Pages

20 February 2009

Musawah@Kesamarataan@Equality

Baru-baru ini satu persidangan bertemakan Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family telah diadakan di Kuala Lumpur dihadiri kira-kira 200 aktivis liberalis daripada 55 buah negara membincangkan isu berkisar hak-hak wanita dan kepentingan musawah sebagai asas kepada keadilan. Salah satu artikel tentangnya boleh anda baca di sini.

Antara perkara pokok yang diutarakan adalah ketidaksesuaian sesetengah hukum Islam terutama yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan(munakahat) yang dikatakan lebih cenderung untuk memihak kepada kaum lelaki. Misalnya keharusan berpoligami dan pembahagian harta pusaka dikatakan sebagai suatu bentuk ketidakadilan dan penindasan terhadap kaum wanita.

Asasnya, hukum-hukum ini tidak bertepatan dengan konsep keadilan moden (yang mana keadilan didefinasikan secara terus sebagai kesamarataan) lantas menyebabkan wanita dan ahli keluarga mereka menderita. Justeru pada pandangan mereka dalam suasana moden ini, keadilan tidak dapat ditegakkan tanpa kesamarataan.

Sebenarnya saya diminta oleh salah seorang pembaca untuk memberi komen berkaitan perihal ini. Meskipun saya bukan seorang professional mahupun ahli dalam bidang ini, saya tetap berkenan untuk memberikan sedikit pendapat sekadar yang termampu dek ilmu pengetahuan saya yang tidak sepertinya ini.

Bagi saya, agak menyedihkan apabila ramai individu yang dikategorikan sebagai "intelektual" datang daripada seluruh pelusuk dunia semata-mata untuk membicarakan persoalan yang remeh sebegini kerana ini pada hemat saya mencerminkan kelemahan dan kegagalan mereka dalam memahami asas kepada prinsip keadilan dalam Islam itu sendiri.

Sekiranya anda mengikuti tulisan saya yang lalu, saya telah menekankan betapa prinsip keadilan di dalam Islam itu tidak harus ditinggalkan kepada akal manusia untuk diterjemahkan bahkan saya juga ingin menambah di sini yang bahawasanya prinsip keadilan itu tidak berubah mengikut perubahan masa. Sekiranya nilai keadilan itu dipertanggungjawabkan kepada manusia untuk ditentukan, pasti tiada suatu apapun yang boleh dikatakan sebagai keadilan kerana setiap manusia akan menterjemahkan keadilan sesuai dengan kepentingan peribadi mereka tanpa mempedulikan sungguhpun yang tersebut memberi kesan buruk terhadap pihak lain.

Adalah amat dangkal @ bodoh bagi seseorang untuk menuntut bahawa perlu untuk disamaratakan hak antara kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Kenyataan saya ini mungkin agak keras tetapi amat malang dan dikesalkan apabila mereka yang kononnya intelektual ini gagal memahami perkara semudah ini dimana fungsi kejadian manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan itu bukan untuk menyamai antara satu sama yang lain tetapi untuk melengkapi satu sama yang lain.

Kalaulah apa yang diinginkan oleh Allah itu adalah hak-hak lelaki disamakan dengan wanita maka sejak awal lagi wanita tidak pernah akan wujud kerana tidak perlu diwujudkan perbezaan jantina sekiranya perbezaannya cuma atas nama tetapi pada hakikatnya kedua-dua perlu sama sebagaimana yang diinginkan oleh golongan tersebut.

Adalah amat penting untuk difahami yang sesungguhnya perbezaan hak itu berkait rapat juga dengan perbezaan tanggungjawab. Oleh kerana tanggungjawab lelaki itu berbeza dengan kaum wania maka hak antara mereka juga pastinya berbeza. Perkara sebegini sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi didebatkan kerana akal yang waras dapat memahaminya tanpa perlu berfikir panjang. Barangkali keterbukaan mereka yang keterlaluan dalam menerima pandapat daripada semua sudut tanpa mengira betul atau tidak telah dalam masa yang sama mengurangkan kebolehan akal mereka berfikir secara waras.

Jika perlu saya ulang di sini yang keadilan itu tidak semestinya berdasarkan kesamarataan. Memang benar dalam sesetengah perkara kesamarataan itu menjadi asas kepada keadilan tetapi kaedah tidak boleh digunakapakai dalam semua perkara. Keadilan di dalam Islam itu adalah apa yang disebut oleh Allah melalui Al-Qur'an dan rasul-Nya sebagai adil. Menetapkan sesuatu perkara sebagai adil itu adalah hak Allah dan bukannya hak manusia. Kecenderungan manusia melampaui batas kemampuannyalah yang menyebabkan ketidakadilan berlaku.

Jangan disalahkan hukum apabila kelemahan manusia yang sebenarnya menjadi penyebab kepada berlakunya ketidakadilan. Lumrah manusia yang sememang sukar untuk mengakui kesalahan sendiri lantas menyalahkan yang lain walhal pada hakikatnya ketidakadilan berlaku akibat kegagalan dan kelemahan mereka untuk mengamalkan hukum yang ditetapkan secara menyeluruh.

Sebagai membalas contoh yang mereka berikan berkaitan soal poligami, ketidakadilan dalam rumah tangga berlaku akibat kegagalan si suami mematuhi hukum poligami secara menyeluruh terutamanya yang berkaitan soal berlaku adil terhadap isteri-isterinya dan mungkin juga disebabkan si isteri yang tidak reti bertoleransi dan mementingkan diri sendiri. pasti ada yang silap di mana-mana tetapi yang pastinyanya bukan hukum atau tuhan yang perlu dipersalahkan kerana tuhan tidak pernah dan tidak akan melakukan sebarang kesilapan.

Menghalang kelangsungan suatu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah supaya berterusan semata-mata untuk memenuhi kehendak dan akal mereka yang terbatas itu adalah suatu bentuk kezaliman dan keingkaran terhadap hukum tuhan. Mereka yang bersikap demikian sesuai dengan pepatah Melayu yang berbunyi "beraja di mata bersultan di hati".

Mereka yang berfikiran sedemikian diharapkan dapat berfikir semula tentang rasionalnya tindakan mereka itu. Atau mungkin mereka rasa yang mereka sudah sempurna melakukan tugas sebagai manusia lantas terasa ingin mengambil alih tugas tuhan dalam menentukan apakah itu keadilan.

2 comments:

nadyacheryl said...

nice opinion..aku pon tertarik pasal talk ni.

pokok a.K.a saff-oNe said...

saLam~ sye powN ade gak tRbace bouT tht aRticLe(MUsawah) tp...xsNgka La..Nape owaNg yg kuaRkaN sokLaN tu jahiL sNgt! n sptutNy pRbiNcaNgaN Nie xyah dibiNcNgkN lagi..."sudah terRaNg LagikaN beRsuLuh" pe doraNg iNgat doRuNk Lbey hebat dRi ALLAH tu sNdiRi yg mNciptakN sgaLa hukum2??
sptutNya hukum ALLAH xdiubah, tapi...oRANG yg xNk meNegakkN hukum TuE yg pToT diuBah pRangai mReka sNdiRi...

4 exampLe doRg ktE "TUDUNG is my Right whetheR i waNt to use it oR Not"
commoN La...tu hak ALLAH,bukaN Hak kitA as humaN to judGe bouT it...kNa pham bab tue...

DIA bgi udaRa fRee..
owaNg yg mNyaNgi kita...(paReNts)
still alivE...n etc..

diya bagi sumE fRee..tapi dia juz mNtk ckit kt hambaNYA, tp hamba yg xsedaR diRi tue dh mNgeLuh mcm2..
sedaR la beb DIA wat sumE tu ade hikmah sbLiKnye cumE kiTe je yg xFikiR...
k sowie 4 emo ckit hik3...^_~