dan layak disembah. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang menganut agama lain juga mendakwa perkara yang sama yakni tuhan mereka sahaja yang layak disembah.

Kita sebagai umat Islam mendakwa agama kita, Islam sebagai satu-satunya agama yang benar. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang menganut agama lain juga mendakwa perkara yang sama.

Kita sebagai umat Islam mendakwa hanya mereka yang seagama dengan kita sahaja yang akan masuk syurga. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang beragama lain juga mendakwa hanya golongan yang seagama dengan mereka sahaja yang akan masuk syurga.

Jadi dengan dua bentuk dakwaan yang berbeza seperti ini, bagaimana dapat kita mengenalpasti yang mana satu yang benar? Tuhan manakah yang benar? Agama manakah yang benar? Jawapan daripada saya adalah sebagaimana yang berikut:

Tuhan yang benar itu adalah tuhan yang menciptakan agama yang benar. Agama yang benar itu adalah agama yang mengandungi ajaran yang benar. Ajaran yang benar itu adalah ajaran yang menepati fitrah mereka yang dimaksudkan untuk mengamalkan ajaran tersebut.

Logiknya, tuhan yang sebenar itu adalah pencipta segala sesuatu daripada tiada, sekaligus menjadikan-Nya maha arif dengan ciptaan-Nya. Justeru, tuhan yang benar itu semestinya menjadikn suatu agama yang menepati fitrah kejadian makhluk-Nya supaya ajaran agama tersebut dapat diamalkan.

Lihatlah ke dalam Islam, nescaya tidak akan anda temui satu perkara pun yang bertentangan dengan fitrah manusia. Tidak seperti agama lain, contohnya, agama Budha melihat kehidupan itu seluruhnya sebagai suatu penderitaan semata-mata maka diajarkan kepada penganutnya untuk meninggalkan kehidupan dunia dan berbakti sepenuhnya kepada kehidupan selepas mati dengan bermeditasi dan bertapa. Sami-sami Budha pun dilarang berkahwin dan ada sesetengah yang mengasi diri (memotong kemaluan). Islam tidak sebegini, Islam menyuruh penganutnya berusaha menikmati hidup dunia dan dalam pada masa yang sama bersedia untuk akhirat kerana Islam tahu fitrah manusia itu mahu akan kesenangan dan keselesaan hidup.

Agama Hindu pula mengajarkan penganutnya supaya membuat pengorbanan dengan menyakitkan diri sendiri kononnya untuk menyucikan diri daripada dosa atau membayar nazar. Lihat saja setiap kali perayaan Thaipusam, orang Hindu mencocok tubuh mereka dengan besi-besi tajam. Lihat juga upacara pembersihan dosa sebagaimana dalam post ‘Sungai Gangga’. Islam tidak mengajar perkara ini, Islam mengajar penyucian dosa itu dilakukan dengan taubat yakni penyesalan terhadap perbuatan buruk yang telah dilakukan, meminta ampun dengan tekad untuk tidak mengulanginya lagi.

Lihat pula agama Kristian dengan kepercayaan Trinitinya. Entah bagaimana tiga entiti berbeza boleh wujud sebagai satu tuhan. Bayangkan bagaimana tuhan yang dipercayai oleh orang-orang Kristian menghinakan diri menjelma sebagaimana rupa ciptaannya untuk tujuan kononnya membersihkan dosa manusia sejagat. Jika benar Jesus itu adalah tuhan, dia tidak perlu disalib untuk membersihkan dosa manusia, dia cuma perlu kata "jadi" maka akan jadilah perkara yang dikehendaki itu kerana tuhan itu mempunyai kekuasaan ke atas segala sesuatu.

Tidak cukup dengan itu, bagaimana seorang paderi boleh memaafkan dosa seorang yang lain hanya dengan bayaran sejumlah duit? Kalau ini benar maka manusia boleh membuat sebanyak mana kerosakan, kemusanahan dan kezaliman yang mereka suka kerana mereka mampu memperoleh keampunan dengan mudah iaitu hanya dengan berjumpa paderi, mengakui kesalahan dan membayar sejumlah wang.

Lihat pula penganut agama Yahudi yang mendakwa diri mereka sebagai umat pilihan tuhan. Demi menakluki Palestin yang mereka dakwa sebagai tanah yang dijanjikan buat mereka oleh tuhan, mereka sanggup membunuh ratusan ribu nyawa. Mereka bersikap dengan sifat kebinatangan dan tidak berperikemanusiaan. Islam tidak pernah mengajar penganutnya bermusuhan atau berperang dengan penganut agama lain. Malahan Islam mengajar penganutnya supaya berbuat baik dan menyebarkan dakwah secara berhikmah.

Kesimpulannya, kebenaran itu adalah mudah untuk dikenalpasti jika kita menggunakan akal yang waras dan hati yang terbuka dalam menerima kebenaran tersebut. Malangnya, terdapat ramai orang yang mengetahui kebenaran tetapi sengaja tidak mahu menerimanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

1 comment:

Anonymous said...

realitinya,terdapat segilintir alhi theologist yg berpndapat bhw agama islam juga bukanlah agama yg benar..hal ini dibuktikan dgn dakwaan islam membenarkan keganasan berleluasa,pengeboman berani mati yg dilakukan besar2an oleh penganut islam terhadap org awam,peperangn dan kekejaman antr sesama saudara sendiri..hal ini scr tidak langsung merumuskn pemikiran stereotaip golongn barat:islam+arab=terrorism..sesungguhnya agama yg suci itu akn tercemar kesuciannya dgn perilaku penganutnya...maka tidak hairan jika islam dikatakan agama yg tidak sempurna disebabkn oleh si penganutnya