Pages

13 June 2009

Kerajaan Perpaduan

Saya tidak faham dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS. Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan? Adakah ini bermakna PAS bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam membentuk kerajaan? Bagimana pula dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang? Apa mungkin PAS akan menjadi salah-satu anggota BN? Semuanya kurang jelas.

Walaubagaimana pun saya melihat idea ini sebagai idea yang bernas. Meskipun strukturnya kurang jelas, cadangan ini saya lihat dapat membawa faedah yang banyak terutama kepada orang-orang Islam di negara ini.

Antara faedahnya adalah mempermudah proses merealisasikan perjuangan PAS dan impian orang Islam dalam menubuhkan negara yang mengamalkan Islam secara menyeluruh. Saya merasa pelik terdapat pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Adakah mereka rasa mereka boleh mendapatkan Islam daripada DAP? Apakah mereka lebih gemar bekerjasama dengan orang-orang kafir yang terang-terangan menolak Islam berbanding dengan orang Islam yang menginginkan Islam?

Selain itu, cadangan ini dapat mengamankan atau menyatu-padukan kembali Umat Islam di Malaysia yang telah lama berpecah dek kerana perbezaan fahaman politik. Adakah pemimpin PAS yang menentang cadangan ini tidak mahu melihat Umat Islam di negara ini kembali berpadu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Perpaduan juga secara tidak langsung dapat menghapuskan amalan kafir-mengkafir antara satu sama lain dengan hanya sebab perbezaan fahaman politik yang mana sangat dimurkai oleh Allah.

Saya tidak dapat melihat apa rasionalnya untuk idea ini ditolak. Bagi saya idea ini adalah idea yang baik.

6 comments:

Anonymous said...

Kerajaan perpaduan bukan bermaksud PAS+UMNO. Kerajaan pepaduan bermaksud setiap parti dalam parlimen mempunyai wakil dalam kabinet.

~nama

syfadh said...

saya sangat kagum dengan keluasan ilmu saudara/i nama, kefahamannya tentang kerajaan perpaduan lebih mendalam daripada perdana menteri malaysia sendiri kerana beliau sendiri mengakui yang beliau belum faham dengan konsep kerajaan perpaduan tetapi saudara/i nama sudahpun mampu memperbetulkan kesalahan saya.

melalui pembacaan saya di Harakah Daily, kerajaan perpaduan adalah kerajaan tanpa pembangkang atau dlm bhs lebih mudah gabungan antara BN dan PR supaya tiada puak pembangkang di Malaysia. ini pautannya:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021265&Itemid=85

beserta ini:
http://detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=590

dan jika benar sekalipun apa yang anda katakan saudara/i nama, apa masalahnya dengan post penulis?

kurosagi said...

saudara,saya setuju dgn pendapat saudara yg menginginkan perpaduan..tapi bagi pendapat saya kenapa sesetengah atau mgkin lebih jelas lagi mursyidul am Pas menolak pembentukan kerajaan tersebut adalah kerana mungkin pada pandngan mursyidul itu sendiri melihat tiada kejayaan atau jalan kepada pembentukan sistem kerajaan islam atau sistem khalifah dapat dilaksanakan jika terbentuk kerajaan perpaduan.

kurosagi said...

saudara,saya setuju dgn pendapat saudara yg menginginkan perpaduan..tapi bagi pendapat saya kenapa sesetengah atau mgkin lebih jelas lagi mursyidul am Pas menolak pembentukan kerajaan tersebut adalah kerana mungkin pada pandngan mursyidul itu sendiri melihat tiada kejayaan atau jalan kepada pembentukan sistem kerajaan islam atau sistem khalifah dapat dilaksanakan jika terbentuk kerajaan perpaduan.

marwan_amz said...

Mungkin saudara penulis yang bijak pandai ini boleh menerangkan bagaimana PAS mampu merealisasikan kerajaan ISLAMnya dengan menyertai kerajaan perpaduan? Saya tersangat ingin mendengarnya....:-)

syfadh said...

Islam itu telah lama wujud dalam kedua-dua PAS(PR) dan UMNO(BN). Cuma apa yang perlu adalah penambahbaikan tahap keislaman dalam kedua-dua parti tersebut dan kesefahaman antara keduanya.

Kerajaan Islam hanya akan menjadi realiti dengan kesepakatan orang Islam.

Adalah suatu perkara yang mustahil untuk mendapatkan negara Islam daripada orang kafir kerana yang tersebut itu telah dijanjikan oleh Allah sendiri bahwa org kafir tidak akan pernah senang dengan org Islam apatah lagi ajaran Islam.

Dan adalah hampir kepada mustahil untuk berjuang berseorangan untuk merealisasikan negara Islam sedang org Islam sendiri bertelingkah antara satu-sama yang lain dek perbezaan fahaman politik mereka.

Jadi di situlah kerajaan perpaduan itu berperanan sebagai jalan mengukuhkan umat Islam. walaupun bakal ada org kafir dalam pakatan tersebut. Apalah daya mereka tatkala Islam telah benar-benar kukuh.

Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh sejarah. Apabila perpaduan Islam itu telah kukuh, maka tiada apa daya pun yang mampu menghalang kebangkitannya.