Pages

26 May 2009

Politik Itu Fitnah

Ketika saya menghantar post video Nizar dan pendiriannya berhubung dengan negara Islam, saya telah ditempelak oleh beberapa orang pembaca kerana kononnya saya ini cuba menyebar fitnah dan menjadi batu api kepada masyarakat kerana menyebarkan video yang bagi mereka tidak pasti kesahihannya.

Dua hari lepas saya melayari Harakah di internet dan membaca artikel ini, Keputusan Mahkamah Satu Skrip dan Matinya Demokrasi. Senang cerita, artikel ini ingin mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak sekaligus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi adalah keputusan yang dirancang. Alasannya adalah seperi berikut:

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi"

Adakah yang sebab ini adalah sebab yang menghalalkan kita mengatakan hakim-hakim tersebut telah berkomplot untuk memberi keputusan yang memihak kepada BN? Untuk makluman, kata-kata ini disalin secara terus daripada Harakah kerana takut-takut nanti ada pentaksub yang kata saya cuba reka cerita.

Tidak cukup dengan itu, ada pulak ura-ura nak menghasut rakyat supaya mogok lapar yang mana ditempelak oleh Mufti Perak.

Saya sudah kata dalam post yang lepas (Pukul Rusuk Politik), orang-orang yang kemarok kuasa memang begini. Bila kita menang kita katalah kita yang baik bila kita kalah kita kata orang lain main kotor. Kalau sudah tidak percaya pada sistem mahkamah, mengapa merujuk perkara tersebut ke mahkamah sejak dari awal lagi? Bila keputusan memihak kepada kita kita kata itu keputusan yang benar dan bila kita kalah kita kata keputusan itu telah dirancang. Sungguh jijik permainan ini.

Siapa yang menyebar fitnah dan siapa yang menjadi batu api? Anda yang membaca dengan akal yang waras boleh tentukan sendiri. Sekarang saya menantikan orang-orang yang menempelak saya berkaitan dengan video Nizar untuk memberi komen mereka berkaitan dengan fitnah ini.

Tunjukkanlah diri jika kamu dalam kalangan orang yang benar.

3 comments:

Anonymous said...

slm...
bkn mogok lpr saudare,tp seru utk puasa sunat..media skrng xleh prcaye..ptr belitkn mklumt..sy hrp saudare xyah tpis2 utk approve cmment..ini mnunjukkn xde kbebasan suara..kalu saudare d phk y bnar,xperlu tkt..btl x?
wallahualam...

syfadh said...

Saudara anonymous, anda sedikit lagi hampir kpd kebenaran malangnya belum sampai. Puasa sunat untuk orang Islam shj bagaimana dengan org bukan Islam?
Ke ada ajaran agama yang baru mengatakan org bukan Islam boleh berpuasa sunat sama macam orang Islam?

Dan satu perihal lagi yg anda telah tersimpang jauh drpd kbnrn ialah penulis blog ini tidak pernah menapis komen walaupun komen tersebut tidak bersetuju dengan penulisan penulis. Buktinya anda boleh semak sendiri dalam post-post terdahulu. Harap maklum.

Terakhir sekali, orang yang benar adalah orang yg berani menyuarakan pendapatnya. Tidak perlu berselindung. Maksud 'berselindung' anda boleh faham sendiri dengan mengunakan kewarasan akal yg telah dikurniakan oleh Allah kpd anda.
Sekian, wassalam.

Anonymous said...

kalu nk kwin,kwin je laaa....jgnlaaa rase diri tuhh mulia sgat...."laisa liarabi wa laa a'jami illa BIT Taqwaaaa'