Pages

12 February 2009

Rompakan Terbesar Sepanjang Zaman

Saya ternampak kawan saya menerima sebuah email bertajuk 'The Bigest Robbery of the 20th Century' lalu saya menyuruhnya menghantar email tersebut kepada saya.

Rompakan yang dimaksudkan dalam email tersebut bukanlah duit, emas, minyak atau batu permata tetapi tidak lain dan tidak bukan rompakan yang dilakukan oleh rejim Zionis laknatullah terhadap tanah milik Palestin.


Sepatutnya tajuknya bukan sekadar 'Rompakan Terbesar Abad ke-20' tetapi 'Rompakan Terbesar Sepanjang Zaman'. Kalau nilai rompakan sebanyak seratus ringgit pun dihukum tapi mengapa rompakan sebegini dahsyat tidak diendahkan? Ini buka semata-mata rompakan, ini melibatkan pembunuhan, kecederaan, kecatatan dan kemusnahan bangunan dan harta benda. Lebih teruk rompakan ini telah berlangsung selama lebih 60 tahun tetapi masih didiamkan.

Semuanya kerana umat Islam (bukan agama Islam) lembik, lemah dan penakut. Sia-sia sahaja kita ada Arab Saudi dengan kekayaan minyaknya, Pakistan dengan nuklearnya, Mesir, Jordan, Iran, Kuwait, Yaman, Lubnan, Oman, Qatar, Syiria, Emiriah Arab Bersatu, Libya, Sudan, Indonesia dan lain-lain negara Islam termasuk Malaysia.

No comments: