Pages

10 May 2009

Inikah Perjuangan Anda Wahai Pentaksub Nizar?


Minggu lepas saya melawat ke bilik rakan saya yang kemudiannya mempertontonkan video di atas kepada saya. Saya merasa terkejut besar selepas melihat video tersebut.

Entah berapa ramai orang yang telah diperbodohkan oleh makhluk ini. Kebanyakan orang Islam terutama rakyat Perak menyangka yang mereka menyokong makhluk ini kerana makhluk ini akan berjuang bagi pihak mereka untuk merealisasikan kewujudan negara Islam. Malangnya makhluk ini telah menipu banyak orang.

Saya percaya inilah akibatnya apabila kita bersekongkol dengan orang kafir dan dalam pada masa yang sama kemarok kuasa. Demi kepentingan menjaga jawatan yang kita pegang dan demi menjaga hati sekutu-sekutu kafir kita, kita rela membelakangkan Islam dan hasrat rakyat yang memilih kita.

Saya tidak mahu menyalahkan PAS kerana ini barangkali bukan kehendak PAS. Bermungkin besar makhluk ini telah mengkhianati perjuangan PAS. Saya mengharapkan tiada lagi orang Islam yang menyokong makhluk ini selepas ini. Tetapi saya yakin penyokong-penyokong taksub makhluk ini akan tetap membabi buta menyokong makhluk ini kerana mata dan hati mereka telah dibutakan oleh ketaksuban mereka. Tidak cukup dengan itu mereka akan mencari-cari alasan yang kelihatan munasabah untuk membela makhluk yang mereka taksubi itu. Kasihan benar dengan orang-orang yang taksub sebabnya, mereka bodoh.

7 comments:

Syauqani said...

berpolitik skunk nmpk....
bgs2 ade kemajuan....

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.h. ya akhi..
sy brstuju sgt dgn pndpat saudara andai ape yg dipertontonkn itu benar...
tp ade sdikit kmusykilan pd vdeo tersebut..
cbe saudara teliti blik,selidik vdeo trsebut,kaji dan siasat sbb mcm vdeo trsebut tlh diedit..dan d potong2,bkn vdeo asal yg penuh..
mklumlah,skrng ni tknologi amat cnggih,mcm2 blh buat skrng..lg2 sblm plhan rye bkt gantang tmpoh hari..
lg la pnyokng masing2 fitnah memfitnah utk mndapt undi..
hrpnye saudara berfikiran terbuka...tkutnye saudare tersebarkan fitnah..sy brsama dgn pihak y bnar..andai bnar vdeo tersebut,kite sme2 kecam mereka yg mnjual ayat2 Allah dgn harga y murah!!!wallahua'lam...

syfadh said...

yup saya bersetuju dengan kata-kata anonymous

Anonymous said...

masalahnye skarang, islam menganjurkan umatnya untuk berbincang kalau ada masalah n ketidaksefahaman.. tapi, ape yang kite nmpak skarang org yang memperjuangkan islam pon tak ikot prinsip islam yang sebenar... wahai pemimpin-pemimpinku, ingatlah Allah, berkhidmatlah untuk rakyat sebaik mungkin... sedih2.. =(

Anonymous said...

Assalamualaikum....

satahu saya lh...dasar Pas bukan lh memperjuangkan negara islam...tapi memperjuangkan islam itu sendiri...sbb tu nizaar ckp cm tu kot...

Anonymous said...

nape aku tgk banyak kali pon aku tak paham----
@_@

Anonymous said...

takbir!!!!!!
mmbgun brsama islam.....
'bkn mnehunus dgan keris dr dlu smpai skunk'.....
alih2 cucuk bngsa sndri.....