Pages

24 May 2009

Lawyers are Liers, Benarkah?


Rabu yang lepas, saya ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah saya. Saya dan ahli kumpulan saya mengikuti perbicaaran seorang rakyat Indonesia yang dibiacarakan kerana mengedar dadah yang mana jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung.

Selepas perbicaraan ditangguhkan kami sempat menemuramah kedua-dua pendakwaraya dan peguambela. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah temuramah kami bersama peguambela.

Saya bertanya kepada peguambela tersebut, "Sebenarnya adakah peguambela yang membela tertuduh tahu sama ada si teruduh bersalah melakukan jenayah atau tidak?". Peguambela tersebut menjawab, "Si tertuduh mesti berkata benar kepada peguambela, sudah tentu kami tahu dia bersalah atau tidak".

Saya meneruskan soalan, "Jadi kalau peguambela tahu si tertuduh bersalah, mengapa tetap mahu membela mereka?". Soalan ini telah menyebabkan si peguambela naik angin. Katanya undang-undang adalah berkaitan dengan undang-undang tidak berkaitan dengan soal moral. Saya bertanya lagi, "Jadi bagaimana dengan pegangan dari sudut agama?". Peguambela tersebut tambah meradang. Katanya, "Kalau hendak cakap soal moral dan agama jangan jadi peguam jadi ustaz senang cerita baca doa selamat, amin".

Katanya lagi, "kadang-kala si tertuduh berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah, tugas peguam adalah untuk membela tertuduh, bersalah atau tidak terpulang kepada hakim untuk memutuskannya."

Bagi saya memang benar katanya kadang-kala si tertuduh berada dalam keadaan terpaksa, tidak sengaja atau teraniaya. Bagi situasi begini adalah munasabah bagi peguambela untuk membela si tertuduh. Walaubagaimanapun jika sememangnya jelas memang si tertuduh melakukan kesalahan atau jenayah dengan sengaja adalah tidak bermoral dan bertentangan dengan agama untuk membela si tertuduh. Perkara ini biasa dilakukan oleh peguam-peguam yang mata duitan tanpa memikirkan agama serta akibat perbuatan mereka terhadap masyarakat.

Alasan yang kononnya tugas peguam hanya untuk membela dan hakim yang akan memutuskannya adalah tidak munasabah kerana jika peguam tidak membela orang-orang yang memang nyata bersalah sudah tentu hakim tidak akan memutuskan tertuduh tidak bersalah kerana hakim juga manusia biasa yang terpengaruh dengan kata-kata peguam. Bayangkan dengan sebab kegilaan dan kerakusan peguam terhadap wang dan kemasyhuran betapa banyak pesalah dan penjenayah terlepas daripada hukuman dan terus menerus melakukan kesilapan dan jenayah sedangkan peguam yang membelanya tahu yang dia sebenarnya bersalah.

Peguambela tersebut bagi saya telah terlalu terpengaruh dengan ajaran sekular yang mengasingkan agama dengan kehidupan sedangkan Islam itu meluputi semua aspek kehidupan. Dia mungkin arif dalam bidang undang-undang kafir tetapi amat jahil dalam bidang agama kerana menganggap kerja seorang ustaz itu hanyalah untuk membaca doa. Sayang sekali dia tidak menyedari yang ilmunya tentang undang-undang kafir tersebut hanya akan membawa kesenangan di dunia sahaja sedangkan dia akan disoal oleh Allah kerana berhukum dengan hukum selain daripada apa yang diwahyukan oleh Allah.

Membela seorang yang telah jelas bersalah itu semata-mata kerana wang dan kemasyhuran dalah perbuatan menempah neraka Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

6 comments:

-The Author- said...

hermm..
arituh ade jugak ikut geng dibah g mahkamah jalan duta..
tapi kitorg g mahkamah majistret je..
kes xberat sgt..
mengedar dadah berat 0.08 gram..
saksi sume polis..
okt plak org melayu..
bile dlm mahkamah muke serius je kat kandang saksi..
tp bile kua dr mahkamah, okt siap ajak saksi g minum2..
sekali ngan peguambela..
musykil gak..
haish..

Anonymous said...

As a lawyer, one has many choices.

1. Bersangka baik pada si tertuduh. Iaitu, jika dia kata dia tak bersalah, kita sepatutnya terima kata-kata dia; dan kita seharusnya bela dia.

2. Sekiranya kita dapat tahu yang si tertuduh bersalah (ataupun kita mula ragu-ragu) -- samada melalui pengakuannya sendiri atau cara lain yang boleh dipercayai -- lebih baik untuk menarik diri. Yakni, kita jangan jadi peguam dia.

Tapi itulah masalah zaman skrg. Semua law firm nak cari duit je.. So banyak kali lah jadi kes macam ni..

Ribbet said...

Kata Dr Alsagoff: A lawyer's job is to produce the evidence and point out the law. If there's a hole in it, lawyer's the one who should point it out to the authority so that it could be amended. Besides, everyone is innocent until proven guilty; not guilty until proven innocent.

:)

Anonymous said...

the first thing to is to kill all the lawyers.. - shakespeare

yg menariknye,terdpt 1 perkataan khusus g menunjukkn lawyer ni penipu..."shyster"...nk kate lawyer ngn tpu ni mmg berkait rapat??

ain farahain said...

knape liErs?
adakah ini satu lagi kelampian ak?

haiyo~

kurosagi said...

benar syeikh!!!