Pages

21 April 2009

Ahlul Bait, Syed dan Sharifah

Ahlul Bait adalah suatu istilah Arab yang jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu bermaksud Ahli Rumah, namun bukan itu maksud yang ingin saya ertikan di sini. Ahlul Bait adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada kaum kerabat atau ahli keluarga Rasulullah.

Untuk pengetahuan umum, Bangsa Arab merupakan suatu bangsa yang sangat mementingkan susur galur keturunan. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka tahu siapakah nenek moyang mereka kalaupun generasi terdahulu yang kesepuluh. Malah ketika memperkenalkan diri, mereka biasa menyebut nama mereka berserta nama bapa dan datuk mereka secara bersambung.

Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya mengenalpasti sambungan susur galur keluarga secara terperinci sebagai contoh Imam Syafie dikatakan bertemu susur galur keluarganya dengan keluarga Rasulullah pada moyang Rasulullah, Abdul Manaf (Muhammad bin Abdullah bin Abdul mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf). Bayangkan berapa ratus tahun jarak antara keduanya begitulah keutamaan yang diberikan Bangsa arab terhadap susur galur keturunan.

Sekarang kita masuk kepada isu yang sebenar setelah saya memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang Ahlul Bait. Banyak cakap-cakap yang mengatakan mereka yang bernama Syed @ Sayyid (dan seumpamanya) serta Sharifah merupakan golongan Ahli Bait. Melihat kepada apa yang telah saya terangkan tadi, kenyataan ini berkemungkinan besar adalah benar. Tambahan pula, kebanyakan mereka mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah sekaligus dengan Rasulullah sendiri.

Malangnya kepentingan yang diletakkan oleh Bangsa Arab itu bertukar kepada perasaan taksub bagi segolongan manusia yang cetek pemikirannya sehingga melarang keras mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah daripada berkahwin dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah lebih lebih lagi kaum Sharifah kerana sekiranya mereka berkahwin dengan golongan yang bukan Syed, mereka tidak boleh mewariskan nama Syed atau Sharifah kepada anak mereka dan susur-galur keturunan itu akan terhenti di situ.

Lebih malang apabila ada segelintir manusia yang begitu taksub kepada golongan Syed dan Sharifah ini sehingga percaya yang mereka adalah golongan syurga dan sesiapa yang berkahwin dengan mereka juga akan turut tergolong dalan ahli syurga. Maka berebut-rebutlah orang yang cetek fahaman agamanya ingin berkahwin dengan Syed terutamanya supaya mereka dapat masuk syurga dengan mudah.

Lebih menjijikkan lagi bagi mereka yang bernama Syed atau Sharifah tetapi tidak berkelakuan sepertimana yang selayaknya bagi seorang yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah. Ini ternyata memberi cemar kepada nama Ahlul Bait dan sesungguhnya mereka tidak layak mendapat gelaran Ahlul Bait. Jika anda mahukan buktinya, lihat sahaja di televisyen. Berapa banyak artis yang bernama Syed atau Sharifah terutama yang Sharifah tidak menutup aurat, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam beruk. Cukup memalukan dan cukup menghinakan.

Ketahuilah Ahlul Bait itu adalah golongan yang dicintai, disanjungi, dimuliakan dan dihormati para sahabat Rasulullah, para ilmuan Islam juga segenap umat Islam dan mereka turut mendoakan kesejahteraan Ahlul Bait ketika berselawat kepada Rasulullah sebagaimana yang sering kita amalkan:

اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
"Ya Allah berilah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda"

Ketahuilah juga sesungguhnya tiada beza antara orang Arab dan bukan Arab itu melainkan taqwa sebagaimana firman Allah:

إن أكرمكم عند الله أتقاكم
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yag paling bertaqwa"

Sabda Rasulullah:

لا فضل لعربي على اعجمي إلا بالتقوى
"Tidaklah mulia seorang Arab itu daripada seorang yang bukan Arab melainkan dengan taqwa"

Jadi sedarlah wahai kaum Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Kalau masih juga ingin melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, maka jangan dedahkan kepada orang lain yang anda merupakan Ahlul Bait bukan kerana apa sekurang-kurangnya anda tidak mencemarkan nama Rasulullah dan Ahlul Bait yang lain.

Pautan:
Ahlul Bait Syed & Sharifah 4
Kafaah (Kufu) dalam Perkahwinan @ Ahlul Bait Syed & Sharifah 3
Ahlul Bait Syed & Sharifah 2

28 comments:

Raafiq said...

er..awek aku name syaripah gak..tak bole kawen ke syed?

ko je la kawin ngan die..haha

serunai malam said...

salam ukhwah :)
btul la kan, walau disegani shebat mane pun, xbmkna kite x perlu mjganye kan. smua manusia ttp same disisiNya. hebat mereka bkan mkna hebat kite. suci mereka bkn mkne suci kte. mulia mreka bkn jaminan kemuliaan kite. juz curios, em,ade x manusia yg dbwh kturunan rasul khatimun anbiya'? sbb pnh la dgr yg kate anak2 rasul meniggal dunia tnpa ade waris. so cmne? juz dgr je. x bmkne authentic._zam

syazmeen said...

salam
err, rase2 saya ejaan salah-silah tu bukan begitu, tapi salasilah..
rase2nye la

Anonymous said...

haha.orang melayu sedang meragui kemelauannya

syfadh said...

terima kasih saudari syazmeen di atas pembetulan tersebut, anda benar.

Kepada serunai malam, saya tidak mempunyai pengetahuan berkaitan soalan anda itu.

sharifah mastura said...

wish i'd never got this name...

syfadh said...

Sayang sekali ada manusia yang tidak tahu bersyukur dilahirkan dalam kalangan keluarga yang terhormat.

Kalau begitu hendaknya kami seribu kali tidak berkehendakkan kehadiran anda dalam kalangan kami.

Anonymous said...

Perkahwinan antara sorang wanita yang tidak sekufu dgn sorang laki adalah tidak sah...

Jgn memandai nak nak buat hukum kat sini tanpa rujuk mane2 kitab...anda bukan mujtahid untuk berijtihad...

syfadh said...

saudara anonymous, sebelum anda mengkritik orang, saya nasihatkan anda supaya menyemak dulu kebenarannya.

sekufu yang diletakkan syara' itu bukan merujuk kepada syed atau syarifah, keturunan nabi atau bukan.

jika benar pentafsiran agama yang anda buat tersebut, maka tiada seorang manusia pun di atas muka bumi ini layak berkahwin dengan para nabi. kerana yang sekufu dengan para nabi itu hanyalah para nabi jua.

jadi jika dilihat daripada pentafsiran agama maha sesat yang dibuat oleh saudara tersebut, maka perkahwinan para nabi tidak sah.dan zuriat yang dilahirkan oleh para nabi itu anak haram.

lihat pula anakanda kepada Nabi Muhammad, kebanyakannya tidak pun berkahwin dengan kalangan ahli keluarga nabi kecuali Ali. maka kenapa sah pula perkahwinan mereka di mata nabi tetapi tidak sah di mata anda?

jangan jadikan Islam seperti agama hindu yang mempunyai sistem kasta, orang yang berada di kedudukan yang tinggi dalam kasta tidak selayaknya dikahwinkan dengan yang berkasta rendah.

memang benar terdapat hadith yang mengatakan jika seseorang mahu berkahwin lihatlah kepada keturunan calon pilihannya itu. tetapi ini bertujuan supaya seseorang berkahwin dengan orang yang berketurunan baik-baik supaya melahirkan zuriat yang baik-baik juga.

Islam itu adalah agama yang mudah. menyusahkan dan menyempitkan agama itu adalah perbuatan yang menjahanamkan agama.

akhir kata semoga kita semua termasuk saudara anonymous terpelihara daripada menjadi penjahanam agama.

syfadh said...

Berikut saya salin kembali respon daripada pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai 'nama':

budk ne dr skola dulu mslh...smpi berdebat dgn ustat ustzh kat smakl dulu...wahai syed fadhil hanafi, xperlu la bw fhmn songsang anda kepada umum...kami di smakl kenal sgt anda siapa...

pasal ahlul bait tu memang merapu habih...dik, kenape ye rasulullah tolak pinangan abu bkr, umar dan shbt2 lain utk fatimah...sebaliknya ali yang diterima...cb cr hikmah ye..

n then tolong cek blk hadis2 sahih berkaitqan ahlul bait ne...br bc 2 3 kitab da pandai buat fatwa sndr...

ana bg 1 mslh mudah. ahlul bait diharamkan menerima zakat mahupun sedekah...mcm mane ye dgn kedudukan anak kepada seorang syrfh dlm kes ni?/

bukan xbule kahwin dgn orang awam...tp, perlu dpt izin dr weali...

kali tidak haram sbb x sekufu..

komen2 di ats dihantar pada 5 jun 09

syfadh said...

Ini adlh respon penulis terhadap komen 'nama' yg bertarikh 5 jun 09:

Saudara/i yg tidak dikenali, saya sgt berdukacita apabila masih ada umat Islam yg berfikiran sempit, kolot, jumud dan taksub.

Perdebatan dgn ustaz dan ustazah tersebut bukanlah bermakna penulis berada di pihak yg sesat. Ustaz atau ustazah itu bukannya para nabi yang maksum.

Adalah menjadi kebiasaan org yang mencari ilmu itu membuat perdebatan dan anda boleh bertanya sendiri dengan ustaz dan ustazah yg anda sgt kenal tersebut adakah penulis berdebat dengan hujah-hujah sesat ataupun dengan hujah-hujah yang boleh diterima syara'.

Anda sebenarnya sekadar memalukan diri sendiri dengan cuba mencemar kredibiliti penulis. Ternyata hujahan anda bukanlah berasaskan keilmuan tetapi semata-mata berniat buruk.

Berhubung dengan soal Rasulullah menolak pinangan sahabatnya utk anaknya, Fatimah, sila bawakan hadith drpd Rasulullah yg menyatakan sebabnya adalah kerana mereka itu tidak layak berkahwin dengan Fatimah semata-mata kerana Fatimah itu adalah ahli bait.

Dan dalam kes sahabat Rasulullah Uthman bin Affan mengapa pula dia dibenarkan berkahwin dengan dua org anak nabi sedangkan Uthman bukan daripada kalangan ahli bait.

Malang sekali anda cuba menegakkan benang yg basah dengan hujah yg lemah.

Ahlul bait memang diharamkan menerima zakat dan sedekah tetapi adakah ini berkaitan dengan masalah perkahwinan?

Kemudian timbul pula soal bukan tidak boleh berkahwin dgn org awam cuma perlu keizinan wali. adakah penulis ada menyebut apa-apa tentang soal wali dalam post tersebut? Sememangnya hal perkahwinan seorang wanita itu di bwh kekuasaan wali. bukan wanita ahli bait semata-mata.

Anda juga masih gagal menjawab persoalan perkahwinan para nabi dengan bukan keturunan para nabi? Adakah perkahwinan para nabi adalah perkahwinan yang tidak sah di sisi anda? adakah perkahwinan Uthman dengan dua orang anak nabi Muhammad tidak sah di sisi anda?

Kenyataan yg menyatakan seorg ahli bait tidak boleh berkahwin dengan org biasa itu adlah suatu kenyataan yg membawa implikasi besar terhadap masyarakat. Ini bermakna ternafinya keesahan perkahwinan Nabi sendiri, anak-anak nabi dan keturunannya.

Seorang syed atau sharifah itu tiadalah apa-apa di sisi Allah melainkan jika dia beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nabi juga tidak pernah membeza-bezakan dirinya dan keturunannya dengan org lain melainkan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah.

Semoga kita semua dirahmati Allah.

Anonymous said...

salam.....saya pun sharifah jugak...sebagai perempuan...saya pun paham bab2 kawen dengan lelaki biasa nie...apa yang awak luahkan tu x salah....tapi...cara awak menterjemahkan luahan tu yang salah..mungkin cara pembacaan seseorang tu lain..lain...cuba awak baca ayat yang awak tulis dengan nada marah....mesti ayat tu x sedap di baca kan...saya waktu baca luahan awak tu pun..tersentap jugak...kasar beno bunyi nyaa....hehehe

Anonymous said...

Saya tinggal dengan keluarga yang "mengaku" dan "memakai" nama Syed tapi semua tindakan dan cara hidup mereka sama sekali tidak mencerminkan SYED yang sebenarnya...bahkan lebih buruk daripada yang non-SYED

sam aljuffry said...

assalamualaikum.....saya rasa penulis dh salah anggap kepada keturunan syed dan syarifah. setelah saya membaca isi tulisan penulis saya melihat kebencian yang begitu mendalam pada golongan syed syarifah ini. adakah penulis cemburu sebab penulis tidak dilahirkan dalam golongan syed syarifah. saya ingin menasihat penulis kita nie manusia biasa baik syed syarifah mahupun golongan kebanyakan. saya rasa tak perlu laa kita nak buruk-burukkan orang lain apatah lagi penulis sendiri tidak tahu sebetulnya asal usul keturunan syed syarifah ini. cuma satu yang saya nak katakan pada penulis siapa penulis berbanding ahli agama dan mufti-mufti di malaysia ini. saya rasa ada baiknya penulis merujuk perkara ini kepada mufti-mufti atau guru-guru agama yang bertauliah di malaysia ini. siapa pun orang yang bernama syed atau sharifah kalau dia tidak berperilaku seperti nabi itu semua bukan urusan penulis tapi allah maha kaya lagi maha mengetahui semuanya. mungkin mata kasar kita melihat dia berpakaian terdedah sana sini tapi hati dia jauh lebih suci dan jujur berbanding penulis yang mempunyai niat serta hati yang busuk n jahat. nasihat saya sebagai manusia kita jagalah amalan kita tidak kira syed atau sharifah mahupun orang kebanyakan yang penting segala amalan kita tidak akan terlepas pandang oleh allah s.w.t. saya harap penulis selepas ini sebelum merencanakan sesuatu tajuk dapatkan kebenaran atau bukti kukuh sebelum menulis sebab kelak segala kebodohan penulis sebagai penulis yang hebat akan tercalar.... assalamualaikum....

Anonymous said...

Sejak kecil saya dah dididik oleh ibu bapa utk menghormati ahlul bait dan kasih sayang kepada mereka.
Banyak kitab yg menerangkan kenapa kita perlu menghormati ahlul bait dan merekalah tali Allah.

juragan said...

kalau semua bolih..kahwin dgn bangla

syagaf said...

Man tholabul li ajalil qaul faqad mata munafikan..

Anonymous said...

Ilmu bkn utk di perdebatkan..jgn spt kaum muawiyah..

Prince Ryzal said...

apa yg ko merapu ni setaann....dr ceta susur galur lepas ke perangai keburukan syed n sharifah....kepala butoh pap blog ko ni...mcm sampah...nak kaji keturunan baca buku bnyk2..takat nak kutuk n hina xyah susah buat blog setaannn...

Syed Muzaffar Bin Syed Khalid Benyahya said...

Saya rasa kamu yng dh tersalah anggap...penulis juga bernama Syed seperti saya...saya juga bersetuju dgn penulis...namun ada juga golongan ahlul bait yng tidak tahu bersyukur...bapa saya seorang ahlul bait yang berkahwin dengan ibu sya yng bukan ahlul bait...saya pernah pergi ke sebuah madrasah dimana saya amat dihormati oleh mereka...tapi jauh di sudut hati ada sedikit perasaan kecewa kerana ada golongan syed dan syarifah tidak tahu bersyukur dengan kurniaan ini

siti ellysa nadira said...

Kenapa pulak tak boleh kawin dengan keturunan lain.Tak semestinya syed perlu berkahwin dengan syarifah.Nenek dan datuk saya terima menantu dari keturunan asalkan dia seorang yang jujur dan amanah.Alhamdullilah,mak saya diterima menjadi sebahagian dari keluarga syed.Mereka sekarang bahagia.Orang lain tidak berkata apa apa langsung.Kalau ada orang nak menentang,tak palah redha saja.

siti ellysa nadira said...

Betulkan orang biasa tidak boleh kahwin dengan keluarga syed.

utara gunung tahan selatan kerbau hitam said...

Salam mullah qadammullah..saya tertarik dgn penulisan ini dan komen yang diberikan oleh saudara serta saudari..mungkin cara penyampaian penulis ringkas dan sukarno di fahami oleh pembaca..jika seseorang itu dari keturunan syed atau syarifah..ianya ada susur jalur keturunan yang sebenarnya..kita boleh mengenali ahlul bait dari segi bentuk badan serta wajah ahlul bait ini dari segi per cakapan perwatakan serta pergaulan..saya ada membaca satu kisah nabi muhammad saw..baginda berkata ikutilah anak cucu cicit ku..jika mereka ini dijalan yang benar dan jauhilah mereka ini jika mereka ini menyimpang..SELAWAT SEJAHTERA KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW SERTA ANAK CUCU CICIT BAGINDA.jika seseorang itu berketurunan syed atau syarifah mereka ini adalah dari golongan yang merendahkan diri tidak suka dibangga kan oleh orang ..kerana manusia ini semua sama asal usul setiap kejadian yang allah swt ciptakan serta jadikan.bagi saya tiada halangan jika seseorang syed atau syarifah itu berkahwin campur tidak ada salah nya. .kerana bagi saya walaupun kamI ini ada pertalian keturunan syed dan syarifah bagi kami biasa sahaja.cuma yang kami pertahankan dari segi agama serta adat resam agama islam mana yang dituntut oleh allah swt..seperti nabi menyatakan aku tidak ada meninggal akan harta buat umat aku..aku hanya meninggalkan al quran sebagai imam..hadis dan sunnah ku sabagai rujukan serta amalan.dan barangsiapa yang mengikuti ajaran ku serta sunnah ku maka org itu akan masuk kedalam syurga bersama-sama ku..DI IBARATKAN KITA INI ORANG MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM.DAN ADALAH KITA INI ISLAM BAKA ATAS ISLAM KETURUNAN.JIKA KITA ISLAM KETURUNAN SUDAH TENTU KITA INI ISLAM KERANA IBU BAPA KITA ISLAM AKAN TETAPI SIAPAKAH YANG TELAH MENGISLAM AKAN KITA INI..DAN SIAPAKAH DIA YANG DIKATAKAN ISLAM BAKA.dan nabi berkata muliakanlah anak cucu cicit ku.sebaik nya dan ikutilah mereka selagi mereka ini tidak menyimpang ..dan kita harus ingat walaupun jika kita berketurunan ahlul bait pertalain darah baginda rasullulah saw..akan tetapi jika kita tidak mengerjakan apa yang di syarat kan didalam agama islam kita ini dan tidak mengikut apa yang dikatakan rasullulah saw maka kita telah menyimpang dari agama islam dan perjanjian kita diantara allah swt semasa kita dialam roh atau pun alam jabarutl..tetapi awas ada juga keturunan syed yang telah putus salasilah keturunan itu..dan ada juga mengaku keturunan syed penipu dgn meletakkan syed dihadapan namanya.jika seseorang itu benar keturunan syed semasa kita bersalam dan bertanyakan asal salasilah dan ianya akan menyebut hingga ke 9 keturunan dan akhir sekali ia akan berkata ia asal dari hdratumaut..atau dari tanah arab yang lain nya. dan membuktikan apakah nama keturunan syed itu ..sama ada memakai..mahadzar..jamalullai..al sagof dan lain-lain lagi..awas jangan tertipu.akan tetapi set in gig mana keturunan seseorang itu akan kembali ke hadrat allah swt..kerana allah menjadikan syurga dan neraka..ingatlah hanya allah swt yang kekal dialah maha pencipta..qulhualah huahad allah husomad..

Org ni hasad dengki tinggi ni. Aku sharifah. Aku memang rela hati nak kawen dengan syed. kitorang punya keluarga, kami tahu la. Pehal mamak kawin dengan mamak tade orang nak bising? Pehal malbari kawin dgn malbari x de yg nak kecoh. Bila sebut syed sharifah je, mula la bising. Tak faham betul la.

syagaf said...

Laulaka laulaka ma kholaqtul asya'..klu bkn kerana muhammad klu bkn krn muhammad..Yakni aku Allah tdk akan ciptakan dunia serta seluruh isinya..hadis qudsi

Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail said...

i disagree with the term taksub. It is up to us (sharifah's) kalau nak kahwin syed or not. some families are strict and some arent. So who are you to judge and say we are taksub. Calling those celebrities gedik la bagai, are they not still the descendants of the prophet sallallahu alayhi wasallam? we are all thankful in our own ways, ways that is not to be judged by you. And dear cousins I've never met, there is no use arguing and trying to justify why things are the way they are to someone who doesnt understand our lineage. If he did, he wouldnt have wrote this blog. Its also sad to see the comment like the above saying she wished she wasnt born of such heritage. To the writer, everyone has their own journey back to Allah swt. Some early n some later. Best for you to not pass judgement to anyone be it an Ahlul Bait or not. You say you are a person of knowledge, therefore you should know better about what you wrote. I wish you all the best. Jazakallah khair