"Assalamualaikum, welcome to my blog. This is a medium for me to publish my opinions. Hopefully there would be benefits for all readers. Feel free to give your comment by clicking 'comment' after each post. Correct me should there be any mistake within my post but be responsible by providing your name together with every comment. Thank you." -syfadh-

08 June 2009

Ahlul Bait, Syed dan Sharifah 2

Penulis tertarik untuk membangkitkan kembali isu ini memandangkan penulis telah menerima respon yang agak menarik walaupun berupa kecaman terhadap penulisan penulis bahkan ada juga yang cuba mencederakan kredibiliti penulis dan cuba menuduh penulis menyebarkan fahaman yang sesat.

Penulis telah mengulang-ulang banyak kali di dalam penulisan penulis yang bahawasanya orang yang bijaksana itu adalah orang yang membaca dengan akal yang waras dan bukannya emosi semata-mata.

Isu yang penulis ingin bangkitkan di sini adalah lebih khusus mengenai perkahwinan Syed dan Sharifah memandangkan ada yang tidak berpuas hati dengan penulisan penulis sebelum ini. Ini adalah sebagai sampingan kepada jawapan yang telah penulis sertakan dalam post bertajuk sama yang lalu.

Jika dibaca dengan teliti dan dengan akal yang waras, penulis tidak pernah sama-sekali mengharamkan mahupun melarang perkahwinan antara Syed dan Sharifah. Sebaliknya penulis mengecam tindakan segolongan mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah yang melarang keras perkahwinan mereka dengan golongan yang bukan Syed atau Sharifah seolah-olah ini adalah suatu larangan yang ditetapkan oleh syara'.

Golongan ibu bapa sanggup melihat anak mereka merana dikahwinkan dengan paksa dan bukannya dengan pilihan hati mereka walaupun pilihan mereka itu juga adalah pilihan yang agak baik semata-mata untuk menegakkan pendirian mereka yang tersebut. Kononnya mereka terasa lebih mulia berbanding dengan orang yang bukan Syed atau Sharifah.

Ada juga yang cuba menghentam penulis dengan alasan kufu yang ditetapkan oleh Shariah dalam perkahwinan. Penulis bawakan hujah yang menyokong pendapat mereka di sini. Sungguhpun begitu hujahan ini tidak pula mengatakan yang perkahwinan Syed dan Sharifah dengan mereka yang bukan seketurunan dengan mereka itu adalah haram dan tidak sah. Hujah di sini menyatakan yang wali berkuasa menghalang perkahwinan mereka dengan alasan kufu tetapi jika perkahwinan mereka itu mampu menghalang keburukan maka sah perkahwinan walaupun dinikahkan dengan wali hakim.

Dan lagi, soal kufu ini wujud apabila Sharifah ingin berkahwin dengan bukan Syed dan bukannya Syed ingin berkahwin dengan bukan Sharifah. Maka mengapa terdapat juga tentangan yang menghalang seorang Syed daripada berkahwin dengan bukan Sharifah? Apa pula alasan untuk merasionalkan tindakan ini?

Apa yang penulis cuba tekankan adalah penulis amat tidak bersetuju dengan perbuatan membeza-bezakan antara keturunan Syed dan Sharifah dengan yang bukan Syed dan Sharifah melalui jalan menghalang perkahwinan antara keduanya. Ini berikutan ketaksuban terhadap keturunan ini bukanlah salah-satu ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Alasan untuk mengatakan perkahwinan antara Syed dan Sharifah dengan mereka yang bukan seketurunan dengan mereka tidak sah di sisi agama tidak terguna pakai di sini memandangkan memandangkan perkahwinan tersebut sah dengan kerelaan wanita itu sendiri dan keizinan wali.

Penulis dapat merasakan ada mereka yang cuba mencederakan kredibiliti penulis demi menegakkan tradisi yang diamalkan oleh keturunan mereka. Penulis sendiri adalah berketurunan Syed jadi tidak perlu dibimbangkan kerana penulis tiada niat langsung untuk mencemar kehormatan ahli bait tetapi sekadar mengkritik amalan taksub keterlaluan terhadap keturunan.

Jadi kesimpulannya di sini penulis berharap agar di masa-masa yang akan datang para pembaca sekali akan lebih berakal ketika membaca penulisan penulis supaya apa yang ingin disampaikan adalah jelas dan terang dan bukan disalahertikan sehingga membawa kepada perbuatan yang cuba menuduh penulis menyebarkan ajaran sesat. Sesungguhnya tuduhan itu amatlah berat dan tidak dapat ditanggung oleh penulis.

Sesungguhnya Allah itu menjadi saksi yang penulis tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan kehormatan ahli bait apatah lagi menyebarkan ajaran sesat. Sekali lagi penulis akan menerangkan maksud penulis adalah tidak bersetuju dengan amalan taksub kepada keturunan ahli bait dan amalan seolah-olah mengharamkan perkahwinan antara Syed dan Sharifah dengan mereka yang tidak seketurunan dengan mereka seakan-akan ini adalah suatu larangan yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya.

32 comments:

Syauqani said...

aku rase orang-orang syed dgn syarifah ni diorang xpham agama sebenarnya....

dalam islam pun memang tade beza antara sesama manusia melainkan taqwa....

bila dah fanatik...yang salahjadi betul..yang betul jadi salah..ni la masyarakat yang xnk dalami ilmu agama....yang adat dikata agama....

Anonymous said...

apakah wujud perbedaan antara orang kaya dan miskin? Pasti wujud bukan.

ya benar, yang penting di sisi Allah ialah taqwa. Tapi dalam hidup ini ada aturannya.Sebab itu sodara bisa belaja ilmu hukum bukan?

Anonymous said...

Sodara bisa celupar sekali menghina para ahlul bait. Bertobat lah.. Jika tidak ketahuan, sila cari ilmu tentangnya. Bukan menuturkan kata-kata yang jelas kejahilannya.

syfadh said...

Berikut saya salin kembali komen pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai 'nama' untuk mempermudahkan pembacaan para pembaca yang lain:

ana xpernah pertikai kedudukan anak lelaki ahlul bait yang berkahwin dgn org awam..yg dipertikaiadalah kddkn anak perempuan...tmbh pulabila ia dikatakan adat..pdhl ia termaklm sbg hukum agama..

kufu' itu bukan tertakluk kpd ahlul bait sh..tp kslrhn umt isla..

rujuk : http://www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=18

http://www.asyraaf.net/v2/buku/kafaah_syarifah/bab8.php

http://www.asyraaf.net/v2/artikel.php?op=2&id=5

Saidina Umar : "Aku melarang wanita-wanita dari keturunan mulia (syarifah) menikah dengan lelaki yang tidak setaraf dengannya".

Rasulullah :"Amat keras murka Allah swt atas orang-orang yang menyakiti aku di dalam hal keturunanku".

Rasulullah : "Kenapa masih ada orang-orang yang masih menggangguku melalui nasab dan kerabatku? Barang siapa mengganggu nasabku dan kaum kerabatku berarti ia menggangguku, barang siapa menggangguku berarti ia mengganggu Allah SWT".

Imam Syafi'i berkata: Jika perempuan yang dikawinkan dengan lelaki yang tak sepadan (tidak sekufu') tanpa ridhanya dan ridha para walinya, maka perkawinannya batal.

Imam Hanafi berkata : Jika seorang wanita kawin dengan pria yang tidak sederajat (tidak sekufu') tanpa persetujuan walinya, maka perkawinan tersebut tidak sah dan wali berhak untuk menghalangi perkawiwinan wanita dengan pria yang tidak sederajat tersebut atau hakim dapat memfasakhnya, karena yang demikian itu akan menimbulkan aib bagi keluarga.

Imam Ahmad berkata: Perempuan itu hak bagi seluruh walinya, baik yang dekat ataupun jauh. Jika salah seorang dari mereka tidak ridha dikawinkan dengan laki-laki yang tidak sederajat (tidak sekufu'), maka ia berhak membatalkan.

Riwayat lain dari Ahmad, menyatakan : bahwa perempuan adalah hak Allah, sekiranya seluruh wali dan perempuannya sendiri ridha menerima laki-laki yang tidak sederajat (tidak sekufu'), maka keridhaan mereka tidaklah sah.

syfadh said...

ini pula respon penulis kepada 'nama':

terima kasih kepada saudara/i yg memberi respon di chatbox. saya lebih gemar dgn pendekatan yg anda gunakan pada kali ini kerana lebih bersifat ilmiah dan sunyi drpd tuduhan2 melulu serta aman drpd fitnah yg mengatakan saya cuba menyampaikan ajaran songsang.

Saya sudah membaca laman web yg anda syorkan kepada saya. Walaubagaimanapun saya amat tidak berpuas hati dengan kenyataan yg terdapat di laman: http://www.asyraaf.net/v2/buku/kafaah_syarifah/bab8.php

secara ringkasnya menyatakan org yg bukan syed berkahwin dengan sharifah itu telah melecehkan hadith Rasulullah, munafik, anak yg lahir dari hasil yg tidak suci dan sebagainya.

jika tuduhan sebegini keras adalah benar maka Uthman bin Affan lah org pertama yg telah melecehkn hadith nabi, munafik dan lahir drpd jalan yg tidak suci kerana dia bukannya berketurunan nabi tetapi berkahwin dengan anak nabi bukan seorang malah dua org.

Saya merasakan pentafsiran terhadap perkataan "memutuskan hubunganku" dlm hadith tersebut adalah tidak tepat. kerana bercanggah dengan 'amal sahabat rapat kpd nabi sendiri. saya percaya sahabat yang telah dijamin masuk syurga ini tidak akan melanggar perintah nabi.

jika benar ini adalah suatu pengharaman maka Uthman bin Affan juga tidak sepatutnya terlepas daripada pengharaman tersebut kerana Allah itu bersifat adil.

mengenai kata2 Umar yg dibawakan oleh saudara/i saya tidak bersetuju jika dikatakan perkataan wanita berketurunan mulia itu sepatutnya diterjemahkan sebagai sharifah sahaja bahkan meliputi wanita berketurnan bangsawan atau raja dan sebagainya.

melihat pula kepada hadith yg dibawakan oleh saudara/i, saya tertanya adakah 'perkahwinan' itu boleh didefinasikan sebagai suatu 'gangguan'? tambahan pula jika perkahwinan itu suka sama suka tetapi tidak direstui oleh ibu bapa.

disamping itu adakah berkahwin dengan cucu nabi itu adalah suatu perbuatan yang menyakiti nabi?

seterusnya persoalan apakah yg mengaibkan jika seorang sharifah berkahwin dgn bukan syed? saya tidak melihat apa-apa aib melainkan org-org yg taksub keturunan yg merasakan terhina padahal sebenarnya tidak hina sama sekali.

saya sedar yg diri saya ini bukan seorang mujtahid tetapi harap maaf, saya tidak melihat hadith ini sebagai dalil yg sesuai lagi tidak qat'i utk menunjukkan pengharaman perkahwinan antara sharifah dan bukan syed.

***sekiranya terdapat sebarang respon sila isi di bahagian komen supaya lebih mudah bagi semua pihak untuk membuat rujukan. anda tidak perlu bimbang yang saya akan membuang komen anda kerana jika saya ingin berbuat demikian, komen anda di chatbox tersebut juga boleh saya buang. sekian.

syfadh said...

berkenaan komen saudara/i anonymous di atas, saya tidak pasti sama ada komen tersebut ditujukan kpd saya atau kpd saudara syauqani. jadi saya mengambil langkah utk tidak memberi respon terhadap komen tersebut.

Anonymous said...

saya rasa tiada double standart dlm Islam, kalau da jodoh terima je lah...

Anonymous said...

Semua orang keturunan nabi.. Nabi Adam (a.s.) :-P

Anonymous said...

Tiada pengharaman pun para ahlul bait berkahwin dengan orang kebanyakkan. Kecuali bg anak perempuan ahlul bait, ada sedikit kesulitan.
1. Bila tidak mendapat izin wali.(Perkara ini bukan sahaja kepada para ahlul bait, tetapi juga kepada para mslmt yang lain. Ia berkaitan dengan kufu')
2. Anak hasil dari perkahwinan dengan orang awam. Enta maklum bukan terdapat hak2 ahlul bait yang perlu dipelihara. Terutma dari segi harta zakat, ghanimah perang, dan sedekah)

Ana tidak sependapat bila enta menyebut bahawa ia sekadar adat. Fahami perkara pokok perkara ini. Ia berkaitan dengan kufu'.

Berkaitan dengan perkahwinan Saidina Uthman pula enta perlu faham kedua2nya adalah sekufu'!

~Nama

syfadh said...

kepada saudara/i nama, anda tetap tidak faham ataupun tidak mahu faham.

saya memahami persoalan kufu tersebut malangnya anda yang tidak faham apa yang saya cuba sampaikan. daripada post pertama sehingga yang kedua saya tidak merendah-rendahkan langsung soal kufu. bahkan saya tidak bercadang pun untuk membicarakan soal kufu.

saya menyebut tentang kritikan terhadap mereka yang taksub keturunan dan melarang perkahwinan antara syed dan bukan syed. hanya dengan sebab perbezaan keturunan.

memandangkan isu kufu itu adlh suatu persoalan umum. mengapa menjadi terlalu sensitif apabila terkena dengan keturunan syed dan tidak pula sensitif bila bercakap soal perkahwinan antara bukan syed dan bukan syed. mengapa sampai menuduh penulis menyampaikan ajaran songsang?

artikel yang anda jadikan hujahan tersebut juga memberi tohmahan maha dahsyat kepada bukan syed yang berkahwin dengan sharifah dengan tohmahan maha keji dengan alasan memutuskan keturunan nabi.

Melihat kepada artikel yang anda bawa sebagai hujah, jika pemutusan keturunan nabi itu menjadi suatu hujah, maka persoalan pokok bukannlah mengenai kufu tetapi untuk mewajibkan sharifah berkahwin dengan syed supaya 'pemutusan nasab' nabi tidak berlaku.

buktinya di sini: http://www.asyraaf.net/v2/buku/kafaah_syarifah/bab8.php
ini ayatnya:

"Sebaliknya jika ada orang yang bukan keturunan Rasulullah saw menikah dengan seorang syarifah, maka mereka dengan terang-terangan telah melecehkan hadits Rasulullah saw, dan orang tersebut dapat digolongan sebagai orang yang tidak menunjukkan akhlaq yang baik kepada Rasulullah saw, bahkan orang tersebut telah termasuk golongan yang menyakiti Siti Fathimah dan seluruh keluarganya."

artikel tersebut seolah-olah mengharamkan perkahwinan sharifah dengan bukan syed.

ternyata hujah yang anda bawakan tersebut tidak selari dengan apa yang anda cuba sampaikan. jadi kenyataan mana satukah yang benar?

kufu itu adalah tuntutan agama tetapi kewajipan perkahwinan antara syed dan sharifah itu bukan tuntutan agama.

Anonymous said...

1. Ana akui ada yang terlalu taksub keturunan. Itu poin mudah ana!

2.Bila enta mengatakan itu sekadar adat, ana tak setuju 100%. Ia berkaitan dengan kufu'.Tideak kira la sama ada ia dari ahlul bai atau tidak.

3. Perlu difahami, ada kalagan penulis yang terlalu keras pendiriannya. So,pandai2 la tapis.

4. melalui penulisan blog enta, ana dapat rasa enta melakukan byk perkara dalam mntfsr mklmt yang enta dapat. Ana bg contoh mudah. pertama, berkaitan soal kufu' ne..Seoalah enta menuduh ana mengharamkan perkahwinan antara ahlul bait dan org awam. Walhal, tak pernah sekali ana mengeluarkan pendapat sebegitu. Ana sekadar mengambil pndgn tokoh2 islam lain berkaitan hal ini! Sebab itu ana tulis siapa yang menukilkan kata2 tesebut.

Kedua berkaitan kerajaan perpaduan,penulisan latest enta. Nampak sangat enta tidak betul2 mengkaji sebelum menulis!

~nama

syfadh said...

1. sekiranya anda bersetuju dengan usul taksub keturunan tersebut, maka tiada apa-apa yang songsang dalam penulisan saya. kerana apa yang penulis cuba sampaikan adalah mereka yang taksub keturunan cuba menjadikan adat perkahwinan antara syed dengan sharifah sebagai suatu tuntutan syara' walhal itu bukan tuntutan syara' kerana tidak semestinya sharifah berkahwin dengan syed. dia hanya perlu berkahwin dengan dengan org yg sekufu dengan nya.

(a) sharifah mesti berkahwin dengan syed = adat

(b) sharifah berkahwin dengan yang sekufu dengannya = tuntutan syara'

penulis mengkritik yang bernombor (a) bukannya (b), jadi apa masalahnya di sini?

seterusnya, maka dengan kata anda yang sebegitu apakah gunanya anda menyertakan artikel yang tidak berkaitan sebagai suatu hujahan? mengapa anda tidak menapisnya sebelum menjadikannya sebagai hujahan?

2. baca kembali ayat saya, saya bukan kata anda yang mengharamkan perkahwinan tersebut. saya bertanya apa relevannya artikel tersebut dijadikan hujah. ini ayat saya:

"artikel tersebut seolah-olah mengharamkan perkahwinan sharifah dengan bukan syed.

ternyata hujah yang anda bawakan tersebut tidak selari dengan apa yang anda cuba sampaikan. jadi kenyataan mana satukah yang benar?"

maka ayat mana satukah yang berbentuk tuduhan kepada anda?

3. pentafsiran maklumat itu adalah suatu bentuk yang lazim kepada setiap penulis. setiap penulis sememangnya perlu mentafsirkan maklumat sebelum menulis.

seterusnya soal kerajaan perpaduan, adalah menjadi hak penulis untuk bersetuju atau tidak dengan idea tersebut yang mana dikukuhkan lagi dengan hujah penulis. tambahan pula persoalan tersebt tidak berkaitan dengan perkara yang tidak boleh diperselisihkan.

jadi kesalahn penulis yang mana satukah yang cuba anda bangkitkan lagi?

saya melihat perbincangan ini tidak lagi berunsur ilmiah. dimulakan dengan cara yang tidak elok dan diakhiri juga dengan cara yang tidak elok.

hazwan garsides said...

alahai syed,aku bace pon dah penat dah.nie la pulak nak komen.hurmph,bg aku tu nak kawen tu kawen jela.habis crite.kalau name xde sharifah p la JPN g bubuh sharifah.syed kalo ko ade adek ppuan bgtau ek.aku nak g bubuh name syed depan name aku :D

afieyq said...

kepada siapa yg bukan dari keturunan syed/syarifah ni baik anda berdiam diri lagi baik sbb mereka dari golongan syed/syarifah ni sahaja yg tahu akan kiafiat akan keturunan ini.. lebeh baik anda mencari ilmu tentang kuturunan ini dahulu sblum mmbuat sbarang posting tentang golongan syed/ syarifah ini..
harap maklum..

Budak Malu818 said...

salam kepada PENULIS..
ana hrap,baik ente jumper sndrik dengan sesiapa,yang bername syed@syarifah..adalah lebih tahu,sekiranya ente berjumpa dan dpatkan pandangan dari orang2 yang mengetahui dari dudok menulis berdasarkan daripada orang2 yang tidak tahu menahu..

YuNa Al-Idrus said...

Hello syauqani, ...bukan semua tau..
I tak cam tu..
TOLONG BAIKI ayat tu..

syfadh said...

seorang pembaca yang menggelar dirinya syrfh menghantar komen ini di chatbox:

i suka dgn blog ni...tolong abang lebih banyak kaji agar i tau yang sebenarnye..di dunia ni tidak ada yg berbeza..n Rasulullh manusia yang sempurna n bijaksana..ape mungkin ade tentangan keras hukum

please beri i blog lebih lantang n fakta..cos i have problem with my family cos i want marriage dengan bukan syed

i tidak setuju if selain ahli bait dia tidak mudah dapat surga..my family always doktrin me about syed n syarifah but i think rasululllah itu manusia bijak.apa rasul tega sangat lihat umatnya bersedih

-syrfh-

muhammad said...

Cukuplah sebuah hadith sebagai pengajaran dimana baginda bersabda yang bermaksud :

"Syurga itu bagi mereka yang taat sekalipun keturunan hamba lagi hitam kulitnya. Manakala neraka itu bagi mereka yang derhaka walaupun daripada keturunan Syed dari bangsa Quraish."

Anonymous said...

erm... tkot plak bce sume coment2 korang.... akak saya dah 3 orang kwin ngan non-syed... ptot la abah sy brtegas sgt ngan dorng sbelum kwin 2... smpai bergegar umah 2... there's lot things that we(his son n daughter)don't aware of.... sdeh plak... but now i'm aware of that....... HAPPINESS 4 ALL HIS SONS N DAUGHTERS... :(....

Anonymous said...

saya dah baca smua komen...ini pandangan peribadi saya. Sebagai umat Islam, kita sudah tahu bahawa kita kenalah cari jodoh berdasarkan rupa, agama, harta & keturunannya. Isu nya simple saje.

rupa: elok atau tak
agama: iman & taqwa nya
harta: terpulang pada pandangan masing2
keturunan: yang baik

sekarang, isunya bab keturunan ni. pada saya, tak kiralah syed sharifah ke tidak. sedangkan kerabat raja pun tak taksub begini. yang penting, keperibadiannya. kalau bukan syed sharifah, tak bererti jahat orangnya, betul tak? bukan semua syed sharifah yang baik pekertinya, takkan org macam tu nak dijadikan suami/isteri?

isu begini perlu kita guna akal fikiran yg Allah swt kurniakan, bukan ikut nafsu/adat/amalan. kita kena paham, dosa/pahala kita tak bertambah/berkurang hanya kerana keturunan kita. di akhirat nanti, amalan kita yg jadi ukuran, bukan keturunan tu yg nak selamatkan kita dari api neraka, betul tak?

sebagai contoh, kalau ibubapa baik & alim, tak semestinya anaknya tu begitu. camtu jugakla sebaliknya. kalau kita berkeras tak setuju dgn perkahwinan anak2 dgn org bukan keturunan kita, nampak macam menafikan jodoh yg Allah swt tentukan. Hah, baik ke camtu?

kita sgt digalakkan kembangkan zuriat dgn perkahwinan campur. jadi, apa salahnya?

semua ni kita boleh fikir secara logik. jadi, fikir2kanlah. tiada apa yg membezakan kita di akhirat nanti kecuali amalan semasa hidup. wallahualam....

zuhrah said...

kedua-dua orang tua saya dari keturunan ahlulbait, dari seorang ulama besar, dan wali allah, serta bersambung nsab dengan beberapa rijalul-ghaib dari jajaran imam hussein. tetapi kami sendiri tidak lagi menggunakan pangkal nama syed dan syarifah. bukan-lah nasab dan keturunan dengan manusia tidak penting, tetapi yang lebih utama adalah nasab dengan Tuhan. setahu saya, ramai juga yang tidak memakai gelar syed dan syarifah di pangkal nama mereka.

saya agak jahil, bila masa pula wujud gelaran syed dan syarifah ini? sedangkan nasab terawal tidak menggunakan syed dan sharifah? perlu ke mewujudkan kasta dalam masyarakat? semua yang berlaku itu dalam takdir dan ilmu ALLAH; jadi, tak usah-lah taksub sampaikan buang keluarga, buang menantu.

EimaruSi|ence™ said...

Salam.

Saya mungkin bukan orang pakar dalam hukum hakam agama. Cume singgah sini bila saya mencari pandangan blogger2 lain.

Ok, saya bukan keturunan Syed, dan saya tak tahu tentang Syed / Sharifah nih. Tapi, sekarang saya dah berkawan dengan Syed. Dan dia serius dengan saya.

Masalahnya, ibunya betul-betul tegas inginkan menantu berketurunan Syed / Syarifah. Sedangkan Syed ini memang tidak tak mahu membesarkan hal ini dan buat-buat tatau.

Bila Syarifah, apa yang saya faham, pentinglah bagi mereka meneruskan keturunan mereka. Dan bagi Syed, tiada masalah isu melangsungkan keturunan, lebih-lebih lagi dia pembawa nama Syed/Syarifah tuh.

Tapi, kalu bukan Syed yang mengahwini Syarifah, siapa yang akan mengahwini mereka.

Saya redha kalau dia bukan jodoh saya. Walaupon ia bukan berkaitan dengan tuntutan sekalipun, tapi redha dari ibu dia memang saya titik beratkan.

Sesiapa ada pandangan dalam hal ini, bolehlah berkongsi dengan saya, supaya saya lebih faham situasi teman saya ini.

LittLe heaRt said...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda. ““Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim..

dan Allah swt juga berfirman:bawalah kpdku amalmu,dan bkn ktrunanmu..

kpd mereka yg sgt taksub pd ktrunan kamu,kamu lpekn hadith2 yg lum tntu ksahihan dan kkuatannya itu n kmbli r bpgang pd kata2 allah,dan juga junjungan besar nabi muhammad saw..
allah x pnh mbeza2kn kte,malah dlm soal perkahwinan,allah mgalakkn kte bkahwen cmpur..
d akhirat nnt,ape yg dhitung adlh amalan.. dan ssiapa yg baek dr segi amalannya,maka dia lah yg mnerima k'istmwaan d sana nnt..
jika anda smua mbeza2kn saudara2 s'agamamu sndri dgn darjat n kturunanmu,maka kalian semua t'glong d dlm glongn org2 yg zalim.. agama kte bkn spt agama hindu yg punya sistem kasta..
sy pnh knl dgn s'org sharifah..
d mana bliau s'org yg bpegang kuat dgn amalan ktrunannya..
bliau mnegaskn,jika d'beri dua lelaki plihan utk djadikn suaminya,iaitu;
yg ptma: s'org syed yg jahil dlm agamanye,
dan yg kdua;s'org bkn syed yg kuat pgangn agamanya,
maka dia ttp akn mmilih lelaki b'ktrunan syed itu krn dye pcye mreka ktrunan yg mulia dan pasti mudah dbimbing..
subhanallah..
mngucap pnjg sy..
anda smua psti dpt lihat kan,btpa rendahnya martabat glongn bkn syed d mata bliau,s'olah2 bliau lupa,kte semua sama d'cc allah,yg mbezakn adlh amal n taqwa..
dan kduanya,jelas2 wanita ini tlh mnolak firman allah,suruhan allah,agar mmilih psgn blandaskn agama sbg syariat plg utama..
kpd anda yg bkturunan syed dan sharifah,mahupun apa saja gelaran mulia anda,jgn angkuh dgn darjatmu..
ssguhnya,sifatmu itu mbuatkn anda lbey hina d'cc allah swt..
wallahualam..

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Tuan Punya Blog saudara Syfadh,

Saya cukup tertarik dengan tajuk saudara mengenai isu keturunan syed dan syarifah ini.Memang ada mereka dari golongan ini mendakwa ad hadis sahaih menegnai larangan keturunan mereka daripada berkahwin dgn mereka yg bukan Syed.

Penulisan saudara ini boleh menyedarkan mereka yang kononnya begitu taksub dan menganggap keturunan mereka mulia dan mendapat etmpat istimewa di sisi Allah pada akhirat kelak.

Teruskan berkarya wahai saudara. saya ingin melihat isu2 kritikal yang boleh dibahaskan secara intelektual.

saudara tuan punya blog dan rakan-rakan yang lain boleh juga melawat dan menjadi follower di blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/ dan http://my.opera.com/muiz5339/blog/.

sekian terima kasih.

Anonymous said...

Syed ke Sharifah ke lantak pi lah !!!, semua mati masuk kubur jugak, jadi tanah akhirnya, takde plak diangkat ke langit. Pendapat ako plak nih semua mengikut tradisi India yang ada darjat dan kasta, giler arggghh. Pilek gak apsal anak cucu nabi yang dulu nun takde pun pakai Syed ke Sharifah ke, baru la ni je ada dan claim keturunan NABI kunun..kah kah kah, wei aku pun keturunan NABI tau, NABI ADAM, lagi besar tau, kekeke

Al Jufrey said...

"saya menyebut tentang kritikan terhadap mereka yang taksub keturunan dan melarang perkahwinan antara syed dan bukan syed. hanya dengan sebab perbezaan keturunan." - syfadh.

Saya faham maksud saudara. Yeah. Saya pun berpendapat yg sama.

Saya penat, dan malu dengan sikap taksub keturunan Syed Sharifah.

Apabila sampai bab berkahwin, timbulkan isu menjaga keturunan, menjaga amanat Nabi Muhammad SAW, bukti kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, amanah, sunnah dan banyak lagi hujjah lain...

Tapi yang hairannya, sunnah nabi, kecintaan, menjaga amanat dan sebagainya ini, cuma dikurung dalam soal perkahwinan semata-mata.

Tp, dalam bab2 lain, tiada pula yang nak mempertahankan sunnah dan kecintaan kepada Nabi Muhammad saw? Dok tiru budayah Barat, dok buat perkahwinan ada unsur2 maksiat, solat lambat, x jaga adab pergaulan dan etc... Takpa pulak?

Aduhai...

Syed Salleh Al Attas said...

Assalammu'alaikum wbt,

Mengenai perkara kafaah ini perlu rujuk kepada Ulama2. Di negara 2 Islam lain seperti Indonesia, Mesir, Yaman dan banyak negara Islam. Ulama2 mereka melarang perkahwinan Non Syed dengan Sharifah, mesti ada sebabnya.

Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri. Mereka terkenal juga dengan gelaran “syarif”. Sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran “sayyid” dan ada juga yang dikenali dengan gelaran “syarif”. Itu merupakan kenyataan yang diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.

“Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.

“Adapun soal menghormati mereka, mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: “Kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku…kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku”. Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutuhkan; semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka…
Panutan Saadah Bani ‘Alawi... Lanjutan..

http://pondokhabib.wordpress.com/about/

Trimakasih,.

Anonymous said...

MasyaAllah....krn penulisan anda ini tlh menyebabkan ramai org brtanggapan yg x sepatutnya trhadap keturunan yg mulia,keturunan anda jg wahai SYFADH....sedih membaca cercaan,hinaan yg dilemparkan pd keturunan Rasulullah SAW....agaknya bagaimana ya perasaan Sayyidah Fathimah pabila anak cucu-cicitnya dituduh yg bkn2???biarlah isu ini menjadi hal keluarga shj.kpd yg cetek ilmu diam shjlah...

Anonymous said...

asalamualaikum....
saya dari keturunan Al-Hussaini
saya telah membaca komen-komen dari anda semua..saya memahami bahawa memang kita tidak sepatutnya membeza-bezakan antara satu sama lain...tetapi ada komen yang saya baca amat menyedihkan..kenapa anda harus berkata demikian...sekiranya keturunan ada dikata begitu bagaimana perasaan anda ...betul kata ada sesetengah pihak bagi yang cetek ilmu baik berdiam diri dan dalamilah ilmu sedalam2 tentang perkara ini sebelum anda melepaskan kata2 anda...

Mu'AdZ iBnU SoFri said...

ana cuma sedih dengan akhi kita yg kata orang luar jgn masuk cmpur seolah-olah orang 'biasa' tidak mampu memahamikaafah dan seerah ahlul-bayt.

siapa orang luar?bukankah kita satu agama?tidakkah kita smua anak2 nabi adam.

Rasulullah (saw) sndiri membenci sikap as-sabiah yg bersifat jahiliyah. camna nk nk maju kalu cmtu?

p/s you mad?stay mad o3o

elfizonanwar said...

AHLUL BAIT, CELAH ANTARA SUNNI DAN SYIAH

Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.

2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.

3. Isteri-isteri beliau.

4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau yang berhak menurunkan ‘nasab’-nya, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa.

Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. ya jika merujuk pada Al Quran maka anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali tidaklah bisa mewariskan nasab Saidina Muhammad SAW.
Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat dan perbincangan masalah Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik kelompok sunni, habaib maupun kelompok syiah yang selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah keturunan ahlul bait itu, sebenarnya ridak ada haknya sebagai pewaris ahlul bait akibatnya telah menimbulkan peruncingan hubungan sesama Muslim.

Anonymous said...

Salam pada penulis. Mula-mula saya ingin mgucapkan terima kasih kerana menulis ttg isu syarifah@syed ini. Utk pgetahuan anda, saya berketurunan syarifah.dan nama saya syarifah. Bagi saya sebelum anda mahu mnulis ttg isu ini, seeloknya anda kajilah dulu dgn lbh mdalam. Zaman skg mmg masih ada yg mengamalkan perkhawinan sesama keturnan,tapi tidak semua.bagi pdpt saya, bila anda mnulis ttg isu ini, secari tidak lgsg, ada sesetengah pbaca yg akan slah faham. Contoh, ada comment yg saya baca tadi, ' aku rasa dorg ni(syed syarifah) tak paham ttg agama. Apa tuh? Tidak ke itu dikira menghina kami yg berketurunan itu. Saya bukan nak cari masalah,tapi saya mohon jasa baik anda semua, terutama yg comment tuh, tolonglah pikir dalam-dalam sebelum comment. Kami jugak manusia biasa,sama taraf dgn anda. Jadi tak perlula senang-senang ckp yg kami ni jahil ttg agama. Maaf andainya ada yg terasa. Maaf.

Related Posts with Thumbnails