Pages

29 April 2009

Sungai Gangga

Beberapa hari yang lepas sya menerima email daripada kakak saya yang mengandungi gambar-gambar yang diambil di Sungai Gangga, sungai yang didakwa sebagai suci oleh penganut agama Hindu. Pelbagai upacara keagaaman diadakan di sana sama ada di dalam sungai mahupun di tebing sungai termasuk upacara pembersihan dosa. Penganut agama Hindu percaya yang mereka dapat membersihkan diri daripada dosa dengan hanya mandi di dalam sungai ini.


Meskipun perbuatan mandi itu kedengaran amat mudah untuk dilakukan, saya amat pasti anda akan berfikir beribu kali untuk mandi di sungai Gangga kerana sungai Gangga turut digunakan sebagai tempat membuang abu mayat. Menurut kepercayaan Hindu, mayat yang mati harus dibakar. Biasanya mayat akan dibakar di tebing Sungai Gangga dan kemudiannya abu mayat tersebut akan ditabur ke dalam sungai.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menemukan mayat yang tidak habis terbakar hanyut dalam sungai Gangga dan ini bukanlah suatu perkara yang asing bagi pengunjung tetap Sungai Gangga.


Tidak kurang juga yang terdampar lalu membusuk sebegini:





Kemudian dihurung lalat:


Dan ada juga yang menjadi santapan anjing:


Apakah dengn ini tidak lagi cukup menunjukkan ajaran mana yang benar dan ajaran mana yang salah? Begitulah akibatnya apabila kita berpaling daripada jalan kebenaran meskipun yang benar itu telah jelas di hadapan kita tetapi kita tetap ingin menidakkannya dan berterusan di dalam kesesatan.
Benarlah firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ<> خَتَمَ اللّهُ عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah menutup hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
[Surah Al-Baqarah: 6-7]

3 comments:

Ajie said...

rasenye ko kene kecikkan size gambar tu...lambat dye nak load...aku pakai torrent nih..lagi lambat la nk tgk gambar tuh....

chayok3!!

Anonymous said...

duh kalo mau ngejelekin agama apapun gampang brur, kalau gue lebih baik dan lebih terpuji menghormati semua agama, itu urusan masing2 kita, dan kalau anda melihat ada kekurangan menurut pandangan anda pada agama lain simpan untuk diri anda saja, dan saya juga bisa mengatakan kekurangan, kejanggalan agama yang anda anut, dipandangan mata saya dan lebih terpuji bagi saya untuk menyimpan pada diri saya. kalau anda seorang yang gentleman post comment saya ini. terima kasih.

syfadh said...

wah barangkali mendiamkan yang jelek itu sesuatu yang terpuji dalam agama anda sedangkan yang jelek itu sesuatu yang patut dibenci dalam agama kami.

saya tidak langsung menyebut yang tersebut sebagai jelek. meskipun demikian anda sendiri yang menyifatkannya sebagai jelek dan kurang.

Masakan seseorang itu menganut sesuatu agama sedang dia merasakan agamanya itu jelek lagi kurang?

Saya tidak pernah merasakan agama saya sebagai kurang, jauh sekali jelek. Malah saya merasakan agama saya sempurna dan terbaik.

dan saya post comment anda bukan sahaja kerana saya gentleman tetapi juga kerana saya sedikit pun tidak terjejas dengan komen anda.

sama-sama kasih