Pages

25 April 2009

Don't Judge a Book by Its Cover

Tajuk di atas merupakan satu peribahasa Inggeris yang begitu terkenal dan digunakan secara kerap oleh orang ramai. Maksudnya jangan menilai sesuatu itu daripada luaran sahaja. Namun saya melihat peribahasa ini hanya sebagaia suku benar dan baki tiga suku lagi adalah palsu semata-mata.

Kebanyakan orang menggunakan peribahasa di atas untuk menutup kelemahan luaran mereka dan secara langsungnya ingin menyampaikan mesej yang mereka itu sebanarnya baik daripada dalam. Namun apalah gunanya kebaikan yang ada di dalam itu jika tidak ditonjolkan dengan anggota luaran. Saya akan membuktikan kata-kata saya melalui contoh yang akan saya beri di bawah.

Ada orang kata, yang penting adalah pakaian iman bukan pakaian luaran lantas menyuruh orang supaya jangan menilai dirinya daripada luarannya yang tidak menutup aurat dan berpakaian tidak senonoh tetapi mesti menilai mereka daripada dalaman. Kata-kata ini biasa digunakan oleh artis-artis dan mereka yang tidak mahu menutup aurat terutamanyan perempuan. Ini adalah kata-kata orang yang bodoh agama, kalau sudah tidak berpakaian seperti yang dituntut syara' mana pula datangnya pakaian iman?

Ada juga orang kata, yang dia itu jahat daripada luaran sahaja tetapi dalaman dia baik. Ini adalah kata-kata orang bengong, Islam mengajar kita menilai seseorang melalui akhlaknya kerana akhlak itu menggambarkan peribadi dalaman seorang insan. Kalau benar dalamannya baik pasti luarannya baik sebaliknya kalau sudah luarannya buruk pasti kerana ada yang tidak kena dengan dalamannya.

Ada orang suka buat perkara bodoh tetapi membuat kenyataan yang mereka itu orang yang bijak dan berilmu. Ini adalah kata-kata orang yang dungu, apalah gunanya ilmu yang ada pada mereka kalau tidak dimanfaatkan dan digunakan. Hakikatnya mereka memang bodoh dan sebab itu mereka hanya mampu membuat perkara-perkara yang bodoh, bercakap benda-benda yang bodoh dan menulis benda-benda yang bodoh. Jadi jangan disalahkan orang yang melabel anda sebagai bodoh kerana anda sendiri yang memperbodohkan diri sendiri.

Suku yang benar itu hanyalah sesuai digunakan kepada buku dan benda-benda yang tidak hidup barangkali. Contohnya sepertimana yang tedapat dalam peribahasa di atas, buku. Mungkin kulit buku tersebut telah lusuh kerana selalu dibelek maka tidak hairanlah kalau peribahasa itu digunakan kepada buku atau mungkin buah-buahan kerana kadang-kala buah yang buruk kulitnya itulah yang enak dimakan tetapi jelas yang peribahasa di atas kurang sesuai atau mungkin tidak sesuai sama sekali untuk manusia.

4 comments:

ain farahain said...

i think
peribahasa ni ade mksd laen
mksd die jgn la nk buruk sangka kat makhluk len atau bende laen
husn zann la sket~

syfadh said...

Husnuzzhan itu ada tempatnya bukan semua perkara kita perlu husnuzzhan. Kita tidak berhusnuzzhan dengan orang yang melakukan keburukan.

Contoh, orang yang sengaja mendedahkan aurat mereka, adakah perlu kita berhusnuzzan yang mereka itu terlalu miskin sehingga tidak mampu membeli pakaian yang menutup aurat?

maka dengan sebab itu saya mengatakan yang peribahasa ini hanya suku benar. Tambahan pula, ramai orang yang mempergunakan peribahasa ini untuk menyatakan yang mereka itu suci disebalik perlakuan mereka yang tidak suci.

Raafiq said...

syed.comel la gamba profile ko.hehe

ain farahain said...

ye la~
pnah gak ade org len ckp cmtuh
*husn zann kne bertempat*

tp mane taw kan
org yg x ttp aurat 2 tgh in process jd baek
kang die taw kite fikir mcm2 kat blkg die, tros die give up.
kan kite jugak yg bersalah~

mmg btol, ramai org salahgunakan peribahasa ni
tp mmg certain people guna dgn niat yg btol
jgn sbb nila setitik rosak susu sebelanga

snng kate
x pyh pk psal org len
tgk diri sndri ok ke x dulu